Siasatan RCI Tabung Haji, Kalau Telus Kenapa Bawah Pemerintahan PH & PN DiKecualikan?


Masyarakat Islam di Malaysia akhirnya menarik nafas lega bila Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri, mengumumkan Perikatan Nasional bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) Tabung Haji.

UMNO menyambut baik persetujuan untuk menubuhkan RCI Tabung Haji dan UMNO memang konsisten dalam tuntutan penubuhan RCI Tabung Haji sejak dari regim Pakatan Harapan memerintah lagi.

Apabila regim Perikatan Nasional mengambil alih pemerintahan dari regim Pakatan Harapan, UMNO masih lagi meneruskan tuntutan penubuhan RCI Tabung Haji.

Entah apa sebabnya, regim Perikatan Nasional mengambil masa hampir 2 tahun sebelum bersetuju untuk menubuhkan RCI Tabung Haji.

Namun yang menjadi persoalan, apakah tujuan penubuhan RCI Tabung Haji itu benar-benar ikhlas dan telus serta siasatan yang akan dilakukan oleh RCI itu mampu membongkar setiap penyelewengan dan salah guna kuasa seperti yang disyaki selama ini atau pengumuman penubuhan RCI Tabung Haji itu mempunyai agenda politik di belakangnya?

Disebutkan bahawa, kerajaan akan tubuh RCI Tabung Haji tetapi skopnya TIDAK TERMASUK siasatan / semakan ke atas Pelan Pemulihan Tabung Haji yang telah dimulakan pada zaman Pakatan Harapan.

Apa maksudnya? 

Maksudnya:

💥 Tiada siasatan ke atas penjualan lambak aset Tabung Haji termasuk hotel -hotel dan tanah berharga TRX di Kuala Lumpur.

💥 Tiada siasatan ke atas tindakan penjualan aset TH bernilai RM27.56 bilion secara hutang tetapi tiada jaminan kerajaan.

💥 Tiada siasatan bagaimana UJSB mampu membayar hutang RM27.56 bilion Tabung Haji dalam tempoh 9 tahun sedangkan rekod parlimen menunjukkan UJSB hanya memperoleh pendapatan RM234juta bagi tahun 2019 (selepas mengambil alih aset TH).

💥 Tiada siasatan bagaimana UJSB mampu membayar hutang RM27.56 bilion sedangkan nilai saksama aset yang dimiliki UJSB hanyalah RM10.33 bilion sahaja pada tahun 2019.

Dari mana RM17 bilion lagi hendak dicari dalam masa 7-8 tahun ini untuk bayar hutang kepada Tabung Haji?

💥 Tiada siasatan ke atas teguran Ketua Audit Negara (KAN) bahawa beliau tidak pasti adakah Tabung Haji akan dapat memperoleh RM27.56 bilion tersebut mengikut masa yang ditetapkan.


Paling memeranjatkan ialah bila diberitahu, skop siasatan RCI Tabung Haji yang akan ditubuhkan nanti tidak akan menyiasat apa juga aktiviti yang telah berlaku sepanjang tempuh regim Perikatan Nasional memerintah!!!

Baca di sini:


Makcik Kiah pelik juga, kalau dah siasatan tak merangkumi tempuh pemerintahan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional, apa yang bakal RCI Tabung Haji siasat nanti?

Sedangkan sudah menjadi rahsia umum, sepanjang tempuh pemerintahan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional lah bukan sedikit, malah berpuluh bilion aset Tabung Haji dijual tanpa sebab dan alasan yang kukuh!!!

Apakah tujuan utama penubuhan RCI Tabung Haji hanya untuk mencari dan menyelongkar kesalahan dan kesilapan di era Barisan Nasional?


Lebih memusykilkan bila pengumuman persetujuan penubuhan RCI Tabung Haji diumumkan hanya beberapa hari selepas Ismail Sabri dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Apakah pengaruh dan cengkaman Ismail Sabri terlalu besar dalam kabinet Mahiaddin sampai mampu mengubah pendirian kabinet Mahiaddin yang selama ini berdolak dalih untuk menubuhkan RCI Tabung Haji?

Atau pengumuman ini sengaja diatur untuk diumumkan oleh Ismail Sabri sebagai satu lagi serangan terhadap UMNO?

Satu persoalan lagi, apakah pengumuman penubuhan RCI Tabung Haji ini memang dirancang untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap tuntutan pembukaan Parlimen secara penuh?

Kita tahu, regim Mahiaddin sentiasa memberikan alasan demi alasan untuk mengadakan semula persidangan Parlimen secara penuh hingga mendapat tekanan bukan sahaja dari parti politik yang lain dan rakyat, malah dari istana.

Apakah pengumuman ini diatur supaya rakyat melupakan tentang tuntutan persidangan penuh Parlimen dan mempunyai unsur 'scheme of things' antara Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan' supaya memberikan sokongan kepada Mahiaddin sekiranya keadaan tidak dapat di elakkan dari melakukan undi tidak percaya terhadap Mahiaddin apabila Parlimen mula bersidang pada 26 Julai 2021 ini?

Walau apa pun, Makcik Kiah ingin berikan sepatah dua kata kepada pemain politik yang berada di anjung kuasa.

Tujuan Tabung Haji ditubuhkan dan diilhamkan oleh Almarhum Profesor Di Raja Engku Nik Aziz adalah untuk membantu masyarakat marhaen menunaikan fardhu haji.

Dengan keuntungan dari pelaburan saham dan pengurusan aset Tabung Haji, ianya akan membolehkan Tabung Haji membantu dan mengurus jemaah haji.

Menyembunyikan salah laku atau salah urus pelaburan saham dan aset Tabung Haji akan menjejaskan peluang marhaen untuk menunaikan haji dan menunaikan haji di Mekah adalah tercatat dalam Rukun Islam yang ke 5.

Jangan disorokkan atau dipolitikkan talian hayat marhaen yang ingin menunaikan fardhu haji, takut nanti, tak tertanggung laknat Allah SWT ke atas kamu di dunia ini, apa lagi di akhirat sana!!!


Kredit:

Comments

Popular posts from this blog

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan?

Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik

Kesian Penduduk Telok Ayer Tawar, Dapat Calon Penuh Skandal