Apakah Ada Perancangan Untuk Malaysia Keluar Dari Pandemik Covid-19 Dan Selepas Keluar Dari Pandemik Covid-19?


Malaysia mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen, itu jelas dalam Perlembagaan Malaysia.

Baca di sini:


SPB YDP Agung adalah Ketua Utama Negara, di mana dari hirerki pentadbiran Malaysia, SPB YDP Agung berada di atas ketiga-tiga cabang pentadbiran negara, eksekutif, legislatif dan judisiari serta SPB YDP Agung TIDAK BOLEH didakwa di mana-mana mahkamah kecuali dalam Mahkamah Khas.

Baca di sini:


Namun, sebagai Raja Berpelembagaan, setiap tindakan dan keputusan yang SPB YDP Agung mestilah berpandukan kepada Perlembagaan Persekutuan, di mana SPB YDP Agung di mana tindakan SPB YDP Agung adalah tertakluk di bawah Perkara 40(1a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan:

"Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu."

Namun dalam Perkara 40(3) Perlembagaan Persekutuan, SPB YDP Agung diberikan pilihan untuk bertindak selepas berunding dengan atau atas syor dari pihak yang lain selain dari jemaah menteri:

"Undang-undang persekutuan boleh membuat peruntukan bagi menghendaki Yang di-Pertuan Agong bertindak selepas berunding dengan atau atas syor mana-mana orang atau kumpulan orang selain Jemaah Menteri pada menjalankan mana-mana fungsinya :

(a) fungsi yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya

(b) fungsi yang berkenaan dengan penjalanannya peruntukan ada dibuat dalam mana-mana Perkara lain."

Baca disini:


Kalau dalam Perlembagaan Malaysia, SPB YDP Agung MESTI bertindak dalam menjalankan fungsi baginda sebagai Ketua Utama Negara berlandaskan perlembagaan, maka sudah tentu 3 cabang pentadbiran yang berada di bawah SPB YDP Agung juga MESTI bertindak dalam menjalankan fungsi mereka mengikut Perlembagaan Malaysia.

Malaysia sedang menghadapi krisis perlembagaan yang paling hitam dalam sejarah negara.

Baca di sini:


Dalam menghadapi krisis pandemik Covid-19, krisis ekonomi yang serius dan masalah kehidupan rakyat yang semakin tertekan, tidak sepatutnya wujud satu lagi krisis, terutamanya krisis perlembagaan kerana ini akan lebih memburukkan keadaan!!!

Apa Punca Krisis Perlembagaan Malaysia?


Kerajaan di bawah pimpinan Mahiaddin Md Yasin telah memaklumkan Parlimen bahawa jemaah kabinet telah membuat keputusan bahawa semua ordinan darurat yang berkuatkuasa sejak Proklamasi Darurat telah dibatalkan berkuatkuasa pada 21 Julai 2021, sedangkan Parlimen hanya dimaklumkan hanya pada 26 Julai 2021.

Ini telah menimbulkan kekeliruan Ahli Parlimen yang lain dan timbul satu persoalan yang besar, kerana apabila Parlimen masih lagi digantungkan ketika itu, apakah jemaah kabinet mempunyai kuasa untuk menamatkan ordinan darurat dan adakah pembatalan ordinan darurat itu sudah diperkenan oleh SPB YDP Agung.

Baca di sini:


Prof Madya Dr Wan Ahmad Fauzi bin Wan Husain berpendapat, sebagaimana ianya menjadi kuasa prerogatif SPB YDP Agung untuk mengisytiharkan darurat, maka ianya juga menjadi kuasa prerogatif SPB YDP Agung untuk membatalkan keseluruhan Proklamasi Darurat atau mana-mana atau keseluruhan ordinan darurat yang telah baginda isytiharkan.

Dalam artikata lain, jemaah menteri hanya boleh menasihati SPB YDP Agung untuk membatalkan ordinan darurat tetapi TIDAK mempunyai kuasa untuk membatalkan ordinan darurat.

Baca di sini:


Isu ini berlarutan bila pihak kerajaan berdolak dalih untuk memberikan penjelasan.

Kalau mengikut apa yang dijanjikan oleh Speaker Parlimen sendiri, pencerahan akan dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang Undang dan Hal Ehwal Parlimen), Takiyudin Hasan pada hari Isnin bersamaan 2 Ogos 2021, hari terakhir Mesyuarat Khas Parlimen.

