Posts

Showing posts from August, 2021

Tok Mat Hassan Akui Ada Pihak Dalam UMNO Mahu Matikan Karier Politik Beliau (Video)

Image
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad bin Hassan, atau yang lebih dikenali sebagai Tok Mat Hassan memang dikenali sebagai seorang pemimpin yang bersih dan bersikap tegas. Dengan sikap beliau yang berterus terang dan bersahaja dalam tuturkata namun tidak sombong, membuatkan Tok Mat Hassan mempunyai pengaruh yang cukup kuat bukan sahaja di kalangan akar umbi UMNO, malah pengundi di atas pagar. Tambahan pula, Tok Mat Hassan mempunyai hubungan yang cukup baik dengan Presiden UMNO dan juga mantan Perdana Menteri ke 6, DS Najib Razak. Sudah pasti keadaan ini tidak disenangi oleh musuh politik beliau dan juga kalangan kumpulan 23 pengkhianat yang masih lagi berada di dalam UMNO. Sebelum Ismail Sabri membentuk kabinet, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menggesa agar Ismail Sabri melantik Tok Mat Hassan sebagai senator bagi membolehkan Tok Mat Hassan dilantik sebagai Menteri Kewangan bagi menggantikan Tengku Zafrul yang ternyata telah gagal di era Perikatan Nasion

Senarai Kabinet Baharu Jelas Tidak Menuruti Kehendak UMNO Tetapi Berkiblatkan Mahiaddin Dan PPBM!!!

Image
Sebaik sahaja Perdana Menteri, DS Ismail Sabri, habis membuat pengumuman mengenai senarai kabinet beliau, rata-rata netizen dan rakyat Malaysia melahirkan rasa kecewa. Kabinet yang kononnya akan berkerja bersama rakyat dan menumpukan sepenuh perhatian kepada 2 masalah utama negara iaitu pandemik Covid-19 dan ekonomi, dijangka akan hanya indah khabar dari rupa. Ismail juga memperkenalkan dasar baharu pentadbiran beliau iaitu Perkasa Agenda Malaysia dengan 3 prinsip asas: Peka Kepada Hal Ehwal Semasa Bertanggungjawab dan Amanah Mengembalikan Keyakinan Rakyat Kepada Kerajaan Namun amat diragui, apakah dengan mengekalkan sebahagian besar individu-individu yang sudah terbukti gagal, bukan sahaja di era pentadbiran Mahiaddin, malah ketika di era pentadbiran Pakatan Harapan yang diterajui oleh Dr Mahathir, adalah lambang kepekaan Ismail Sabri terhadap masalah rakyat dan negara? Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri YB. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali  Timbalan Menteri : Y

Azmin Ali Akan Menjadi 'King Maker' Dalam Pembentukan Kabinet Ismail Sabri

Image
Pembentukan kabinet Ismail Sabri dan siapa yang akan beliau lantik sebagai Timbalan Perdana Menteri terus menjadi perbualan hangat di Malaysia. Walau pun dalam perlembagaan jelas menyatakan kuasa melantik jemaah menteri adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri, namun Ismail Sabri dilihat tidak mempunyai banyak pilihan, ibarat ditelan mati emak dan diluah mati bapa. PPBM terus memberikan tekanan kepada Ismail Sabri supaya melantik Azmin Ali sebagai Timbalan Perdana Menteri, malah sumber dalaman memaklumkan, PPBM juga mengenakan syarat supaya Ismail Sabri melantik Azmin sebagai Menteri Kewangan, sebagai syarat utama untuk PPBM mengekalkan sokongan kepada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri. Baca di sini: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/08/25/ismails-cabinet-umno-bersatu-insiders-disclose-whos-being-nominated-for-whi/2000190 Namun perkara itu dinafikan oleh pembantu Azmin Ali, Hilman. Baca di sini: https://www.malaysiakini.com/news/588523 Namun kita semua mengetahui, Azmin bu

Tangguhkan Pembentukan Kabinet, Ismail Sabri Perlu Fokus Pada Masalah Covid-19 Dan Ekonomi

