Posts

Showing posts from September, 2021

Jerat Mahiadin Kepada Ismail Sabri Sudah Mengena?

Image
Sekarang ini sedang panas dengan isu keputusan Kerajaan Ismail Sabri telah meluluskan jumlah cabutan khas judi Empat Nombor Ekor dinaikkan daripada 8 cabutan kepada 22 cabutan setahun. Tengah viral beberapa kenyataan dari pemimpin PAS yang menentang keputusan itu. Baca di sini: https://utaradaily.com/nik-abduh-akui-ph-lebih-kedepan-dan-sensitif-dalam-isu-judi/ Tak kurang juga dengan kenyataan merapu dari Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khiruddin. Baca di sini: https://www.inforakyat.net/isu-judi-kami-pernah-hantar-bantahan-januari-lepas-kata-pemuda-pas/ Keputusan menaikkan jumlah cabutan dibuat bulan September 2021, tapi budak nie bercerita tentang bantahan yang dihantar pada bulan Januari 2021, nasib baik dia tak cerita apa bantahan PAS buat masa zaman Tun Razak...🤣🤣🤣 Tak kurang juga dengan keluhan dan kemarahan ahli PAS di peringkat akar umbi. Bila Makcik Kiah teliti balik isu ini, Makcik Kiah rasakan seperti ada sesuatu yang tak kena. Pertama, kenapa keputusan untuk menaikkan jum

Parti Makkal Sakti Malaysia Akan Gantikan MIC Sebagai Parti Komponen BN

Image
Kini, parti MIC yang bernaung di bawah Barisan Nasional harus lebih berhati-hati di dalam membuat keputusan dan kenyataan, sekiranya masih lagi mahu bernaung di bawah Barisan Nasional. Kalau dahulu, Barisan Nasional, terutamanya UMNO, terpaksa menelan semua kritikan-kritikan pedas yang kadangkalanya mengguris perasaan pemimpin dan akar umbi UMNO, kerana memikirkan Barisan Nasional masih memerlukan MIC untuk menarik sokongan pengundi India. Dalam ucapan sempena sambutan ulangtahun Parti Makkal Sakti Malaysia, di Dewan Dato' Onn, Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, R S Thanenthiran, dilihatkan seakan mengingatkan MIC bahawa Barisan Nasional tidak boleh dikuasai oleh mana-mana parti politik individu. Baca di sini: https://maruahmelayu.com/bn-tak-boleh-dikuasai-parti-tertentu-makkal-sakthi/ Kenyataan itu disambut pula oleh seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, dengan menhingatkan MIC bahawa mereka mesti menerima hakikat bahawa mereka bukanlah satu-satunya parti kaum India di Mala

Sanggupkah Ismail Sabri Menggadaikah Maruah Bangsa Dengan Mengiktiraf UEC?

Image
Portal samudera.my bongkarkan, antara kandungan perjanjian yang telah dipersetujui oleh Perdana Menteri, DS Ismail Sabri dan ketua-ketua parti pembangkang dalam ‘Confident & Supply Agreement’ (CSA) untuk memperkukuhkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri ialah kerajaan pimpinan beliau akan mengiktiraf Unified Examination Certificate atau UEC. Baca di sini: https://www.samudera.my/uec-bakal-diluluskan-melalui-csa-kerajaan-pembangkang/ Kalau benar seperti apa yang dilaporkan itu, ini bermakna Ismail Sabri sudah melakukan satu pengkhianatan terbesar kepada sistem pendidikan negara. Malah, di era Pakatan Harapan, ketika ada usaha digerakkan oleh Kementerian Pendidikan ketika itu untuk mengiktiraf UEC, Ismail Sabri adalahbantara pemimpin yang cukup lantang menentangnya. Baca di sini: https://umno-online.my/2018/07/13/uec-agen-pemusnah-perpaduan-rakyat-ismail-sabri/ Apakah kini, hanya kerana mahu menjamin kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri sudah berubah fikiran d

