Pakar Virologi Beri Amaran Risiko Bertukar Ke Fasa Endemik Terlalu Awal

Pengumuman Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, bahawa kerajaan memutuskan untuk mengisytiharkan peralihan dari Fasa Pandemik ke Fasa Endemik Covid-19 mendapat kritikan hebat dari pakar virologi.

"Kita masih dalam fasa pandemik, tiada istilah endemik kerana pandemik ini masih tidak habis lagi".

"Belum tiba masanya lagi (endemik) kerana kes jangkitan masih tinggi dan virus ini menular secara berleluasa dalam masyarakat dan seluruh dunia".

"Negara kini berdepan kebarangkalian dan kemungkinan untuk menerima varian lain yang mungkin kebal vaksin".

"Masih terlalu awal untuk Malaysia memasuki tahap endemik Covid-19 kerana kes jangkitan masih tinggi dengan kemunculan pelbagai varian baharu".

"Semua pihak perlu faham istilah sebenar endemik, pandemik, epidemik dan wabak sebelum membuat sesuatu keputusan", terang Prof Dr Sazaly Abu Bakar, pakar virologi Universiti Malaya.


Menurut beliau lagi, penularan wabak ke seluruh negara dipanggil epidemik seperti virus Japanese Encephalitis atau JE, tetapi apabila sudah menular ke seluruh dunia pula akan bertukar menjadi pandemik seperti yang berlaku sekarang iaitu Covid-19.

"Fasa endemik di Malaysia adalah seperti denggi, masih ada tetapi dalam kapasiti kes yang kecil, tetapi apabila ia menular menjadi 3,000 atau 4,000 kes akan bertukar menjadi epidemik".

"Endemik diistilahkan virus yang sentiasa ada dan sukar dihapuskan tetapi dalam jumlah kes yang sedikit".

"Kita masih tidak boleh beralih daripada fasa pandemik berikutan varian Delta masih menular di seluruh dunia".

"Kita bukan boleh suka-suka tukar kepada endemik lebih-lebih lagi kemunculan varian baharu seperti Lambda dan Mu".

"Kita tidak boleh isytihar endemik sekiranya satu dunia masih lagi bergelut untuk menghapuskan Covid-19".

"Tiada negara lain yang berani untuk isytihar endemik, contoh Israel dan United Kingdom yang walaupun kadar vaksinasi melebihi 90 peratus, namun masih berdepan dengan lonjakan kes jangkitan baharu".

"Sekiranya satu dunia tiada Covid-19 dan hanya tempat tertentu saja ada, ini boleh dipanggil endemik, walaupun makan masa bertahun-tahun untuk dihapuskan".

"Oleh itu, orang ramai perlu bersedia dan menerima hakikat virus ini akan sentiasa ada seperti penyakit denggi".

"Disebabkan itu, kita masih tidak boleh isytihar negara memasuki fasa endemik kerana kes kita masih tinggi dengan jumlah kematian masih meningkat".

Makcik Kiah berharap, apa yang dikatakan oleh pakar virologi ini mendapat perhatian serius dari kerajaan.

Pandangan mereka adalah pendangan profesional yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan politik.

Jangan kerana mahu dilandang sebagai kerajaan yang berjaya menangani pandemik Covid-19, nyawa rakyat dirisikokan.

Jangan ulangi kesilapan keputusan mengadakan Pilihanraya Negeri Sabah yang akhirnya mengorbankan belasan ribu nyawa rakyat Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Ada Cerita Yang Lebih Panas Di Sebalik Kartel JMB

Surat Perjanjian Ismail Sabri & Muhyiddin Terdedah

PRN Johor: Tawaran Syed Saddiq Pada Anak Muda!!!