Posts

Jujurkah Ismail Sabri Dalam Sidang Media Yang Di Adakan?

Image
Mula-mula Mahiaddin menipu dengan mendakwa masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Selepas itu tiba pula giliran ‘2nd boss’, Ismail Sabri untuk menipu. Tapi secara tidak sedar, sebenarnya Ismail Sabri telah mendedahkan penipuan yang dilakukan oleh Mahiaddin. Dalam sidang media bersama-sama dengan sebahagian Ahli Parlimen Barisan Nasional yang diadakan hari ini, 6 Ogos 2021, Ismail Sabri mendakwa bilangan Ahli Parlimen Barisan Nasional yang memberikan sokongan kepada Mahiaddin dan Perikatan Nasional adalah seramai 31 orang. Antara nama-nama yang disebutkan oleh Ismail Sabri sebagai sudah pasti memberikan sokongan kepada Mahiaddin dan Perikatan Nasional ialah Ahli Parlimen Tg Karang(UMNO), DS Noh Omar, Ahli Parlimen Baling(UMNO) dan Ahli Parlimen Baling(UMNO), DS Azeez Rahim. Namun sejurus selepas membuat sidang media tersebut, Ahli Parlimen Tg Karang(UMNO), DS Noh Omar telah menafikan dakwaan Ismail Sabri. Diikuti pula penafian dari Ahli Parlimen Baling(UMNO), D

Apakah Ada Perancangan Untuk Malaysia Keluar Dari Pandemik Covid-19 Dan Selepas Keluar Dari Pandemik Covid-19?

Image
Malaysia mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen, itu jelas dalam Perlembagaan Malaysia. Baca di sini: https://www.parlimen.gov.my/pengenalan.html?uweb=p&view=235 SPB YDP Agung adalah Ketua Utama Negara, di mana dari hirerki pentadbiran Malaysia, SPB YDP Agung berada di atas ketiga-tiga cabang pentadbiran negara, eksekutif, legislatif dan judisiari serta SPB YDP Agung TIDAK BOLEH didakwa di mana-mana mahkamah kecuali dalam Mahkamah Khas. Baca di sini: http://www.istananegara.gov.my/ketua-utama-negara/ Namun, sebagai Raja Berpelembagaan, setiap tindakan dan keputusan yang SPB YDP Agung mestilah berpandukan kepada Perlembagaan Persekutuan, di mana SPB YDP Agung di mana tindakan SPB YDP Agung adalah tertakluk di bawah Perkara 40(1a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan: "Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas men

Kalau Betul Ada Sokongan110 MP, Buatlah Undi Di Parlimen, Tak Payah Mael Kelam Kabut Ayam...😂😂😂

Image
Isu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang Undang & Hal Ehwal Parlimen), Takiyudin Hasan mengelirukan aka menipu dalam Dewan Rakyat masih belum selesai lagi dan dilihat akan berlanjutan paling tidak hingga hari Isnin bersamaan 2 Ogos 2021. Jadi Kiah tak nak ulas tentang isu tu lagi, kalau pembaca nak tahu, sila baca di sini: https://makcikkiahmaktirimahiadin.blogspot.com/2021/07/regim-mahiaddin-cipta-krisis.html Apa yang Kiah nak tulis hari ini ialah tentang perangai Timbalan Perdana Menteri, yang juga merupakan Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri. Beberapa jam selepas Istana Negara keluarkan kenyataan rasmi yang mendedahkan macam mana regim Mahiaddin telah memperalatkan perlembagaan dan derhaka kepada SPB YDP Agung kerana dengan sengaja mengingkari titah baginda, DS Zahid Hamidi telah keluarkan kenyataan rasmi beliau di atas kapasiti beliau sebagai Presiden UMNO. DS Zahid telah mengarahkan kesemua Ahli Parlimen UMNO supaya menarik balik sokongan ke atas Perdana Menteri, Mahiaddin

Regim Mahiaddin Cipta Krisis Perlembagaan Terburuk Dalam Sejarah Malaysia, Cuba Letakkan Kesalahan Pada SPB YDP Agung?