Image
Tahniah Makcik Kiah ucapkan kepada Dato’ Sri Ismail Sabri atas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 9. Perjalanan Ismail Sabri ke Putra Perdana ibarat sebuah filem yang mendebarkan. Watak-watak utama ditonjolkan, tapi akhirnya watak 'underdog'  yang tampil sebagai hero di saat akhir cerita. Namun bagi Ismail Sabri, perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke 9 bukanlah pengakhiran kepada sebuah cerita tetapi ianya adalah permulaan. Sebaik sahaja Ismail Sabri selesai mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri, telah tersedia 2 cabaran yang sangat besar untuk beliau hadapi. Jatuh bangun beliau sebagai Perdana Menteri dan parti UMNO, malah lebih penting dari itu, rakyat negara ini akan bergantung kepada kebijaksanaan dan kecekapan beliau menghadapi dan menyelesaikan masalah pandemik Covid-19 dan masalah ekonomi negara yang sudah sangat tenat. Kejayaan terbesar Mahiaddin sewaktu menerajui Kerajaan Perikatan Nasional ialah menangani masalah jangkitan pand

Khidmat Interpol Terpaksa Di Gunakan Untuk Jejaki Nadir Dan Caprice

Image
Orang-orang tua selalu berpesan, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Lagi satu pesanan orang-orang tua, berani kerana benar, takut kerana salah. Apa dah jadi dengan penyanyi rap, Caprice dengan CEO Cinta GAZA Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman nie? Kalau betul berada di pihak yang benar, bagilah kerjasama dengan polis untuk selesaikan segera kekalutan. Kenapa mendiamkan diri sampai PDRM terpaksa minta bantuan Interpol? Ekoran dari laporan polis yang dibuat oleh Ustaz Ebit Lew pada 21 Julai 2021 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Pihak polis juga telah mengambil tindakan termasuk laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia membabitkan kenyataan di media sosial. Polis juga sudah cuba menghubungi Caprice dan Nadir untuk menetapkan tarikh diambil keterangan secara atas talian.

Ismail Sabri Sah Jadi PM Tapi PPBM Berikan Sokongan Bersyarat Kepada Ismail Sabri Yang DiSertakan Surat Perjanjian Bertulis!!!

Image
Ismail Sabri sudah disahkan memiliki 114 sokongan Ahli Parlimen dan kesemua 114 Ahli Parlimen yang mencalonkan Ismail Sabri dijemput ke Istana Negara esok. Baca di sini: https://m.malaysiakini.com/news/587745 Titah SPB YDP Agong adalah sangat jelas, sokongan yang diberikan kepada mana-mana calon Perdana Menteri oleh Ahli Parlimen hendaklah dibuat tanpa bersyarat. Tetapi sumber memberitahu, ada perjanjian bertulis antara Ismail Sabri dengan PPBM bagi memastikan beliau mendapat sokongan dari kesemua Ahli Parlimen PPBM. Sumber menambah, bukan setakat perjanjian lisan, tetapi, PPBM mengemukakan surat perjanjian bertulis yang mesti dipersetujui oleh Ismail Sabri sekiranya beliau mahukan sokongan dari Ahli Parlimen PPBM. Apa kandungan perjanjian itu? Syarat utama ialah, kabinet yang bakal dibentuk oleh Ismail Sabri MESTI mengekalkan majoriti ahli kabinet yang ada dalam Perikatan Nasional. Rombakan besar-besaran tidak dibenarkan, Ismail Sabri hanya dibenarkan untuk membuat rombakan yang kecil

Mahiaddin Jatuh Tapi Ratib Salah Najib Berterusan!!!

Image
Pelik Makcik Kiah dengan manusia yang bernama Mahiaddin Md Yasin nie. Dia terpaksa letak jawatan sebab kegagalan dan kelemahan sendiri, tapi orang lain pula yang dia salahkan. 16 Ogos 2021, Mahiaddin secara rasminya telah mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri yang ke 8. Pengumuman itu dibuat selepas SPB YDP Agung memperkenankan surat perletakan jawatan beliau yang telah diserahkan kepada baginda di Istana Negara kira-kira pukul 12.00 tengahari tadi. Tepat pukul 3.00 petang, Mahiaddin muncul secara langsung di semua media perdana untuk menyampaikan Perutusan Khas beliau yang terakhir sebagai Perdana Menteri. Walau pun Mahiaddin rancang hanya untuk buat 'recorded live', tapi mungkin sebab terlalu kecewa, team Mak Enon dah terbuat 'live'...😂😂😂 Benda yang 'simple' dan 'straight forward order' macam ini pun tak boleh nak ikut arahan. SPB YDP Agung juga telah melantik Mahiaddin sebagai Perdana Menteri Sementara atau 'Care Taker

