Idris Haron Trojan Horse UMNO?
Kurang dari 60 hari, Melaka akan menghadapi Pilihanraya Negeri.
Ini ekoran dari pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka yang diumumkan oleh mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Seri Abduk Rauf Yusoh.
Sebab apa dibubarkan, rasanya tak payahlah Kiah tulis panjang lebar kat sini, semua dah tahukan.
Apa yang Kiah nak tanya dengan pembaca semua, tak ker korang rasa pelik bin ajaib bila ADUN Sg Udang, Idris Haron, secara tiba-tiba buat keputusan yang tak masuk akal.
Dalam kenyataan Idris, beliau kata secara peribadi, beliau tak setuju kalau diadakan pilihanraya negeri.
Pertama, sebabnya tempoh penggal ke 14 dah nak habis, tinggal lebih kurang setahun setengah lagi.
Kedua, sebab Covid-19.
Korang kena ingat, Idris ni bukan orang yang tak berpelajaran, dia jurutera profesional, ada title Insenior pada nama dia.
Dalam politik pula, Idris bukan budak baru.
Mantan Ketua Menteri Melaka tu.
2 hari sebelum Idris umumkan tarik sokongan, Timbalan Presiden UMNO dah bagi amaran, pemimpin yang bersekongkol untuk jatuhkan Kerajaan Negeri Melaka akan dipecat.
Takkan Idris tak boleh fikir, kalau dia teruskan tarik sokongan, TYT Melaka, Tun Ali Rustam, boleh sama ada bubarkan DUN atau lantik Ketua Menteri baru, macam YDP Agong lantik Muhyiddin dengan Ismail Sabri.
Kalau nasib baik, Tun Ali Rustam lantik ikut sokongan majoriti dan Idris boleh jadi Ketua Menteri, sebab katanya Idris calon tunggal KM dari PH.
Tapi buatnya Tun Ali Rustam bubar DUN, dah jadi kes naya, keahlian UMNO kena pecat, dah tentu UMNO letak calon di Sg Udang, nak lawan sebagai calon bebas, balik awallah jawabnya.
Tapi kenapa Idris teruskan juga tarik sokongan?
Ni yang Kiah nak story, dapat maklumat dari Melaka, katanya Idris ni Trojan Horse UMNO untuk pelingkupkan PH...🤫🤫🤫
Korang jangan beritahu pada orang lain tau, ni rahsia kita...😂😂😂
Walau pun Idris umumkan tarik sokongan dan kena pecat dari UMNO, tapi jentera pilihanraya Idris diarah untuk benamkan calon PH dalam PRN Melaka nanti.
Kiah tanya balik, kalau ya pun Idris ada jentera pilihanraya, cuma di DUN Sg Udang sajalah.
Jawab kawan Kiah, kau lupakah Kiah, Idris tu bekas Ketua Menteri Melaka.
Bekas Ketua Menteri Melaka, maksudnya, bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka.
Jadi, dengan kekuatan jentera pilihanraya UMNO yang ada sekarang, tambah pula budak-budak Idris yang menyusup secara 'underground' dalam PH, memang tertiarap PH dalam PRN Melaka.
Kenapa kena buat macam tu, tanya Kiah?
Naif betullah kau ni Kiah, PRU 15 dah dekat, kalau PH dimalukan dalam PRN Melaka, dah tentulah besar kesan dia masa PRU 15 nanti, kau tenguk lepas PH kalah teruk kat Tg Piai, apa jadi pada PH dalam PRK lepas tu?
Kiah malas nak pening kepala, bagi Kiah, lantak kau lah nakkkk...
Comments