Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik

 

Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik

Tular di media sosial mengenai skandal calon PAS di N29 Dewan Undangan Negeri Kemasik, Terengganu, Saiful Azmi Suhaili.

Dari rakaman audio yang didakwa dirakam oleh bekas isteri-isteri beliau, apa yang dapat difahami, Saiful didakwa memiliki lebih dari seorang isteri.



Tetapi apa yang memeranjatkan ialah dakwaan isteri-isteri Saiful bahawa beliau adalah seorang yang tidak bertanggungjawab.

Malah, audio yang mendakwa salah seorang dari isteri-isteri Saiful mendedahkan bagaimana beliau ditinggalkan begitu sahaja bila Saiful merasakan beliau tidak diperlukan lagi.



Juga turut didedahkan Saiful didakwa mempunyai seorang lagi isteri yang beliau nikahi tanpa pengetahuan isteri-isteri yang lain!!!

Sekiranya benar dakwaan isteri-isteri Saiful, penulis tidak pasti bagaimana Saiful boleh bernikah satu lagi tanpa pengetahuan isteri-isteri yang lain.

Sekiranya mengikut Seksyen 23 Enakmen Keluarga Islam, tidak siapa boleh berpoligami tanpa mendapat persetujuan mahkamah.

Mahkamah akan memanggil isteri atau kesemua isteri-isteri pemohon untuk mendapatkan pandangan dan persetujuan.

Jadi, sekiranya isteri-isteri Saiful tidak tahu beliau menikah satu lagi, adakah beliau bernikah menggunaka sindiket?

Satu lagi persoalan dari rakaman audio tersebut adalah mengenai tanggungjawab sebagai seorang suami.

Seorang suami WAJIB memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri atau kesemua isteri-isteri yang dinikahi.

Ini bukan hanya tertakluk kepada undang-undang negara, tetapi lebih utama ianya adalah perintah dari Allah SWT.

Tidak ada istilah gantung tidak bertali, salain tidak berapi dalam hukum munakahat di dalam Islam.

Penulis tertanya-tanya, sekiranya audio yang didakwa perbualan antara isteri-isteri Saiful adalah benar, apakah beliau mampu melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat sekiranya isteri-isteri sendiri diabaikan?

Burung Lesu Yang Bernafsu


Di samping rakaman audio yang didakwa antara isteri-isteri Saiful, tular lagi satu rakaman audio yang didakwa antara Pengarah Pilihanraya PAS DUN Kemasik, Ariffin Mohamad @ Pok Pin.

Rakaman tersebut didakwa antara Pok Pin dengan kakak kepada Ezza Suria Muda (isteri Saiful yang beliau tinggalkan).

Isu perbualan antara Pok Pin dan kakak Ezza bukan berkenaan poligami.

Tetapi lebih bertumpu kepada membaik pulih atau servis burung yang sudah layu tetapi masih bernafsu.

Dengarkanlah sendiri perbualan yang sangat memualkan.

Sekiranya semua apa yang didakwa ini adalah benar, pengundi di DUN Kemasik nilaikanlah sendiri.

Adakah mengabaikan isteri dan menzalimi wanita dibenarkan dalam Islam?

Adakah berkhalwat dengan bukan muhrim juga dibenarkan dalam Islam?

Jangan terpedaya dengan penampilan yang kononnya berpenampilankan Islam, tetapi mempunyai akhlak yang jauh lebih menjijikkan dari seorang yang bukan Islam.

Tetapi, sekiranya apa yang didakwa tidak benar, pihak Saiful dan Pok Pin mesti mengambil tindakan tegas.

Comments

Popular posts from this blog

Ada Cerita Yang Lebih Panas Di Sebalik Kartel JMB

Surat Perjanjian Ismail Sabri & Muhyiddin Terdedah

PRN Johor: Tawaran Syed Saddiq Pada Anak Muda!!!