Posts

Showing posts from July, 2021

Regim Mahiaddin Cipta Krisis Perlembagaan Terburuk Dalam Sejarah Malaysia, Cuba Letakkan Kesalahan Pada SPB YDP Agung?

Image
Pertama kali dalam sejarah Malaysia sejak negara kita mencapai kemerdekaan, seorang Ahli Parlimen yang diberikan mandat oleh rakyat dan bertaraf Menteri yang memegang potfolio Undang Undang & Hal Ehwal Parlimen mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat. Nama Takiyudin Hassan akan terpahat dalam sejarah Malaysia sebagai seorang Ahli Parlimen yang bertaraf menteri melakukan perbuatan yang amat tidak berpelembagaan itu. Dalam satu kenyataan yang Takiyudin keluarkan semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada 26 Julai 2021, beliau dengan yakin menyatakan, dalam satu mesyuarat kabinet pada 21 Julai 2021, kerajaan telah mengambil keputusan untuk mengungkai 6 ordinan darurat berkuatkuasa pada hari yang sama. Kenyataan Takiyudin telah menjadi kejutan bukan sahaja di dalam Dewan Rakyat, malah selruh negara juga turut terkejut. Tidak setakat itu, sama ada Takiyudin sedar atau tidak, beliau secara lansung telah mengheret Institusi YDP Agung ke dalam krisis p

Membatalkan Darurat Secara Senyap-Senyap, Malaysia Menuju Negara Law Of The Jungle

Image
Semalam satu negara, malah tak keterlaluan kalau dikatakan satu dunia terkejut. Bukan hanya Ahli Parlimen yang bersidang di Dewan Rakyat terkejut, tapi seluruh rakyat Malaysia juga terkejut bila mendengar pengumuman bahawa Proklamasi Darurat sudah dibatalkan oleh kerajaan. Perkara itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang Undang dan Parlimen), Takiyudin Hasan. Lebih mengejutkan lagi bila Takiyudin memaklumkan bahawa darurat sudah ditamatkan sejak 21 Julai 2021 yang lepas dalam satu mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Mahiaddin sebagai Perdana Menteri. Dalam kenyataan yang dibuat oleh Takiyudin, jelas menyatakan bahawa kerajaan telah membuat keputusan untuk menamatkan Proklamasi dan Ordinan Darurat berdasarkan kepada Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan. Apa yang dinyatakan dalam Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan? "Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua

Syed Saddiq Kantoi Menipu Duit Kutipan Derma?

Image
22 Julai 2021 lalu, mantan Menteri Belia dan Sukan dan juga mantan Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dihadapkan ke mahkamah dengan 2 pertuduhan pecah amanah yang melibatkan wang lebih dari RM1.1 juta. Bagi pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa pada 6 Mac 2020 telah menggunakan kedudukan beliau sebagai Ketua Armada PPBM untuk mengeluarkan wang sebanyak RM1 juta dari dana Armada melalui sekeping cek CIMB Bank Berhad tanpa mendapat persetujuan dari Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM. Beliau didakwa di bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan dan sekiranya sabit kesalahan, beliau boleh dihukum di bawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan sebatan rotan atau pun denda. Bagi pertuduhan kedua pula, Syed Saddiq didakwa di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan sekiranya sabit kesalahan beliau boleh dihukum tidak kurang dari 6 bulan tetapi tidak melebihi 5 tahun penjara serta sebatan rotan atau denda. Syed Saddiq telah didakwa telah m

Siasatan RCI Tabung Haji, Kalau Telus Kenapa Bawah Pemerintahan PH & PN DiKecualikan?