Namun setelah Istana Negara mengeluarkan kenyataan yang menafikan SPB YDP Agung sudah memberi perkenan terhadap pembubaran ordinan darurat pada hari Khamis (29 Julai 2021) dan menganggap kenyataan Takiyudin itu mengelirukan Ahli Parlimen, tiba-tiba kesemua Ahli Parlimen dikehendaki menjalani ujian saringan Covid-19 atas alasan ada jangkitan Covid-19 di Parlimen dan Parlimen ditangguhkan lagi ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Yang menimbulkan tanda tanya apabila pada 29 Julai 2021, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Nor Hisham, mengeluarkan kenyataan adanya jangkitan Covid-19 di Parlimen sejak Masyuarat Khas Parlimen diadakan hingga ke tarikh 29 Julai 2021!!!

Baca di sini:


Namun pada 1 Ogos 2021, Dr Nor Hisham mengeluarkan kenyataan yang berbeza pula.

Baca di sini:


Bukan Makcik Kiah nak nafikan apa yang dikatakan oleh Dr Nor Hisham tapi alasan menutup semula Parlimen dengan hanya jangkitan 4 kes Covid-19 adalah sesuatu yang amat-amat meragukan.

Baca di sini:


Ini menimbulkan persepsi yang kerajaan sengaja mencipta alasan demi alasan untuk terus berkuasa tanpa memperdulikan masalah utama yang dihadapi oleh rakyat dan negara sekarang ini.


Pada 2 Ogos 2021, Ahli Parlimen pembangkang telah dihalang oleh kerajaan dari memasuki pejabat mereka di Parlimen dengan alasan yang sama.

Persoalannya, mengapa anggota PAC dibenarkan masuk?

Ini telah menimbulkan suasana yang sedikit kecoh di luar Parlimen.

Yang menimbulkan tandatanya, apakah tujuan kerajaan menghalang Ahli Parlimen pembangkang dari masuk ke pejabat mereka di Parlimen?

Dalam keadaan Parlimen digantung semula, apa yang Ahli Parlimen pembangkang boleh lakukan?

Undi tak percaya dalam dewan Parlimen yang kosong?

Atau adakah kerajaan mahu menunjukkan bahawa kononnya selain dari Ahli Parlimen blok kerajaan, Ahli Parlimen yang lain hanya bernafsu bermain politik dan tidak menghiraukan rakyat!!!

Rakyat boleh menilai siapa sebenarnya yang gila berpolitik dan gila kuasa.

Adalah sangat menyedihkan, di saat negara sedang bergelut dengan pandemik Covid-19 dan rakyat sedang menderita, tiada perancangan yang tuntas dari kerajaan untuk negara dan rakyat Malaysia.


Pelan Pemulihan Negara yang dibentangkan tidak lebih ibarat sebuah lukisan di atas kertas yang hanya cantik dipandang mata.

Apa strategi untuk seluruh negara melangkah ke Fasa 2 dan Fasa seterusnya dalam Pelan Pemulihan Negara, tidak ada.

Apa perancangan untuk memulihkan kepercayaan pelabur asing supaya kembali melabur di Malaysia apabila Malaysia dapat keluar dari masalah pandemik Covid-19, tidak ada.

Apa perancangan untuk membantu rakyat yang kehilangan perkerjaan dan teruk terjejas akibat dari PKP, darurat dan total lockdown, tidak ada.

Apa perancangan untuk membantu 2 juta rakyat yang hilang perkerjaan akibat terkesan dengan PKP, darurat dan total lockdown, tidak ada.

Apa perancagan untuk membantu penjaja, peniaga kecil dan usahawan IKS yang sebahagian besarnya sudah diisytiharkan muflis akibat terkesan dari PKP, darurat dan total lockdown, tidak ada.

Apa perancangan untuk membantu para pelajar sekolah yang akan mengambil peperiksaan awam dan mahasiswa yang telah banyak terkesan akibat PDPR, supaya dapat dipastikan kualiti pembelajaran mereka setidak-tidaknya setaraf dengan rakan-rakan mereka sebelum ini, tidak ada.


Yang ada kita dengar dan nampak ialah menteri kabinet dan MP kerajaan berhimpun beramai-ramai di rumah Mahiaddin pada 29 Julai 2021 lepas.

Yang ada kita dengar ialah 30 MP Barisan Nasional berhimpun di Kementerian Pertahanan pada malam 1 Ogos 2021 lepas.

Baca di sini:


Tapi terbongkar rupa-rupanya hanya 19 Ahli Parlimen Barisan Nasional yang hadir, bukan 30 Ahli Parlimen yang hadir seperti yang didakwa:


Tujuannya apa?

Untuk kekalkan kuasa dan negara dan rakyat dibiarkan menderita!!!

Comments

Popular posts from this blog

Surat Perjanjian Ismail Sabri & Muhyiddin Terdedah

Ada Cerita Yang Lebih Panas Di Sebalik Kartel JMB

PRN Johor: Tawaran Syed Saddiq Pada Anak Muda!!!