Posts

Showing posts from August, 2023

Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik

Image
  Tular di media sosial mengenai skandal calon PAS di N29 Dewan Undangan Negeri Kemasik, Terengganu, Saiful Azmi Suhaili. Dari rakaman audio yang didakwa dirakam oleh bekas isteri-isteri beliau, apa yang dapat difahami, Saiful didakwa memiliki lebih dari seorang isteri. Tetapi apa yang memeranjatkan ialah dakwaan isteri-isteri Saiful bahawa beliau adalah seorang yang tidak bertanggungjawab. Malah, audio yang mendakwa salah seorang dari isteri-isteri Saiful mendedahkan bagaimana beliau ditinggalkan begitu sahaja bila Saiful merasakan beliau tidak diperlukan lagi. Juga turut didedahkan Saiful didakwa mempunyai seorang lagi isteri yang beliau nikahi tanpa pengetahuan isteri-isteri yang lain!!! Sekiranya benar dakwaan isteri-isteri Saiful, penulis tidak pasti bagaimana Saiful boleh bernikah satu lagi tanpa pengetahuan isteri-isteri yang lain. Sekiranya mengikut  Seksyen 23 Enakmen Keluarga Islam,  tidak siapa boleh berpoligami tanpa mendapat persetujuan mahkamah. Mahkamah akan memanggil is

Kesian Penduduk Telok Ayer Tawar, Dapat Calon Penuh Skandal

Image
  Perikatan Nasional mempertaruhkan Azmi Alang dari PPBM sebagai calon mereka untuk PRN Pulau Pinang bagi kerusi N06 Telok Ayer Tawar. Siapa Azmi Alang yang dicalonkan oleh PPBM? Mungkin bagi orang lain, nama Azmi Alang kedengaran sangat asing, tetapi bagi pengundi N06 Telok Ayer Tawar, beliau amat dikenali. Masakan rakyat Pulau Pinang khususnya di Telok Ayer Tawar sudah lupa pada apa yang berlaku pada tahun 2017. Skandal Penyelewengan Duit Zakat Pulau Pinang Pada bulan Mei 2017, negara digemparkan bila 12 orang, termasuk 4 orang pegawai kanan Zakat Pulau Pinang berserta 8 orang kontraktor ditahan SPRM. Dari 8 orang kontraktor yang ditahan, termasuklah seorang kontraktor wanita. Dan dari 7 orang kontraktor yang ditahan itu, salah seorang darinya dipercayai adalah Azmi Alang yang kini menjadi calun PN untuk N06 Telok Ayer Tawar. Sekiranya video klip di atas sukar untuk ditentukan, cuba lihat pula  gambar di atas. Penulis bukan menuduh, cuma bertanya, apakah benar Azmi Alang antara yang