Image
Masyarakat Islam di Malaysia akhirnya menarik nafas lega bila Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri, mengumumkan Perikatan Nasional bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) Tabung Haji. UMNO menyambut baik persetujuan untuk menubuhkan RCI Tabung Haji dan UMNO memang konsisten dalam tuntutan penubuhan RCI Tabung Haji sejak dari regim Pakatan Harapan memerintah lagi. Apabila regim Perikatan Nasional mengambil alih pemerintahan dari regim Pakatan Harapan, UMNO masih lagi meneruskan tuntutan penubuhan RCI Tabung Haji. Entah apa sebabnya, regim Perikatan Nasional mengambil masa hampir 2 tahun sebelum bersetuju untuk menubuhkan RCI Tabung Haji. Namun yang menjadi persoalan, apakah tujuan penubuhan RCI Tabung Haji itu benar-benar ikhlas dan telus serta siasatan yang akan dilakukan oleh RCI itu mampu membongkar setiap penyelewengan dan salah guna kuasa seperti yang disyaki selama ini atau pengumuman penubuhan RCI Tabung Haji itu mempunyai agenda politik di belakangnya? Di

Benarkah Rakyat Malaysia Di Beri Suntikan Vaksin Kosong?

Image
Apabila tular di media sosial mendedahkan seorang penerima vaksin di Hospital Banting, Simon Ng, membuat lapuran polis yang mendakwa beliau menerima 'suntikan' vaksin Covid-19 kosong, seluruh rakyat Malaysia terkejut. Baca di sini: https://www.malaysiakini.com/news/582150 Selepas itu tular lagi beberapa viedo klip kes yang mendakwa menerima suntikan vaksin kosong. Namun dalam satu kenyataan pihak PDRM, hasil siasatan mendapati salah satu dari dakwaan tersebut hanyalah berpunca dari salah faham. Baca di sini: https://www.sinarharian.com.my/article/151031/BERITA/Semasa/Dakwaan-suntikan-vaksin-kosong-hanya-salah-faham Tetapi kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, seolah-olah mengesahkan isu suntikan vaksin kosong bukanlah isu yang sengaja direka!!! Baca di sini: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/841346/penerima-suntikan-picagari-kosong-akan-disuntik-semula-dr-adham Makcik Kiah tak mahu ulas panjang-panjang isu ini, sebab dikhabarkan piha

Salam Aidil Adha 1442 Hijrah, Jaga SOP, Tak Payah Harapkan Anak Tiri Makcik Kiah

Image
Assalamualaikum semua. Di hari yang mulia ini Makcik Kiah nak ambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1442 Hijrah. Di hari baik dan bulan baik ini, Makcik Kiah juga menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kalau ada terkasar bahasa atau ada luahan rasa yang Makcik Kiah tuliskan dalam laman blog Makcik Kiah nie ada membuatkan sesiapa tersinggung atau terasa hati. Makcik Kiah cuma manusia biasa dan dari golongan marhaen yang selalu merasa terpinggir dengan permainan politik kluster kayangan. Makcik Kiah juga meminta kepada semua pembaca supaya menjaga SOP di musim perayaan ini. Dengan angka kes jangkitan dah menghampiri 1 juta orang dan jumlah kematian yang dah semakin menghampiri 5 angka, eloklah kita jaga sesama kita. Nak harapkan kerajaan anak tiri Makcik Kiah jaga kita, rentikanlah. In Sya Allah, selepas ini, Makcik Kiah akan kupas tentang 'ketelusan' RCI Tabung Haji yang demer bangga-banggakan tu. Salam hormat dan salam sayang dari Makcik Kiah kepada semua

Dr Mahathir Namakan Mukhriz & Azmin Calun PM, Ini Bukan Pemikiran Luar Kotak Tapi Menghancurkan Kotak!!!

Image
Memang dahulu Dr Mahathir nafikan sekeras-kerasnya mahu anak kesayangan beliau, Mukhriz untuk menggantikan tempat beliau sebagai Perdana Menteri. Berbagai dalil kita dengar dari mulut Dr Mahathir dan penyokong beliau untuk menafikan persepsi itu. "Saya tidak benarkan anak saya bergiat aktif dalam politik selagi saya masih lagi menjadi Perdana Menteri", adalah antara dalil yang Dr Mahathir keluarkan. Tapi sekarang, mungkin kerana sedar sudah di penghujung usia, Dr Mahathir dengan tersipu-sipu meluahkan apa yang terpendam dalam hati beliau selama ini. Dalam satu temuramah yang dibuat secara maya, Harith Iskandar memberikan soalan cepumas pada Dr Mahathir dengan meminta beliau menamakan siapakah calun Perdana Menteri yang beliau rasakan layak sekiranya beliau mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Tersedak Makcik Kiah bila 2 nama yang keluar dari mulut Dr Mahathir ialah 2 manusia yang paling 'disayangi' oleh rakyat Malaysia sekarang ini. Mula-mula Dr Mahathir menamakan

