Posts

Showing posts from July, 2023

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan?

Image
  Minggu lepas seluruh negara dikejutkan dengan berita SPRM menahan beberapa individu yang berpengaruh di Kedah. Kesemua mereka ditahan dan disoal siasat oleh SPRM berkaitan perlombongan haram REE di Kedah. Turut ditahan oleh SPRM adalah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI Kedah), Sobri Osman. Malah dalam ucapan politik Sobri, beliau secara terang-terangan telah mengakui berlaku sogokan sebanyak RM1 juta yang diberikan oleh syarikat Jangka Bakat Sdn Bhd kepada MBI kedah. Ramai yang tidak tahu mengenai syarikat Jangka Bakat Sdn Bhd dan pengarahnya Liana Mamat @ Khalid yang ditahan oleh SPRM. Sebenarnya syarikat Jangka Bakat didaftarkan dan mula bertapak di Kelantan dan bukannya Kedah. Syarikat Jangka Bakat yang didaftarkan pada 1 November 2007 mempunyai pengkhususan di bidang perlombongan mangasene dan mineral. Di Kedah MBI Kedah diberikan mandat untuk melakukan usahasama dengan swasta untuk menjalankan aktiviti perlombongan. Bagi Kelantan pula, badan yang dipert