Posts

Showing posts from October, 2021

Padi Tak Laku, Pesawah Kelantan Merintih, Annuar Musa Jangan Lari

Image
Kelantan adalah negeri di bawah pentadbiran PAS. Bukan setahun dua tetapi sudah 31 tahun PAS memerintah di Kelantan. Kini, PAS bukan sahaja menjadi Kerajaan Negeri Kelantan, tetapi PAS juga mempunyai barisan Menteri dan Timbalan Menteri kabinet di pusat. Kelantan adalah sebagai kubu yang cukup kuat bagi PAS dan dianggap sebagai 'fixed deposit' dalam pilihanraya bagi PAS. Tidak cukup dengan itu, beberapa orang antara anak jati Kelantan dari Barisan Nasional dan PPBM juga adalah antara Menteri yang cukup berpengaruh, sama ada sebagai Menteri Kanan atau pun bukan Menteri Kanan. Namun, masalah air paip yang keruh masih lagi tidak dapat diselesaikan hingga kini. Terbaru, pesawah padi beras wangi di Kelantan mengeluh kerana padi yang mereka tanam tidak ada yang mahu beli. Puncanya adalah kerana kilang memproses padi beras wangi di  Jeram Pasu tidak dibenarkan berfungsi kerana dikatakan tidak mengikuti spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Majlis Daerah Pasir Putih. Isu kilang mempr

Idris Haron Trojan Horse UMNO?

Image
  Kurang dari 60 hari, Melaka akan menghadapi Pilihanraya Negeri. Ini ekoran dari pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka yang diumumkan oleh mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Seri Abduk Rauf Yusoh. Sebab apa dibubarkan, rasanya tak payahlah Kiah tulis panjang lebar kat sini, semua dah tahukan. Apa yang Kiah nak tanya dengan pembaca semua, tak ker korang rasa pelik bin ajaib bila ADUN Sg Udang, Idris Haron, secara tiba-tiba buat keputusan yang tak masuk akal. Dalam kenyataan Idris, beliau kata secara peribadi, beliau  tak setuju kalau diadakan pilihanraya negeri. Pertama, sebabnya tempoh penggal ke 14 dah nak habis, tinggal lebih kurang setahun setengah lagi. Kedua, sebab Covid-19. Korang kena ingat, Idris ni bukan orang yang tak berpelajaran, dia jurutera profesional, ada title Insenior pada nama dia. Dalam politik pula, Idris bukan budak baru. Mantan Ketua Menteri Melaka tu. 2 hari sebelum Idris umumkan tarik sokongan, Timbalan Presiden UMNO dah bagi amaran, pemimpi

Isu RM13 Juta MBI Kedah: Duit Rakyat Di Gunakan Untuk Pelaburan, Keuntungan Milik Siapa?

Image
  Dalam menjawab pendedahan dana milik Menteri Besar Incorperated (MBI), sebanyak RM13 juta ke sebuah akaun di luar negara yang dibuat oleh Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, mantan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir, menjelaskan ianya mungkin berkaitan pelaburan dalam sebuah syarikat bio-teknologi yang terbabit menjalankan penyelidikan rawatan kanser. Baca di sini: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/28/wang-rm13-juta-mungkin-dipindah-bagi-penyelidikan-kanser-kata-mukhriz/ Kalau dibaca penjelasan dari Mukhriz, memang tidak ada apa-apa penyelewengan atau salah guna kuasa apabila dana sebesar RM13 juta itu dilaburkan untuk penyelidikan rawatan kanser. Tetapi Mukhriz juga mesti berikan penjelasan, syarikat bio-teknologi mana yang mendapat dana RM13 juta bagi tujuan penyelidikan itu? Adakah dana RM13 juta tersebut diberikan kepada Bioven Sdn Bhd milik Mukhriz? Dari semakan yang dijalankan, Bioven Sdn Bhd juga merupakan sebuah syarikat bio-teknol