Benarkah Rakyat Malaysia Di Beri Suntikan Vaksin Kosong?


Apabila tular di media sosial mendedahkan seorang penerima vaksin di Hospital Banting, Simon Ng, membuat lapuran polis yang mendakwa beliau menerima 'suntikan' vaksin Covid-19 kosong, seluruh rakyat Malaysia terkejut.

Baca di sini:





Selepas itu tular lagi beberapa viedo klip kes yang mendakwa menerima suntikan vaksin kosong.

Namun dalam satu kenyataan pihak PDRM, hasil siasatan mendapati salah satu dari dakwaan tersebut hanyalah berpunca dari salah faham.

Baca di sini:



Tetapi kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, seolah-olah mengesahkan isu suntikan vaksin kosong bukanlah isu yang sengaja direka!!!

Baca di sini:


Makcik Kiah tak mahu ulas panjang-panjang isu ini, sebab dikhabarkan pihak polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menyiasat secara terperinci.

Apa yang Makcik Kiah minta ialah, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan hasil siasatan secara telus.

Ini berkaitan kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia.

Sudah berbilion ringgit duit rakyat dibelanjakan untuk urusan mendapatkan vaksin.

Rakyat perlu tahu kebenaran atas isu tersebut.

Sekiranya berita itu adalah palsu, tindakan tegas mesti diambil terhadap individu yang membuat dakwaan palsu.

Sekiranya berita itu benar, Kementerian Kesihatan Malaysia mesti mendedahkan, kenapa ianya berlaku?

Siapakah yang bertanggungjawab memberikan arahan dan mengapa arahan itu diberikan?

Paling penting, apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memastikan setiap individu yang dikatakan sudah menerima suntikan vaksin, benar-benar sudah menerimanya?

Harus diingat, majoriti yang sudah menerima suntikan vaksin tidak merakam apa sebenar yang berlaku ketika suntikan dilakukan kerana takut melihat jarum.

Apa jaminan yang mereka ini benar-benar sudah menerima suntikan vaksin?

Sekali lagi Makcik Kiah ingatkan, ini berkaitan nyawa rakyat Malaysia!!!

Comments

Popular posts from this blog

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan?

Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik

Kesian Penduduk Telok Ayer Tawar, Dapat Calon Penuh Skandal