Posts

Showing posts from June, 2021

PRU 15 Di Jangka Disember 2021, PPBM Sudah Memuktamadkan Strategi Serangan Kepada UMNO, Apakah Kita Masih Mahu Serang Presiden UMNO?

Image
Ramai pemimpin dan akar umbi UMNO tersenyum lebar bila SPB YDP Agung dan Raja Raja Melayu bertitah supaya Parlimen dibuka semula. Apa lagi dengan jelas dalam kenyataan media yang sama, tertulis titah SPB YDP Agung dan Raja Raja Melayu bahawa baginda semua mahukan sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan majoriti rakyat. Memang benar kita semua boleh menjangkakan, itulah penamat riwayat PPBM. Tapi seperti yang Makcik Kiah jangkakan, pemimpin PPBM tidak akan hanya berpeluk tubuh dan berdiam diri. Mereka pasti sudah menyediakan plan kedua sebagai talian hayat untuk menghadapi kemungkinan terburuk yang mungkin sudah mereka jangkakan. Ingat, walau pun mereka gagal mentadbirkan negara dengan baik, jangan kita lupa bahawa ahli politik PPBM adalah ahli politik yang licik. Semua agensi sosiopolitik dikatakan sudah berada di bawah kawalan PPBM.  Setiap laporan dan risikan serta execution plan telah lengkap. Kerana kelicikan mereka, di era Pakatan Harapan, mereka berjaya menjadi Perdana

Hishamuddin Hussien, PM Tepi 2.0?

Image
2 hari lepas, Makcik Kiah ada tulis tentang perancangan Hishamuddin Hussien yang bukan sahaja membelakangkan Pengerusi Barisan Nasional, DS Zahid Hamidi, malah nak sailang Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin. Ada yang kata surat Hishamuddin kepada istana tu adalah palsu dan ianya adalah 'black ops' dari kem yang lagi satu. Tapi bagi Makcik Kiah, kalau betul ianya adalah 'black ops', tentu perancang dan pelaku sedang alami masalah besar, sebab: a) sudah tertera mohor diterima oleh pihak Istana Negara, tapi masih berani memalsukan mohor Istana Negara, memang menempah maut lah jawabnya. b) pihak Istana Negara tak ada buat penafian ada menerima surat dari Hishamuddin dan yang buat penafian hanyalah dari Hishamuddin, dah menggelabahlah tu, bila surat tu viral. c) Nazri Aziz sendiri mengakui beliau merupakan antara watak utama yang menggerakkan pengumpulan Surat Akuan Bersumpah (SD) dari Ahli Parlimen Barisan Nasional. Baca di sini: https://mykmu.net/2021/06/24/kenapa-hishamm

Hishamuddin Wajar Di Pecat Dari UMNO!!!

Image
3.2 juta akar umbi UMNO seluruh Malaysia gempar apabila tersebar luas surat yang bertarikh 22 Jun 2021, ditulis dan ditandatangani oleh Bendahari Agung Barisan Nasional, Hishamuddin Hussien @ H2O kepada SPB YDP Agung tersebar luas. Dilapurkan surat yang ditandatangani oleh H2O telah termeterai dengan tanda 'DITERIMA' oleh pihak Istana Negara pada tarikh 23 Jun 2021. Antara lain kandungan surat tersebut ialah memohon supaya SPB YDP Agung menerima H2O mengadap SPB YDP Agung sekembalinya beliau dari lawatan kerja di Dubai, Emeriah Arab Bersatu. H2O juga memaklumkan kepada SPB YDP Agung bahawa beliau telah mendapat sokongan secara sebulat suara dari Majlis Tertinggi Barisan Nasional untuk melantik beliau menjadi Perdana Menteri yang baharu menggantikan Mahiaddin Md Yasin. H2O juga turut melampirkan senarai kabinet baharu yang bakal beliau bentuk sekiranya mendapat perkenan dari SPB YDP Agung. Daripada surat yang sudah tersebar ini, terbukti Hishamuddin telah melakukan beberapa kesa

Apakah Kesudahan Pertindihan Tuntutan Kawasan Gunung Kanthan Antara Pengurusan Kuil Dan Pengurusan Kuari?

Image
Dalam tulisan Makcik Kiah yang lepas-lepas, Makcik Kiah ada menyentuh mengenai pertindihan tuntutan kawasan gua di kaki Gunung Kanthan antara pihak pengurusan Associated Pan Malayan Cement (APMC) dan pihak pengurusan Kuil Sakyamuni (MDSCM). Baca di sini: 1) https://makcikkiahmaktirimahiadin.blogspot.com/2021/06/tangani-isu-kuil-sakyamuni-di-gunung.html 2) https://makcikkiahmaktirimahiadin.blogspot.com/2021/06/kalau-betul-kuil-sakyamuni-di-gunung.html 3) https://makcikkiahmaktirimahiadin.blogspot.com/2021/06/hentikan-kegiatan-penerokaan-tanah.html Bukan sahaja Makcik Kiah ada mengupas tentang isu ini, malah ada sahabat blogger yang lain juga turut mengupas isu yang sama, sama ada dalam Bahasa Melayu atau pun dalam Bahasa Inggeris. Baca di sini: 1) https://anotherbrickinwall.blogspot.com/2021/06/sakyamuni-cave-monastery-overriding.html 2) https://anotherbrickinwall.blogspot.com/2021/06/did-sakyamurni-cave-monastery.html?m=1 3) https://depakatalah.blogspot.com/2021/06/why-sakyamuni-temple

Adakah Regim Mahiaddin Cuba Bermain Api Dengan Raja Raja Melayu?

