Isu Pesawat Pengintip Israel, Satu Pencerobohan Atau Dengan Kebenaran?


Isu pesawat pengintip Israel, Boeing 732-400 dengan nombor pendaftaran 4X-A00, milik syarikat pertahanan Kerajaan Zionis, Israel Aerospace Industries (IAI-Elta), yang melalui ruang udara Malaysia pada 20 Mei 2021, terus menjadi keresahan dan tanda tanya rakyat Malaysia.

Lebih membingungkan lagi bila pihak berkuasa mengambil sikap membisu dan tidak memberikan apa-apa pencerahan mengenai isu tersebut.

Pesawat itu dilaporkan tiba di utara Selat Melaka pada 20 Mei 2021, jam 6.00 am dan terbang melalui ruang udara Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan ketinggian hanya 28,975 meter dari paras laut.

FlightRadar 24 melaporkan, ketika memasuki ruang udara pesisir Selat Melaka pada jam 11.30 am, pesawat tersebut tiba-tiba hilang dan tidak dapat dikesan oleh radar sehingga ia mendarat di Pengkalan Tentera Udara Singapura di Paya Lebar pada 21 Mei 2021.

Baca di sini:


Isu ini tidak boleh dianggap remeh oleh Kerajaan Malaysia dan ianya menimbulkan pelbagai persoalan :


1) Pesawat tersebut bukanlah pesawat penerbangan komersial biasa tetapi ianya adalah pesawat pengintip yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan pengintipan yang canggih.

Baca di sini:


Selama hampir 5 jam setengah melintasi ruang udara Malaysia, kita tidak tahu apa yang telah pesawat tersebut rakam dan perolehi.


2) Malaysia adalah antara negara yang telah disenaraikan oleh Israel Defence Force (IDF) sebagai sebuah negara yang berada di dalam radar serangan mereka dengan alasan memerangi pejuang HAMAS yang mereka dakwa bersembunyi di sini.

Tidak sampai seminggu IDF meluluskan serangan ke atas Malaysia, pesawat pengintip Israel sudah berlegar-legar selama 5 jam setengah di ruang udara Malaysia, dari Perlis hingga ke Melaka (sebelum melalui pesisir pantai).

Mengapa perlu berlegar-legar hingga 5 jam setengah untuk penerbangan dari Perlis hingga ke Melaka yang jarak penerbangan hanya sejauh 522.9 km atau 282.15 batu nautika.

Kelajuan penerbangan pesawat Boeng 737-400 versi asal sebelum modifikasi ke Boeng 732-400 boleh mencecah hingga 780 km/jam atau 485 batu/jam.

Baca di sini:


Ini bermakna sekiranya pesawat tersebut hanya melintas ruang udara Malaysia, untuk jarak penerbangan sejauh 522.9 km atau 282.15 batu nautika, ia hanya memerlikan masa kurang dari 1 jam!!!

3) Apakah pesawat pengintip Israel tersebut telah mendapat kebenaran dari pihak berkuasa Malaysia untuk melintasi ruang udara Malaysia?

Kalau benar begitu, mengapa pihak Kerajaan Malaysia memberikan kebenaran kepada sebuah pesawat pengintip Israel untuk melintasi ruang udara Malaysia?

Bukankah Malaysia tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel?

Bukankah Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel?

Bukankah Malaysia menentang dengan keras segala kekejaman yang regim Zionis Israel lakukan terhadap rakyat Palestine?

Apakah kecaman regim Mahiadin terhadap kekejaman regim Zionis terhadap Palestine hanyalah retorik politik semata-mata?

Atau regim Mahiadin tidak berani menyekat pesawat pengintip Israel dari bermaharajalela di ruang udara Malaysia.

Malaysia adalah sebuah negara merdeka yang berdaulat.

Setiap inci ruang di darata, udara dan lautan WAJIB kita pertahankan.

Malaysia mempunyai hak untuk TIDAK memberi kebenaran kepada pesawat pengintip Israel dari melalui ruang udara Malaysia.

Kalau kita masih ingat, ketika menjadi Perdana Menteri ke 7, pesawat rasmi dalam perjalanan ke Pakistan yang membawa Dr Mahathir pernah dihalang dari melalui ruang udara India kerana dasar luar Malaysia ketika regim Dr Mahathir yang tidak sensitif kepada ketegangan hubungan antara India dan Pakistan.


Malah Indonesia pernah menghalang pesawat yang membawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dari perjalanan dari Singapura ke Sydney dari melintasi ruang udara Indonesia.

Yang dihalang Indonesia adalah pesawat yang membawa Perdana Menteri Israel tetapi yang dibenarkan (sekiranya di beri kebenaran) melintasi ruang udara Malaysia adalah sebuah PESAWAT PENGINTIP ISRAEL!!!

Namun sekiranya itu adalah satu pencerobohan, mengapa Kementerian Luar atau Kementerian Pertahanan atau Kementerian Pengangkutan tidak mengeluarkan apa-apa notis bantahan rasmi dan menuntut penjelasan dari IDF mengapa pesawat pengintip mereka melintasi ruang udara Malaysia dan mengapa mengambil masa yang cukup lama untuk melintasi ruang udara Malaysia!!!

Satu persoalan yang penting, megapakah tidak ada jet pejuang TUDM memintas pesawat pengintip tersebut.

Apakah pihak TUDM dan Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) atau Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia tidak dapat mengesan pesawat tersebut yang berlegar-legar di ruang udara Malaysia selama 5 setengah jam?

Kalau itu hakikatnya, maka tidak hairan misteri MH 370 masih lagi belum terjawab hingga sekarang.

Sedangkan yang berlegar-legar di ruang udara Malaysia pun tak dapat dikesan, inikan pula yang hilang di ruang udara antarabangsa!!!

Comments

Popular posts from this blog

Ada Cerita Yang Lebih Panas Di Sebalik Kartel JMB

Surat Perjanjian Ismail Sabri & Muhyiddin Terdedah

PRN Johor: Tawaran Syed Saddiq Pada Anak Muda!!!