Syed Saddiq Kantoi Menipu Duit Kutipan Derma?


22 Julai 2021 lalu, mantan Menteri Belia dan Sukan dan juga mantan Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dihadapkan ke mahkamah dengan 2 pertuduhan pecah amanah yang melibatkan wang lebih dari RM1.1 juta.

Bagi pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa pada 6 Mac 2020 telah menggunakan kedudukan beliau sebagai Ketua Armada PPBM untuk mengeluarkan wang sebanyak RM1 juta dari dana Armada melalui sekeping cek CIMB Bank Berhad tanpa mendapat persetujuan dari Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan dan sekiranya sabit kesalahan, beliau boleh dihukum di bawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan sebatan rotan atau pun denda.

Bagi pertuduhan kedua pula, Syed Saddiq didakwa di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan sekiranya sabit kesalahan beliau boleh dihukum tidak kurang dari 6 bulan tetapi tidak melebihi 5 tahun penjara serta sebatan rotan atau denda.

Syed Saddiq telah didakwa telah menyalahgunakan wang sumbangan untuk kempen Pilihanraya Umum ke 14 sebanyak RM120,000.

Baca di sini:


Bagaimana pun, Syed Saddiq telah membuat pengakuan tidak bersalah ke atas kedua-dua tuduhan tersebut.

Makcik Kiah tidak mahu mengulas lanjut mengenai kes Syed Saddiq di mahkamah kerana ia akan menyebabkan Makcik Kiah terjebak dengan 'contempt of court'.

Dalam akaun Facebook Isham Jalii, beliau ada berikan ulasan mengenai kes yang sedang dihadapi Syed Saddiq.

Baca di sini:



Sehari selepas pendakwaan beliau di mahkamah, Syed Saddiq telah merayu kepada orang ramai supaya memberikan derma yang kononnya akan digunakan oleh beliau untuk membayar duit jamin dan juga yuran guaman.

Baca di sini:



Lagi menarik, bila cuma sehari selepas beliau membuat rayuan derma melalui Instagram dan Youtube, Syed Saddiq telah mengumumkan kononnya beliau telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM715,573 hasil dari kutipan derma orang ramai.

Baca di sini:


Nampak macam Syed Saddiq dah bagi job kat LHDN tu...🤣🤣🤣

Apa yang Makcik Kiah dapat katakan ialah 'WOW'!!!

Terus terang Makcik Kiah katakan, Syed Saddiq nie memang dari dahulu memang terkenal sebagai kluster penipu.

Bukan Makcik Kiah jer yang kata macam tu, tapi Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Johor pun ada pandangan yang sama.

Baca di sini:


Syed Sadiiq pun pernah beberapa kali kantoi dengan warganet sebab menipu.


Yang paling Makcik Kiah tak boleh lupa ialah aksi jalan terdencot-dencot sebaik sahaja jumpa wartawan..😂😂😂

Kita tenguk fakta dari sudut logik akal mengenai dakwaan Syed Saddiq berjaya 'mengumpul' RM715,573 dalam masa 24 jam (lagi syahdu bila Syed Saddiq kata ada seorang pakcik tu datang, dia ingatkan pakcik tu nak minta bantuan tapi rupa-rupanya pakcik tu nak bagi derma...😂😂😂)

Kalau keadaan kehidupan rakyat Malaysia sekarang ini adalah seperti sebelumnya, mungkin Makcik Kiah boleh juga terima kenyataan Syed Saddiq tu, walau pun dalam hati tetap ada keraguan.

Tapi sekarang adalah waktu di mana rakyat Malaysia yang bukan sahaja dalam golongan miskin tegar atau B40 dihimpit dengan kesukaran hidup, malah golongan M40 dan T20 sendiri benar-benar tersepit kehidupan mereka.

Jumlah yang diisytiharkan muflis semakin hari semakin meningkat, jumlah yang kehilangan perkerjaan, kehilangan tempat tinggal, malah yang mengharapkan bantuan makanan dari NGO untuk mengisi perut keluarga juga semakin meningkat.

Tidak kurang pula dengan jumlah yang membunuh diri kerana tekanan hutang keliling pinggang.

Rasa-rasanyalah, dengan keadaan kehidupan rakyat sekarang, apakah logik kalau Syed Saddiq mampu mengumpul RM715,573 derma dalam masa hanya 24 jam?

Kalau dalam masa sebulan mungkin juga kita boleh terima, tapi kalau dalam masa sehari dapat kumpul dana derma sebanyak itu, bagi Makcik Kiah, nampak sangat pembohongnya.

Kalau tujuan diminta derma itu adalh untuk dana yang akan disumbangkan ke Gaza, Palestine atau membantu warga kita yang dalam kesusahan seperti anak yatim atau orang yang kehilangan perkerjaan, mungkin ada juga rakyat Malaysia yang akan berikan derma, tapi rasanya tak lah sampai mampu mengumpulkan RM715,573 dalam masa satu hari!!!

Jadi, kenapa Syed Saddiq menipu?

Bagi Makcik Kiah, pertama untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa beliau sebenarnya bukanlah seorang pemimpin yang korup.

Dengan membuat pengumuman bahawa semua wang jamin dan kos guaman dibayar dengan menggunakan derma dari orang ramai, secara tidak langsung Syed Saddiq cuba memberikan imej bersih kepada diri beliau.

Maksudnya tersirat yang cuba Syed Saddiq sampaikan ialah, kalau benar saya pemimpin yang korup, tentu tak jadi masalah untuk saya bayar duit jamin dankos peguam dengan duit saya sendiri.



Tapi Syed Saddiq lupa, rakyat belum lagi lupa dengan skandal Youth Power Club yang melibatkan dana sebanyak RM5 juta!!!

Baca di sini:


Makcik Kiah nasihatkan Syed Saddiq supaya jadilah anak jantan, janganlah lepas dah tarah duit rakyat, lepas tu bila dihadapkan ke mahkamah, masih lagi nak tarah duit rakyat.


Pada rakyat yang sudah terderma pada Syed Saddiq, cukup-cukuplah kita diperbodohkan oleh ahli politik dari spesis yang sama macam Syed Saddiq, sampai bila kita nak kena tipu?

Lebih baik gunakan duit tu untuk mak bapak korang atau pun anak bini korang, ada juga faedahnya.

Makcik Kiah harap Syed Saddiq tetap pertahankan prinsip beliau, kalau ada prinsiplah, jangan pula tiba-tiba dengar dah ada MoU dengan PPBM, maca Xavier.

Apa pun. bak kata DS Najib, kita ucapkan selamat datang ke kluster mahkamah kepada Syed Saddiq.

Comments

Popular posts from this blog

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan?

Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik

Kesian Penduduk Telok Ayer Tawar, Dapat Calon Penuh Skandal