Posts

Showing posts from September, 2023

Mungkinkah Jho Low Sudah Tidak Ada Lagi?

Image
  Dari tahun 2018 hingga ke hari ini, sudah 4 kerajaan bertukar ganti dan sudah 4 orang perdana menteri bertukar ganti. Bermula dari Kerajaan Pakatan Harapan, kemudian bertukar kepada Kerajaan Perikatan nasional, kemudian bertukar kepada Kerajaan Keluarga Malaysia dan hari ini bertukar kepada Kerajaan Perpaduan. Di samping itu jawatan Ketua Polis Negara juga sudah bertukar sebanyak 4 kali. Dari Fuzi Harun dari 2017 hingga 2019, kemudian digantikan dengan Hamid Bador dari 2019 hingga 2021, kemudian diganti pula dengan Acyrl Sani dari 2021 hingga 2023 dan terkini Razaruddin Hussain dari 2023 hingga kini. Namun, usaha untuk membawa pulang penjenayah yang paling dikehendaki, Jho Low, masih lagi gagal. Mengapa? The Coverage  melapurkan  peguam New York dari firma Kobre & Kim, yang mewakili Jho Low, sedang cuba membuat perjanjian dengan kerajaan untuk membeli kebebasannya. Cadangan itu adalah Jho Low akan menyerahkan $1.5 bilion sebagai balasan untuk pengguguran semua pertuduhan terhadap