Isu Pesawat Pengintip Israel, Satu Pencerobohan Atau Dengan Kebenaran?
Isu pesawat pengintip Israel, Boeing 732-400 dengan nombor pendaftaran 4X-A00, milik syarikat pertahanan Kerajaan Zionis, Israel Aerospace Industries (IAI-Elta), yang melalui ruang udara Malaysia pada 20 Mei 2021, terus menjadi keresahan dan tanda tanya rakyat Malaysia. Lebih membingungkan lagi bila pihak berkuasa mengambil sikap membisu dan tidak memberikan apa-apa pencerahan mengenai isu tersebut. Pesawat itu dilaporkan tiba di utara Selat Melaka pada 20 Mei 2021, jam 6.00 am dan terbang melalui ruang udara Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan ketinggian hanya 28,975 meter dari paras laut. FlightRadar 24 melaporkan, ketika memasuki ruang udara pesisir Selat Melaka pada jam 11.30 am, pesawat tersebut tiba-tiba hilang dan tidak dapat dikesan oleh radar sehingga ia mendarat di Pengkalan Tentera Udara Singapura di Paya Lebar pada 21 Mei 2021. Baca di sini: https://www.utusan.com.my/berita/2021/05/facebook-atm-tudm-diserang-warganet/ Isu ini tidak boleh dianggap remeh oleh Kerajaan Malaysia