PM - Kerajaan Komited Dalam Usaha Pindaan RUU 355

Image
Untuk meminda Akta Rang Undang Undang 355, bukanlah sesuatu yang mudah dalam negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti di Malaysia. Dalam memperkasakan Undang Undang Syariah yang terdapat dalam RUU 355, memerlukan perancangan yang cukup teliti dan persiapan yang cukup rapi dalam segenap aspek. Ianya penting bagi mengelakkan salah faham oleh masyarakat yang bukan beragama Islam serta diambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan politik dengan menjadikannya sebagai satu polemik politik. Apa itu RUU 355? RUU 355 ialah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau lebih dikenali sebagai Akta 355 adalah suatu Akta untuk memberi dan menyeragam bidang kuasa kepada Mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang Negeri bagi maksud membicarakan kesalahan di bawah hukum Syarak. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Perdana Menteri, DS Ismail Sabri, di dalam Parlimen, Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2021 atau RUU 355 sedang didraf

Pindaan Rang Undang Undang Untuk Perkasakan Undang Undang Syariah, Apakah PAS Hanya Berdrama?

Image
Usaha PAS untuk meminda beberapa undang-undang yang berkaitan dengan ugama Islam dengan tujuan untuk memperkasakan Undang Undang Syariah Islam di peringkat persekutuan, adalah satu usaha yang patut diberi pujian. Baca di sini: https://mykmu.net/2021/03/15/pindaan-akta-355-ruu-sekat-pengembangan-agama-bukan-islam-bakal-diperkenal/ Sudah pasti selepas pemimpin PAS, Senator Idris Ahmad dan Ahmad Marzuk Shaary, dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), tuntutan untuk memperkasakan undang undang syariah semakin dirasakan oleh PAS. Kerana itulah yang mereka perjuangkan selama ini dalam usaha pindaan Rang Undang Undang 355. Namun, untuk meminda Rang Undang Undang yang sudah dilukluskan oleh Parlimen dan mendapat perkenan SPB YDP Agong, bukanlah sesuatu yang mudah dan tidak boleh dibuat secara semborono. Perkara 3(5) Perlembagaan Persekutuan dengan menjelaskan: "Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong

Pakar Virologi Beri Amaran Risiko Bertukar Ke Fasa Endemik Terlalu Awal

Image
Pengumuman Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, bahawa kerajaan memutuskan untuk mengisytiharkan peralihan dari Fasa Pandemik ke Fasa Endemik Covid-19 mendapat kritikan hebat dari pakar virologi. "Kita masih dalam fasa pandemik, tiada istilah endemik kerana pandemik ini masih tidak habis lagi". "Belum tiba masanya lagi (endemik) kerana kes jangkitan masih tinggi dan virus ini menular secara berleluasa dalam masyarakat dan seluruh dunia". "Negara kini berdepan kebarangkalian dan kemungkinan untuk menerima varian lain yang mungkin kebal vaksin". "Masih terlalu awal untuk Malaysia memasuki tahap endemik Covid-19 kerana kes jangkitan masih tinggi dengan kemunculan pelbagai varian baharu". "Semua pihak perlu faham istilah sebenar endemik, pandemik, epidemik dan wabak sebelum membuat sesuatu keputusan", terang Prof Dr Sazaly Abu Bakar, pakar virologi Universiti Malaya. Menurut beliau lagi, penularan wabak ke seluruh negara dipanggil epidemik

Dr Mahathir Terkurung Dalam Azab Yang Cukup Pedih

Image
Cuba kita bayangkan, selepas kita bercakap, bukan sahaja orang tak percaya dengan apa yang kita cakap, tapi kita ditertawakan, malah, kita dikecam. Cuba pula kita bayangkan, bila kita sangat-sangat berkeinginan kepada sesuatu, selepas berbagai usaha kita lakukan, tapi kita masih gagal untuk memilikinya. Lebih teruk lagi bila ianya telah pun kita miliki, tetapi, atas kesilapan sendiri, segala-galanya hilang sebelum puas kita nikmati. Cuba bayangkan yang ini pula, seseorang yang sangat kita benci, dengan dendam yang penuh kesumat di dalam hati, tetapi orang itu mendapat pujian dan menjadi sebutan orang ramai. Bagaimana agaknya untuk kita lalui semua itu dalam kehidupan kita? Bagi Makcik Kiah, satu dari salah tiga keadaan itu dah cukup menyeksakan, apa lagi kalau ketiga-tiganya berlaku secara serentak. Tapi, itulah yang sedang dilalui oleh manusia yang bernama Mahathir bin Mohammed. Dahulu beliau disanjung, malah dianggap sebagai penyelamat Malaysia. Tetapi kini, apa sahaja yang beliau ka

