Salah Siapa Bila Erdogan Talipon Dr Mahathir Dan Bukannya Mahiadin?
Hari nie dah 5 Syawal.
Bermakna sudah masuk hari yang kesepuloh ketegangan antara Israel dan Palestine berlaku sejak Zions laknatullah dengan biadapnya menyerang umat Islam yang sedang melakukan solat sunat terawih di Masjid Al Aqsa pada 8 Mei 2021 yang lepas.
Baca di sini :
Tapi ketegangan nampaknya bukan kian mengendur tetapi semakin memuncak dan terkini sudah memusnahkan puluhan bangunan termasuk kediaman awam dan mengorbankan ratusan nyawa di kedua-dua belah pihak.
Kali ini, pejuang Hamas dari pihak Palestine tidak lagi bersendirian.
Pejuang Hamas akan bergabung tenaga dengan Briged Jihad Al Aqsa, Fatah, yang lengkap bersenjata dan terkenal dengan skil perang gerila serta pernah beberapa kali menewaskan regim Zionis laknatullah.
Pemuda-pemuda Arab dari negara jiran Palestine sedang berusaha untuk memasuki Palestine bagi membantu pejuang Hamas untuk mempertahankan bumi Baitul Maqdis dari dicerobohi Zionis laknatullah.
Ribuan pejuang dari Jordan dilapurkan sudah sampai di Jambatan Raja Hussein, sempadan Palestine-Jordan untuk bergabung tenaga dengan pejuang Hamas dan Fatah.
Manakala konvoi besar pejuang dari Lubenan pula dikesan sedang bergerak menuju ke sempadan Palestine-Lubenan untuk tujuan yang sama.
Mungkin berkat usaha keras Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyya, yang telah membuka mata pemuda Arab di negara jiran Palestine supaya sama-sama mempertahankan Baitul Maqdis, terutamanya Masjid Al Aqsa, yang menjadi masjid ketiga mulia dalam Islam.
Bila bercakap tentang Ismail Haniyya, tersenyum simpol juga Makcik Kiah tenguk perangai pemimpin Malaysia dengan konco-konco dia.
Dia kata, 15 Mei 2021 hari tu, konon-kononnyalah, Ismail Haniyya yang masa tu ada kat Gaza talipon dia untuk membincangkan keadaan terkini di Gaza, tapi Makcik Kiah sangkakan panas sampai ke petang, rrrupa2nya hujan di tengahari.
Ismail Haniyya yang dia kata ada kat Gaza tu, rrrupa2nya ada kat Doha, Qatar!!!
Bukan tu jer, Ismail Haniyya yang dia kata ada kat Gaza tu, rrrupa2nya dan keluar dari Gaza sejak tahun 2020 lagi atas sebab keselamatan...😂😂😂
Baca di sini :
Mungkin dia lupa, sekarang nie dunia tanpa sempadan, maklumat di hujung jari...😛😛😛
Puas Makcik Kiah, naperlah dia cuba nak menipu rakyat Malaysia?
Baru Makcik Kiah teringat, nie semua Erdogan punya pasal.
Adaker patut Erdogan talipon mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir, untuk bincangkan tentang isu kat Gaza?
Negara lain Erdogan talipon pemimpin utama, tapi kat Malaysia, Erdogan tak talipon 'Perdana Menteri atas kertas', tak patut betul dak Erdogan nie.
Nasib baik Erdogan tak talipon DS Najib, kalau tak bergema baliklah zikir 'SALAH NAJIB'!!!
Memanglah kawan tu bengang, tu yang cari jalan nak cover malu...😂😂😂
Mustahil pemimpin tersohor macam Erdogan tak tahu protokol diplomasi.
Tapi nak salahkan Erdogan pun tak boleh juga der.
Persoalannya, apa bos Wisma Putra buat?
Dah setahun lebih big boss dia jadi Perdana Menteri, takkan tak update pertukaran jawatan Perdana Menteri pada semua kedutaan yang ada kat dalam dan luar Malaysia?
Kalau dah update, takkan antara pemimpin utama dunia macam Erdogan tu tak tahu siapa Perdana Menteri atas kertas kat Malaysia sekarang nie?
Atau pun Mahiadin memang tak diiktiraf sebagai Perdana Menteri Malaysia yang sah oleh dunia luar?
Patutlah masa pergi Arab Saudi, Raja Arab Saudi pun tak jemput datang ke istana...😂😂😂
Katanya cuma video call jer, tu pun, entah peria entak katak, entahkan iya entahkan tidak ada video call...😛😛😛
Sebab katanya, hari yang sama dia buat video call dengan Raja Arab Saudi, ada pemimpin dari Arab yang buat lawatan ke Arab Saudi dan dijemput datang ke istana!!!
Apa cer nie H2O?
Duta khas Perdana Menteri ke Timur Tengah pun janganlah nak lepas tangan atau buat bodoh jer!!!
Takkan rakyat bayar gaji berpuloh ribu satu bulan, kerja nak mencandat sotong kat Ganu Kiter jer?
Kalau nak mencandat sotong, letak jawatan jadi duta khas, boleh jimatkan duit rakyat!!!
Walau pun Makcik Kiah memang tak berkenan dengan regim sekarang, tapi ini maruah negara.
H2O dengan Tok Aji mesti bagi penjelasan pada rakyat dan betulkan keadaan nie di mata dunia!!!
Institusi Perdana Menteri adalah maruah rakyat dan negara nie!!!
Comments