Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan?

 

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan

Minggu lepas seluruh negara dikejutkan dengan berita SPRM menahan beberapa individu yang berpengaruh di Kedah.

Kesemua mereka ditahan dan disoal siasat oleh SPRM berkaitan perlombongan haram REE di Kedah.

Turut ditahan oleh SPRM adalah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI Kedah), Sobri Osman.


Malah dalam ucapan politik Sobri, beliau secara terang-terangan telah mengakui berlaku sogokan sebanyak RM1 juta yang diberikan oleh syarikat Jangka Bakat Sdn Bhd kepada MBI kedah.

Ramai yang tidak tahu mengenai syarikat Jangka Bakat Sdn Bhd dan pengarahnya Liana Mamat @ Khalid yang ditahan oleh SPRM.

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan

Sebenarnya syarikat Jangka Bakat didaftarkan dan mula bertapak di Kelantan dan bukannya Kedah.

Syarikat Jangka Bakat yang didaftarkan pada 1 November 2007 mempunyai pengkhususan di bidang perlombongan mangasene dan mineral.

Di Kedah MBI Kedah diberikan mandat untuk melakukan usahasama dengan swasta untuk menjalankan aktiviti perlombongan.

Bagi Kelantan pula, badan yang dipertanggungjawabkan adala Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN).

Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012, telah dilapurkan kelemahan Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin) dalam mengendalikan aktiviti usahasama perlombongan mangasene dan mineral.

Ianya menyebabkan berlaku kerugian lebih RM5 juta ketika Ahmad Yaakub sebagai Menteri Besar Kelantan yang juga Pengerusi Yakin.

Kelemahan tersebut berkaitan tiada perjanjian, pembayaran tribute (ufit) yang tidak mengikut kuantiti pemindahan.

Kegagalan mematuhi syarat pajakan atau sewaan tanah dan juga kekurangan pembayaran royalti serta kesan ke atas alam sekitar.

Syarikat rakan kongsi tidak ada perlindungan dari segi undang-undang.

Ianya seolah-olah usahasama perlombongan itu dijalankan atas perjanjian mulut semata-mata.

Tiga syarikat disebut ialah Ratusan Ardi Sdn Bhd, Certamin Construction and Delevoplement (Centamin) Sdn Bhd dan Jangka Bakat Sdn Bhd.

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan

Pemilik syarikat Ratusan Ardi adalah pemilik yang sama dengan Jangka Bakat.

Peranan Takiyuddin Dalam Aktiviti Perlombongan REE Di Kelantan

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan

April 2014, Jabatan Mineral & Geosains Kelantan telah meluluskan pajakan tanah Lot PT 7360 Relai, Chiku, Gua Musang kepada YAKIN.

Salah seorang dari ahli Lembaga Pengarah YAKIN ketika itu adalah Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan

Manakala Liana Mamat pula adalah salah seorang dari pengarah di syarikat Jangka Bakat Sdn Bhd.

Takiyuddin sudah terlibat dengan perlombongan REE di Kelantan sejak dari tahun 2014.

Dan dipercayai, ketika beliau menjadi Menteri Undang Undang dan Menteri Tenaga & Sumber Asli, beliau telah melebarkan sayap Jangka Bakat Sdn Bhd ke Kedah.


Apa yang menjadi persoalan kepada penulis adalah, berdasarkan ucapan Timbalan Menteri Besar Kelantan dari PAS, ianya menggambarkan seolah-olah hasil REE di Kelantan belum diteroka.

Nik Amar secara jelas menyatakan kononnya ianya akan mula diurus selepas pilihanraya di 6 negeri.

Jika benar dakwaan Nik Amar, apa yang dilakukan oleh syarikat Jangka Bakat yang diberikan kontrak untuk melombong REE di Kelantan sejak tahun 2014?

Atau apakah kenyataan Nik Amar itu sekadar mahu menutup kegiatan yang sudah dijalankan sejak tahun 2014?

Jika kegiatan perlombongan sudah dijalankan sejak 2014, ke manakah pergi hasilnya?

Masalah air di Kelantan masih tidak selesai, perhentian bas negeri Kelantan adalah yang terburuk di Malaysia, serta tiada pembangunan.

Ke mana kerajaan PAS Kelantan belanjakan hasil bumi negeri tersebut?

Adakah dengan membeli kereta Mercedez untuk menteri besar, timbalan menteri besar dan EXCO Kelantan dengan duit tersebut?

Mungkin SPRM boleh mencari jawapannya melalui Takiyuddin Hassan.

Malah tuntutan yang sama pernah disarankan oleh Pengerusi Yayasan Jariah Malaysia, Mahadzir Abdul Hamid. 



Sumber: The Corperate Secrets

Comments

Popular posts from this blog

Ada Cerita Yang Lebih Panas Di Sebalik Kartel JMB

Surat Perjanjian Ismail Sabri & Muhyiddin Terdedah

PRN Johor: Tawaran Syed Saddiq Pada Anak Muda!!!