Game Over Pada Mahiaddin, Ahli Parlimen Barisan Nasional Yang Sokong Mahiaddin Akan U Turn

Image
Ucapan yang dibuat oleh Mahiaddin Md Yasin pada 13 Ogos 2021, yang pada awalnya dirancang dan diharap akan mendapat sokongan dari Ahli Parlimen waktu beliau menghadapi usul undi percaya di Parlimen, benar-benar telah 'backfire' beliau dan Perikatan Nasional. Sama ada secara sedar atau tidak sedar, ucapan Mahiaddin telah menyebabkan 26 Ahli Parlimen Barisan Nasional dari kluster menteri dan sekutu mereka yang sebelum memberikan jaminan akan menyokong Mahiaddin di dalam usul undi percaya, telah mengubah pendirian. Dalam ucapan Mahiaddin tempuh hari, beliau telah secara jelas mengakui bahawa beliau telah kehilangan majoriti sokongan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Selain dari itu, Mahiaddin juga secara berterus terang mengakui, beliau sudah berbincang dengan dengan beberapa pemimpin Pakatan Harapan untuk membentuk satu jajaran baru politik yang merentas parti politik. Mahiaddin juga telah membuat tawaran rasuh politik secara terbuka kepada beberapa Ahli Parlimen pembangkang, teruta

Demi Pertahankan Jawatan, Mahiaddin Serta MP UMNO Dan PAS Campakkan Laungan NO DAP, NO ANWAR Ke Longkang?

Image
Setiausaha Agung UMNO, DS Ahmad Maslan, secara jelas telah menyatakan Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, telah bersumpah dengan kalimah Wallahi, Watallahi, Wabillahi, bahawa beliau berpegang teguh dengan ketetapan UMNO, NO PPBM, NO DAP dan NO ANWAR. Apa yang menarik perhatian, ianya dilakukan di hadapan DS Ahmad Maslan dan beberapa Ahli Parlimen. Begitulah ketegesan pendirian Presiden UMNO dalam mempertahankan ketetapan yang telah dibuat oleh parti. Sebagai orang Islam, kita sangat menyedari, bersumpah dengan kalimah suci, Wallahi, Wabillahi dan Watallahi, bukanlah satu perkara yang boleh dipermainkan. Hanya apabila kita berada dalam keadaan yang tidak boleh mempertahankan diri dan kita berkeyakinan sepenuhnya bahawa kita berada di pihak yang benar, maka baharulah bersumpah dengan kalimah Wallahi, Wabillahi dan Watallahi dibenarkan. Begitulah bagi Presiden UMNO, matlamat tidak akan dapat menghalalkan cara. Presiden UMNO dilemparkan dengan tuduhan dan fitnah bahawa beliau akan menggunakan

Ismail Sabri Gagal, Mahiaddin Gunakan Plan B

Image
  9 Julai 2021, ROS mengutus surat kepada Setiausaha Agung UMNO, DS Ahmad Maslan, yang secara jelas menyatakan tiada halangan untuk UMNO menangguh pemilihan parti dan ianya selaras dengan Fasal 10:16 Perlembagaan UMNO. Namun tidak sampai sebulan, pada 6 Ogos 2021, tiba-tiba ROS mengubah keputusan tersebut dengan mengarahkan UMNO supaya membuat pemilihan parti di semua peringkat. Baca di sini: https://edisisiasat.com/2021/08/07/secara-tiba-tiba-ros-batalkan-penangguhan-pemilihan-umno/ Makcik KiaH tidak mahu ulas lebih lanjut atas keputusan ‘flip flop’ ROS, kerana menurut Setiausaha Agung UMNO, DS Ahmad Maslan, perkara ini sudah pun diserahkan kepada peguam UMNO untuk tindakan selanjutnya. Apa yang Makcik Kiah hendak kupas kali ini, kenapa kem Mahiaddin seakan menggunakan ROS yang mungkin merupakan peluru terakhir mereka untuk menyerang UMNO. Pada 4 Ogos 2021, Mahiaddin telah dititahkan supaya mengadap SPB YDP Agung. Dalam sidang media Mahiaddin, ada 2 intipati penting yang disampaikan,