Salam Aidil Adha 1442 Hijrah, Jaga SOP, Tak Payah Harapkan Anak Tiri Makcik Kiah


Assalamualaikum semua.

Di hari yang mulia ini Makcik Kiah nak ambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1442 Hijrah.

Di hari baik dan bulan baik ini, Makcik Kiah juga menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kalau ada terkasar bahasa atau ada luahan rasa yang Makcik Kiah tuliskan dalam laman blog Makcik Kiah nie ada membuatkan sesiapa tersinggung atau terasa hati.

Makcik Kiah cuma manusia biasa dan dari golongan marhaen yang selalu merasa terpinggir dengan permainan politik kluster kayangan.

Makcik Kiah juga meminta kepada semua pembaca supaya menjaga SOP di musim perayaan ini.

Dengan angka kes jangkitan dah menghampiri 1 juta orang dan jumlah kematian yang dah semakin menghampiri 5 angka, eloklah kita jaga sesama kita.

Nak harapkan kerajaan anak tiri Makcik Kiah jaga kita, rentikanlah.

In Sya Allah, selepas ini, Makcik Kiah akan kupas tentang 'ketelusan' RCI Tabung Haji yang demer bangga-banggakan tu.

Salam hormat dan salam sayang dari Makcik Kiah kepada semua dan jangan lupa support dan baca bebelan Makcik Kiah dalam laman blog nie yer.

Assalamualaikum.

Comments

Popular posts from this blog

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan?

Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik

Kesian Penduduk Telok Ayer Tawar, Dapat Calon Penuh Skandal