Ismail Sabri Sah Jadi PM Tapi PPBM Berikan Sokongan Bersyarat Kepada Ismail Sabri Yang DiSertakan Surat Perjanjian Bertulis!!!


Ismail Sabri sudah disahkan memiliki 114 sokongan Ahli Parlimen dan kesemua 114 Ahli Parlimen yang mencalonkan Ismail Sabri dijemput ke Istana Negara esok.

Baca di sini:




Titah SPB YDP Agong adalah sangat jelas, sokongan yang diberikan kepada mana-mana calon Perdana Menteri oleh Ahli Parlimen hendaklah dibuat tanpa bersyarat.

Tetapi sumber memberitahu, ada perjanjian bertulis antara Ismail Sabri dengan PPBM bagi memastikan beliau mendapat sokongan dari kesemua Ahli Parlimen PPBM.

Sumber menambah, bukan setakat perjanjian lisan, tetapi, PPBM mengemukakan surat perjanjian bertulis yang mesti dipersetujui oleh Ismail Sabri sekiranya beliau mahukan sokongan dari Ahli Parlimen PPBM.

Apa kandungan perjanjian itu?


Syarat utama ialah, kabinet yang bakal dibentuk oleh Ismail Sabri MESTI mengekalkan majoriti ahli kabinet yang ada dalam Perikatan Nasional.

Rombakan besar-besaran tidak dibenarkan, Ismail Sabri hanya dibenarkan untuk membuat rombakan yang kecil sahaja.

Apakah ini berarti sekiranya dilantik sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri akan mengekalkan jumlah bilangan menteri kabinet yang ada dalam Perikatan Nasional?

Bukankah kuasa melantik menteri kabinet adalah kuasa prerogatif seorang Perdana Menteri?

Persoalan yang jauh lebih besar, sekiranya benar adanya perjanjian sedemikian antara Ismail Sabri dan PPBM, ini merupakan petanda awal rakyat dan negara tidak akan dapat keluar dari masalah politik, ekonomi dan pandemik Covid-19.

Sekiranya Ismail Sabri mengekalkan senarai kabinet sama yang sudah terbukti gagal, sudah pasti orang yang gagal akan mengulangi kegagalan yang sama apabila diberikan tanggungjawab yang sama.

Hujahnya sangat mudah, orang yang sama akan mempunyai cara berfikir dan cara berkerja yang sama dan inilah orangnya yang mengisi kabinet Dr Mahathir di era Pakatan Harapan dan kabinet Mahiaddin di era Perikatan Nasional dan Makcik Kiah pasti, mereka akan mengulangi kegagalan yang sama di dalam kabinet Ismail Sabri sekiranya beliau dilantik sebagai Perdana Menteri ke 9!!!

Apakah kerajaan yang bakal dibentuk oleh Ismail Sabri masih lagi dibayangi oleh manusia yang bernama Mahiaddin?

Hamzah Zainuddin dan Annuar Musa dikesan mengunjungi Mahiaddin dan mereka berada di sana kira-kira satu jam.

Lihat di sini:


Apakah yang mereka bincangkan?

Apakah mereka mengambil senarai nama yang akan mengisi kabinet Ismail Sabri nanti sebagai sebahagian dari syarat yang MESTI Ismail Sabri penuhi untuk menjadi Perdana Menteri?

Yang akan mendapat laba ialah Ismail Sabri kerana mendapat gelaran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia tetapi yang akan digadaikan nanti ialah parti UMNO kerana UMNO sudah menetapkan NO PPBM, NO DAP dan NO ANWAR.


Paling dikesalkan, paling terkesan dari nafsu besar Ismail Sabri ialah 36 juta rakyat Malaysia!!!


Kredit:

Comments

Popular posts from this blog

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan?

Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik

Kesian Penduduk Telok Ayer Tawar, Dapat Calon Penuh Skandal