Siapa Yang Bocorkan Maklumat Mesyuarat MKT UMNO, Tajuddin Dedahkan Tembelang PPBM

Image
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sudah membuat ketetapan yang selari dengan PAU 2020, di mana secara sahnya ia telah menjadi ketetapan atau pun dasar parti UMNO. Menarik balik sokongan terhadap Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri dan kekal dengan NO PPBM, NO DAP dan NO PKR. Apa yang menghairankan bagi Makcik Kiah, 3 orang MKT UMNO yang tidak bersetuju dengan dasar parti yang telah diputuskan, cuba memutar belitkan fakta. Tajuddin Rahman tanpa segan silu menuduh UMNO melakukan 'tactical move' dan keputusan menarik balik sokongan terhadap Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri adalah bercanggah dengan keputusan yang telah ditetapkan oleh PAU 2020. Tajuddin juga mendakwa beliau setuju untuk menarik diri dari menyokong PPBM, tetapi sekarang bukanlah masa yang sesuai. Dan atas dasar itu, beliau tidak setuju dengan keputusan yang telah dibuat oleh MKT UMNO. Agak menghairankan bila YB Don Probok Probok ini boleh membuat bacaan politik yang salah. PAU dan MKT menetapkan NO PPBM,

MP & MKT UMNO Yang Masih Pertahankan Mahiaddin Kena Redha Dengan Hukuman Akar Umbi UMNO Dan Rakyat Malaysia Dalam PRU 15

Image
UMNO secara jelas sudah membuat keputusasn secara tuntas untuk menarik balik sokongan terhadap Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri dan 1 Ogos adalah tarikh terakhir MP UMNO untuk menarik balik sokongan kepada Perikatan Nasional. 2 badan tertinggi dalam UMNO yang mempunyai autoriti untuk menetapkan dasar parti, Persidangan Agung UMNO (PAU) dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sudah memberikan isyarat yang sangat jelas mengenai pendirian UMNO. Dasar yang telah diputuskan tidak hanya tertakluk kepada keputusan PAU 2020 dan MKT UMNO sahaja, malah ianya didokong sepenuhnya oleh 3.2 juta akar umbi UMNO, malah tidak keterlaluan kalau dikatakan ianya turut didokong oleh hampir keseluruhan 32 juta rakyat Malaysia. Mantan Presiden UMNO, DS Najib Razak juga berdiri teguh dengan keputusan yang telah ditetapkan oleh PAU 2020 dan MKT UMNO. Ringkasan ciapan DS Najib dalam akaun Facebook beliau, pendekatan yang digunakan oleh kerajaan sekarang sudah terbukti gagal tetapi pendekatan yang gagal

Apakah Silat Pulut UMNO Mampu Menumbangkan Kerajaan Perikatan Nasional?

Image
Sidang media yang dibuat oleh Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, jelas menunjukkan seberapa mungkin UMNO cuba menyantuni kehendak 3.2 juta akar umbi UMNO dan 32 juta rakyat Malaysia. Namun sebagai sebuah parti politik, keputusan mestilah berlandaskan kepada beberapa pertimbangan yang berkaitan dengan kepentingan dan survivor politik UMNO, apa lagi dalam keadaan UMNO tidak memegang kuasa pemerintahan secara mutlak. UMNO pastinya tidak mahu menjadi seperti Pak Kaduk yang menang bersorak tetapi akhirnya kampung tergadai. Mengapa Hanya Menarik Balik Sokongan Kepada Mahiaddin Dan Bukannya Perikatan Nasional? Ramai yang mempertikaikan kenapa MKT UMNO hanya keluarkan kenyataan menarik balik sokongan ke atas Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri tetapi tiada arahan supaya Menteri, Timbalan Menteri, Pengerusi GLC letak jawatan serta merta dan juga tiada arahan supaya semua Ahli Parlimen UMNO menarik diri dari Perikatan Nasional? Malah ada yang mengatakan, keputusan UMNO ini tidak mendatangkan