Image
Pertama kali dalam sejarah Malaysia sejak negara kita mencapai kemerdekaan, seorang Ahli Parlimen yang diberikan mandat oleh rakyat dan bertaraf Menteri yang memegang potfolio Undang Undang & Hal Ehwal Parlimen mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat. Nama Takiyudin Hassan akan terpahat dalam sejarah Malaysia sebagai seorang Ahli Parlimen yang bertaraf menteri melakukan perbuatan yang amat tidak berpelembagaan itu. Dalam satu kenyataan yang Takiyudin keluarkan semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada 26 Julai 2021, beliau dengan yakin menyatakan, dalam satu mesyuarat kabinet pada 21 Julai 2021, kerajaan telah mengambil keputusan untuk mengungkai 6 ordinan darurat berkuatkuasa pada hari yang sama. Kenyataan Takiyudin telah menjadi kejutan bukan sahaja di dalam Dewan Rakyat, malah selruh negara juga turut terkejut. Tidak setakat itu, sama ada Takiyudin sedar atau tidak, beliau secara lansung telah mengheret Institusi YDP Agung ke dalam krisis p

Membatalkan Darurat Secara Senyap-Senyap, Malaysia Menuju Negara Law Of The Jungle

Image
Semalam satu negara, malah tak keterlaluan kalau dikatakan satu dunia terkejut. Bukan hanya Ahli Parlimen yang bersidang di Dewan Rakyat terkejut, tapi seluruh rakyat Malaysia juga terkejut bila mendengar pengumuman bahawa Proklamasi Darurat sudah dibatalkan oleh kerajaan. Perkara itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang Undang dan Parlimen), Takiyudin Hasan. Lebih mengejutkan lagi bila Takiyudin memaklumkan bahawa darurat sudah ditamatkan sejak 21 Julai 2021 yang lepas dalam satu mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Mahiaddin sebagai Perdana Menteri. Dalam kenyataan yang dibuat oleh Takiyudin, jelas menyatakan bahawa kerajaan telah membuat keputusan untuk menamatkan Proklamasi dan Ordinan Darurat berdasarkan kepada Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan. Apa yang dinyatakan dalam Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan? "Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua

Syed Saddiq Kantoi Menipu Duit Kutipan Derma?

Image
22 Julai 2021 lalu, mantan Menteri Belia dan Sukan dan juga mantan Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dihadapkan ke mahkamah dengan 2 pertuduhan pecah amanah yang melibatkan wang lebih dari RM1.1 juta. Bagi pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa pada 6 Mac 2020 telah menggunakan kedudukan beliau sebagai Ketua Armada PPBM untuk mengeluarkan wang sebanyak RM1 juta dari dana Armada melalui sekeping cek CIMB Bank Berhad tanpa mendapat persetujuan dari Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM. Beliau didakwa di bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan dan sekiranya sabit kesalahan, beliau boleh dihukum di bawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan sebatan rotan atau pun denda. Bagi pertuduhan kedua pula, Syed Saddiq didakwa di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan sekiranya sabit kesalahan beliau boleh dihukum tidak kurang dari 6 bulan tetapi tidak melebihi 5 tahun penjara serta sebatan rotan atau denda. Syed Saddiq telah didakwa telah m

Siasatan RCI Tabung Haji, Kalau Telus Kenapa Bawah Pemerintahan PH & PN DiKecualikan?

Image
Masyarakat Islam di Malaysia akhirnya menarik nafas lega bila Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri, mengumumkan Perikatan Nasional bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) Tabung Haji. UMNO menyambut baik persetujuan untuk menubuhkan RCI Tabung Haji dan UMNO memang konsisten dalam tuntutan penubuhan RCI Tabung Haji sejak dari regim Pakatan Harapan memerintah lagi. Apabila regim Perikatan Nasional mengambil alih pemerintahan dari regim Pakatan Harapan, UMNO masih lagi meneruskan tuntutan penubuhan RCI Tabung Haji. Entah apa sebabnya, regim Perikatan Nasional mengambil masa hampir 2 tahun sebelum bersetuju untuk menubuhkan RCI Tabung Haji. Namun yang menjadi persoalan, apakah tujuan penubuhan RCI Tabung Haji itu benar-benar ikhlas dan telus serta siasatan yang akan dilakukan oleh RCI itu mampu membongkar setiap penyelewengan dan salah guna kuasa seperti yang disyaki selama ini atau pengumuman penubuhan RCI Tabung Haji itu mempunyai agenda politik di belakangnya? Di

Benarkah Rakyat Malaysia Di Beri Suntikan Vaksin Kosong?