Terlepas Undi Percaya, Ismail Sabri Akan Gunakan Helah Mahiaddin Untuk Bajet 2022

Image
Pada pandangan Makcik Kiah, undi percaya yang dikatakan akan diadakan di Parlimen, sudah hampir pasti TIDAK AKAN berlaku. Pada peringkat awal, Ismail Sabri menggunakan ahli akademik untuk membuat ulasan mengenai keperluan undi keabsahan di Parlimen. Tanpa keperluan untuk menjawab isu undian keabsahan di Parlimen, secara tiba-tiba, Prof Datuk Dr Shamrahayu Aziz, mengeluarkan kenyataan Parlimen tidak diberikan kuasa oleh perlembagaan untuk memberi pengesahan kepada kuasa SPB YDP Agong. Shamrahayu menambah, tiada peruntukan dalam perlembagaan mengenai undi percaya. Ia adalah amalan atau adat perlembagaan yang tidak mengikat sehinggalah ia menjadi suatu undang-undang dengan cara dikanunkan atau diiktiraf oleh mahkamah. Shamrahayu juga menyatakan perlantikan Perdana Menteri adalah sah selepas mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agong dan seterusnya berlakunya upacara menandatangani suratcara perlantikan, sumpah taat setia dan sumpah simpan rahsia yang kemudiannya lantikan ini hendaklah diwar

Hari Pertama Masuk Pejabat, Zuraidah Dah Tunjuk Besar Kepala!!!

Image
Zuraida Kamaruddin hari ini memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Perusahaan Perladangan & Komoditi di Putrajaya dengan langkah sumbang. Berdasarkan gambar yang dikongsi di media sosial kementerian tengah hari ini, dia dilihat tidak memakai pelitup muka dalam sesi itu. Facebook Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi menjelaskan, Zuraida tiba di kementerian pada 8.27 pagi, disambut pentadbiran tertinggi kementerian yang terdiri daripada Ketua Setiausaha Ravi Muthayah, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik dan Pengurusan) Abdul Hadi Omar dan Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi) Mad Zaidi Mohd Karli. Turut sama melapor diri ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr Wee Jeck Seng. Zuraida memulakan tugas pertamanya dengan menghadiri mesyuarat kabinet secara atas talian. Namun, berdasarkan gambar yang dikongsikan oleh Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi, mesyuarat bersama pegawai kanan kementerian tersebut d

Setiap Hari Seramai 2 Orang Rakyat Malaysia Membunuh Diri Akibat Pandemik Covid-19

Image
Sejak negara dilanda pandemik Covid-19, statistik rakyat Malaysia yang membunuh diri sangat membimbangkan. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DS Abd Jalil Hassan, data yang terdapat pada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menunjukkan kes bunuh diri pada tahun 2019 adalah sebanyak 609 kes, manakala pada tahun 2020, angka itu telah meningkat kepada 631 kes. Bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini pula, sebanyak 468 kes bunuh diri telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes membunuh diri di Malaysia dari tahun 2019 hingga bulan Mei 2021 ialah 1709 kes atau secara puratanya sebanyak 2 orang rakyat Malaysia membunuh diri setiap hari. Antara faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kes bunuh diri di Malaysia adalah kerana kehilangan perkerjaan akibat dari penutupan sektor industri ketika pandemik Covid-19 melanda negara. Sistem Insuran Perkerjaan (SIP) merekodkan seramai 99,696 pekerja telah diberhentikan kerja bagi tempoh Januari hingga November tahun 2020. Situasi ini