Image
Usai Mesyuarat Khas Majlis Raja Raja Melayu berlangsung pada 16 Jun 2021, Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Melayu, Tan Sri Syed Danial Bin Syed Ahmad, telah mengeluarkan kenyataan media secara terperincini dapatan dari Mesyuarat Khas Majlis Raja Raja Melayu yang telah diadakan pada hari itu. Satu kelainan pada Mesyuarat Khas Majlis Raja Raja Melayu pada kali ini ialah 2 kenyataan media yang berasingan telah dikeluarkan dalam mesyuarat yang sama. Kenyataan media pertama dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Di Raja, Dato' Indera Ahmad Fadil Shamsudin. Baca di sini: https://www.facebook.com/104738764409996/posts/361591902058013/ Manakala kenyataan media kedua pula dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja Raja Melayu, Tan Sri Syed Danial Bin Syed Ahmad. Baca di sini: https://www.facebook.com/104738764409996/posts/361630292054174/ Mengapa begitu, Makcik Kiah tak nak campur, itu urusan Majlis Raja Raja Melayu tapi bagi Makcik Kiah, walau pun kedua-dua kenyataan itu senada, na

Check Mate Kepada Regim Mahiaddin Md Yassin

Image
Persidangan Khas Majlis Raja Raja Melayu telah disempurnakan kira-kira jam 5.30 petang semalam. Terdapat beberapa perkara yang menarik perhatian rakyat, terutamanya ahli politik : SPB YDP Agung Dan Raja Raja Melayu Menitahkan Supaya Parlimen Dan Dewan Undangan Negeri Bersidang Dengan Segera Kalau Makcik Kiah tak silap, ini adalah kali kedua SPB YDP Agung menitahkan supaya Parlimen segera bersidang. Cuma kali ini, titah SPB YDP Agung didokong sepenuhnya oleh kesemua sembilan Raja Raja Melayu di dalam Majlis Raja Raja Melayu. Dalam perkara 8 Siaran Media yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja Raja, jelas SPB YDP Agung dan Majlis Raja Raja Melayu mahu Parlimen dibuka dengan segera. Apa lagi alasan yang boleh regim Mahiaddin mahu berikan untuk menangguhkan lagi sidang Dewan Parlimen? Apakah alasan data dan sains yang pernah digunakan oleh Takiyuddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang Undang & Parlimen), masih lagi laku dan boleh digunakan? Ini merupakan mimpi yang pa

Apakah 'Tengku Lebai Takiyuddin' Rasa Kuasa Beliau Mengatasi Kuasa Majlis Raja Raja Melayu?

Image
SPB YDP Agung telah menitahkan semua ketua parti politik untuk mengadap baginda dari 9 Jun 2021 hingga 11 Jun 2021. Semua tahu bahawa tujuan baginda adalah untuk mendapatkan pandangan semua pihak dalam mencari penyelesaian kepada masalah rakyat dan negara. Punca kepada masalah yang sedang dihadapi oleh rakyat dan negara sekarang ini adalah kerana regim Mahiaddin gagal melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik dalam menangani masalah Covid-19. Pandangan dari kesemua ketua parti politik akan baginda perhalusi sebelum di bawa ke Mesyuarat Majlis Raja Raja Melayu yang dijangka akan diadakan pada 16 Jun 2021. Antara perkara yang paling utama yang mungkin akan dibincangkan oleh Majlis Raja Raja Melayu ialah memutuskan sama ada tempoh darurat akan ditamatkan pada 1 Ogos 2021 atau akan dilanjutkan. Dari respon ketua-ketua parti politik yang mengadap SPB YDP Agung, majoriti mahu supaya tempoh darurat yang bakal tamat pada 1 Ogos 2021 ini tidak disambung lagi. Ini adalah kerana regim Mahiadd

Muslihat Sebenar Dr Mahathir Cadang Pembentukan MAGERAN

Image
Sekali lagi Dr Mahathir mengejutkan semua pihak apabila usai mengadap SPB YDP Agung,  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Istana Negara. SPB YDP Agung telah menitahkan supaya semua ketua parti politik mengadap baginda di Istana Negara bagi tujuan mendapatkan pandangan dan cadangan dari semua pihak untuk mencari jalan penyelesaian terbaik supaya rakyat dan negara dapat keluar dari masalah Covid-19 yang telah membelenggu negara lebih dari setahun, namun ianya bukan bertambah baik tetapi dilihat semakin tidak terkawal. Dalam satu temuramah secara maya, Dr Mahathir memberitahu dalam pertemuan beliau dengan SPB YDP Agung, beliau telah mencadangkan kepada baginda supaya ditubuhkan MAGERAN supaya masalah Covid-19 yang telah membelenggu negara selama lebih dari setahun ini dapat diselesaikan dengan segera. Dr Mahathir juga mendedahkan, selain dari mencadangkan kepada SPB YDP Agung untuk menubuhkan MAGERAN, beliau jug