Padi Tak Laku, Pesawah Kelantan Merintih, Annuar Musa Jangan Lari
Kelantan adalah negeri di bawah pentadbiran PAS. Bukan setahun dua tetapi sudah 31 tahun PAS memerintah di Kelantan. Kini, PAS bukan sahaja menjadi Kerajaan Negeri Kelantan, tetapi PAS juga mempunyai barisan Menteri dan Timbalan Menteri kabinet di pusat. Kelantan adalah sebagai kubu yang cukup kuat bagi PAS dan dianggap sebagai 'fixed deposit' dalam pilihanraya bagi PAS. Tidak cukup dengan itu, beberapa orang antara anak jati Kelantan dari Barisan Nasional dan PPBM juga adalah antara Menteri yang cukup berpengaruh, sama ada sebagai Menteri Kanan atau pun bukan Menteri Kanan. Namun, masalah air paip yang keruh masih lagi tidak dapat diselesaikan hingga kini. Terbaru, pesawah padi beras wangi di Kelantan mengeluh kerana padi yang mereka tanam tidak ada yang mahu beli. Puncanya adalah kerana kilang memproses padi beras wangi di Jeram Pasu tidak dibenarkan berfungsi kerana dikatakan tidak mengikuti spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Majlis Daerah Pasir Putih. Isu kilang mempr