Regim Mahiaddin Cipta Krisis Perlembagaan Terburuk Dalam Sejarah Malaysia, Cuba Letakkan Kesalahan Pada SPB YDP Agung?


Pertama kali dalam sejarah Malaysia sejak negara kita mencapai kemerdekaan, seorang Ahli Parlimen yang diberikan mandat oleh rakyat dan bertaraf Menteri yang memegang potfolio Undang Undang & Hal Ehwal Parlimen mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat.

Nama Takiyudin Hassan akan terpahat dalam sejarah Malaysia sebagai seorang Ahli Parlimen yang bertaraf menteri melakukan perbuatan yang amat tidak berpelembagaan itu.


Dalam satu kenyataan yang Takiyudin keluarkan semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada 26 Julai 2021, beliau dengan yakin menyatakan, dalam satu mesyuarat kabinet pada 21 Julai 2021, kerajaan telah mengambil keputusan untuk mengungkai 6 ordinan darurat berkuatkuasa pada hari yang sama.

Kenyataan Takiyudin telah menjadi kejutan bukan sahaja di dalam Dewan Rakyat, malah selruh negara juga turut terkejut.

Tidak setakat itu, sama ada Takiyudin sedar atau tidak, beliau secara lansung telah mengheret Institusi YDP Agung ke dalam krisis perlembagaan yang beliau cipta.

Selebihnya Makcik Kiah tak mahu ulas, pembaca boleh dapatkan maklumat di sini:




Selepas beberapa kali cuba mengelak diri dari mengemukakan bukti bahawa pembatalan ordinan darurat sudah mendapat perkenan SPB YDP Agung, akhirnya pihak Istana Negara sendiri bertindak mengeluarkan kenyataan rasmi di akaun rasmi Facebook Istana Negara.

Baca di sini:



Perkara ini didedahkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, ketika sesi Mesyuarat Khas Parlimen  2021 pada 29 Julai 2021.

Apa skrip regim Mahiaddi selepas ini untuk mengelakkan diri dari dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku, Makcik Kiah tak berminat nak tahu tapi pada saat Makcik Kiah menulis, selepas Mesyuarat Khas Dewan Rakyat ditangguhkan sebanyak dua kali, ianya ditangguhkan hingga pukul 5.15 petang dengan alasan ada jangkitan Covid-19 di Dewan Rakyat, tiba-tiba ada jangkitan Covid-19, betul atau tidak Makcik Kiah tak tahu.

Apa yang Makcik Kiah nak bincangkan ialah implikasi yang akan timbul sekiranya regim Mahiaddin masih lagi berkeras hendak menegakkan benang yang basah.

Regim Mahiaddin berhadapan dengan pendakwaan di mahkamah di bawah Kanun Keseksaan.

Ada pendapat yang yang mengatakan kesalahan yang dilakukan oleh regim Mahiaddin ini boleh didakwa di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan dan 123 (b) bawah kanun yang sama.

Baca di sini:


Tapi semakan dari Makcik Kiah mendapati regim Mahiaddin boleh didakwa di bawah Seksyen 121(b), 121(c) dan 121(d) Kanun Keseksaan.

Mereka juga boleh didakwa di bawah Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan kerana aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen di Malaysia.

Baca di sini:


Selain dari itu, implikasi paling besar terhadap rakyat dan negara ini sekiranya regim Mahiaddin masih lagi berkeras mahu menegakkan benang yang basah ialah Parlimen Malaysia dan Malaysia akan menjadi bahan lawak di peringkat dunia.

Kita jangan lupa, apa sahaja yang dicakapkan oleh Ahli Parlimen akan dicatat dalam hansard Parlimen Malaysia.

Hansard Parlimen Malaysia boleh dibaca dan diterjemahkan oleh sleh siapa sahaja di seluruh dunia.

Selain itu, liputan Persidangan Parlimen juga dibuat secara langsung melalui sosial media seperti Youtube yang boleh ditonton di seluruh dunia.

Semakin mereka cuba menegakkan benang yang basah, mereka akan makin dikenali sebagai regim yang mematikan sistem demokrasi dan memanupulasikan perlembagaan serta regim yang derhaka terhadap raja.

Integriti dan kredibiliti Ahli Parlimen dan juga Parlimen di Malaysia akan dipersendakan di seluruh dunia.

Tak payah cerita tentang keyakinan pelabur asing.

Ini bukan lagi cerita PPBM vs UMNO atau pembangkang, tetapi ianya adalah menngenai maruah institusi legislatif Malaysia dan maruah Malaysia di mata dunia.

Jadi satu nasihat Makcik Kiah, kalau yang bersimpul itu memang sudah tidak dapat dirungkaikan lagi, cara terbaik ialah Mahiaddin mengadap SPB YDP Agung untuk mengakui kesalahan yang dilakukan dan serahkan kembali jawatan Perdana Menteri kepada baginda.





Tidak perlu lagi berdolak dalih dan cuba memanjangkan lagi krisis perlembagaan ini dengan mengeluarkan kenyataan media yang seakan-akan cuba meletakkan kesalahan kepada pihak istana pula.

SPB YDP Agung sudah pasti bertindak selepas mendapatkan pandangan dan nasihat dari pelbagai pihak yang pakar dalam perundangan dan perlembagaan negara.

Jadi satu nasihat Makcik Kiah, kalau yang bersimpul itu memang sudah tidak dapat dirungkaikan lagi, cara terbaik ialah Mahiaddin mengadap SPB YDP Agung untuk mengakui kesalahan yang dilakukan dan serahkan kembali jawatan Perdana Menteri kepada baginda.

Sekurang-kurangnya sejarah akan mengenang beliau sebagai seorang yang berani bertanggungjawab dengan mengakui kesalahan dan kegagalan sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan?

Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik

Kesian Penduduk Telok Ayer Tawar, Dapat Calon Penuh Skandal