Kesian Penduduk Telok Ayer Tawar, Dapat Calon Penuh Skandal

 

Kesian Penduduk Telok Ayer Tawar, Dapat Calon Penuh Skandal

Perikatan Nasional mempertaruhkan Azmi Alang dari PPBM sebagai calon mereka untuk PRN Pulau Pinang bagi kerusi N06 Telok Ayer Tawar.

Siapa Azmi Alang yang dicalonkan oleh PPBM?

Mungkin bagi orang lain, nama Azmi Alang kedengaran sangat asing, tetapi bagi pengundi N06 Telok Ayer Tawar, beliau amat dikenali.

Masakan rakyat Pulau Pinang khususnya di Telok Ayer Tawar sudah lupa pada apa yang berlaku pada tahun 2017.

Skandal Penyelewengan Duit Zakat Pulau Pinang



Pada bulan Mei 2017, negara digemparkan bila 12 orang, termasuk 4 orang pegawai kanan Zakat Pulau Pinang berserta 8 orang kontraktor ditahan SPRM.

Dari 8 orang kontraktor yang ditahan, termasuklah seorang kontraktor wanita.

Dan dari 7 orang kontraktor yang ditahan itu, salah seorang darinya dipercayai adalah Azmi Alang yang kini menjadi calun PN untuk N06 Telok Ayer Tawar.

Kesian Penduduk Telok Ayer Tawar, Dapat Calon Penuh Skandal


Sekiranya video klip di atas sukar untuk ditentukan, cuba lihat pula  gambar di atas.

Penulis bukan menuduh, cuma bertanya, apakah benar Azmi Alang antara yang ditahan SPRM berikutan kes penyelewengan duit zakat Pulau Pinang.
Sekiranya benar, tidak pasti sama ada beliau menjadi guru atau berguru dengan anak Hamzah yang didakwa menyelewengkan subsidi minyak masak untuk B40.

Tak dapat penulis bayangkan, bagaimana manusia sebegini tergamak menyelewengkan duit rakyat yang susah!!!

Kaki Pukul

Azmi Alang bukan sahaja pernah dikaitkan dengan skandal penyelewengan duit zakat Pulau Pinang.

Malah, dikhabarkan juga beliau pernah dikaitkan dengan kes pukul Ketua Armada Tasek Gelugor.

Khabarnya siap ada laporan polis sudah dibuat.

Tapi macam biasalah, untuk mengelakkan dari mencemarkan nama parti, maka katanya kes diselesaikan tanpa tindakan lanjut.

Katanya, laporan polis itu pun sudah ditarik balik, depa katalah, bukan penulis kata.

Kehilangan Misteri 60 Orang PATI



Sebagai kontraktor, Azmi Alang juga dikatakan ada menggunakan khidmat pekerja asing.

Katanya, ada yang mempunyai permit dan dokumen yang sah.

Tapi ada juga di antara pekerja tersebut dikatakan bertaraf pekerja asing tanpa izin atau PATI.

Persoalannya ialah, ke manakah menghilangnya 60 orang PATI yang berada di bawah jagaan beliau?

Bagi penulis, ada 2 persoalan yang besar mesti direnungkan oleh pengundi di Telok Ayer Tawar.

Pertama, kita senua sedia maklum, menyimpan dan melindungi PATI merupakan kesalahan di sisi undang-undang negara.

Sekiranya bakal wakil rakyat sendiri tidak menghormati undang-undang, bagaimana rakyat mahu nasib mereka dibela mengikut lunas undang-undang?

Kedua, kalau sudah terbukti 60 orang PATI pun beliau tidak mampu untuk jaga, apakah beliau mampu untuk menjaga ribuan penduduk di DUN Telok Ayer Tawar?

Malang sungguh nasib penduduk Telok Ayer Tawar kerana mendapat calon ADUN seperti Azmi Alang.

Tapi, mahukah pengundi di Telok Ayer Tawar mengundi beliau?

Comments

Popular posts from this blog

Ada Cerita Yang Lebih Panas Di Sebalik Kartel JMB

Surat Perjanjian Ismail Sabri & Muhyiddin Terdedah

PRN Johor: Tawaran Syed Saddiq Pada Anak Muda!!!