Image
Apabila tular di media sosial mendedahkan seorang penerima vaksin di Hospital Banting, Simon Ng, membuat lapuran polis yang mendakwa beliau menerima 'suntikan' vaksin Covid-19 kosong, seluruh rakyat Malaysia terkejut. Baca di sini: https://www.malaysiakini.com/news/582150 Selepas itu tular lagi beberapa viedo klip kes yang mendakwa menerima suntikan vaksin kosong. Namun dalam satu kenyataan pihak PDRM, hasil siasatan mendapati salah satu dari dakwaan tersebut hanyalah berpunca dari salah faham. Baca di sini: https://www.sinarharian.com.my/article/151031/BERITA/Semasa/Dakwaan-suntikan-vaksin-kosong-hanya-salah-faham Tetapi kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, seolah-olah mengesahkan isu suntikan vaksin kosong bukanlah isu yang sengaja direka!!! Baca di sini: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/841346/penerima-suntikan-picagari-kosong-akan-disuntik-semula-dr-adham Makcik Kiah tak mahu ulas panjang-panjang isu ini, sebab dikhabarkan piha

Salam Aidil Adha 1442 Hijrah, Jaga SOP, Tak Payah Harapkan Anak Tiri Makcik Kiah

Image
Assalamualaikum semua. Di hari yang mulia ini Makcik Kiah nak ambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1442 Hijrah. Di hari baik dan bulan baik ini, Makcik Kiah juga menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kalau ada terkasar bahasa atau ada luahan rasa yang Makcik Kiah tuliskan dalam laman blog Makcik Kiah nie ada membuatkan sesiapa tersinggung atau terasa hati. Makcik Kiah cuma manusia biasa dan dari golongan marhaen yang selalu merasa terpinggir dengan permainan politik kluster kayangan. Makcik Kiah juga meminta kepada semua pembaca supaya menjaga SOP di musim perayaan ini. Dengan angka kes jangkitan dah menghampiri 1 juta orang dan jumlah kematian yang dah semakin menghampiri 5 angka, eloklah kita jaga sesama kita. Nak harapkan kerajaan anak tiri Makcik Kiah jaga kita, rentikanlah. In Sya Allah, selepas ini, Makcik Kiah akan kupas tentang 'ketelusan' RCI Tabung Haji yang demer bangga-banggakan tu. Salam hormat dan salam sayang dari Makcik Kiah kepada semua

Dr Mahathir Namakan Mukhriz & Azmin Calun PM, Ini Bukan Pemikiran Luar Kotak Tapi Menghancurkan Kotak!!!

Image
Memang dahulu Dr Mahathir nafikan sekeras-kerasnya mahu anak kesayangan beliau, Mukhriz untuk menggantikan tempat beliau sebagai Perdana Menteri. Berbagai dalil kita dengar dari mulut Dr Mahathir dan penyokong beliau untuk menafikan persepsi itu. "Saya tidak benarkan anak saya bergiat aktif dalam politik selagi saya masih lagi menjadi Perdana Menteri", adalah antara dalil yang Dr Mahathir keluarkan. Tapi sekarang, mungkin kerana sedar sudah di penghujung usia, Dr Mahathir dengan tersipu-sipu meluahkan apa yang terpendam dalam hati beliau selama ini. Dalam satu temuramah yang dibuat secara maya, Harith Iskandar memberikan soalan cepumas pada Dr Mahathir dengan meminta beliau menamakan siapakah calun Perdana Menteri yang beliau rasakan layak sekiranya beliau mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Tersedak Makcik Kiah bila 2 nama yang keluar dari mulut Dr Mahathir ialah 2 manusia yang paling 'disayangi' oleh rakyat Malaysia sekarang ini. Mula-mula Dr Mahathir menamakan