Dr Mahathir Namakan Mukhriz & Azmin Calun PM, Ini Bukan Pemikiran Luar Kotak Tapi Menghancurkan Kotak!!!


Memang dahulu Dr Mahathir nafikan sekeras-kerasnya mahu anak kesayangan beliau, Mukhriz untuk menggantikan tempat beliau sebagai Perdana Menteri.

Berbagai dalil kita dengar dari mulut Dr Mahathir dan penyokong beliau untuk menafikan persepsi itu.

"Saya tidak benarkan anak saya bergiat aktif dalam politik selagi saya masih lagi menjadi Perdana Menteri", adalah antara dalil yang Dr Mahathir keluarkan.

Tapi sekarang, mungkin kerana sedar sudah di penghujung usia, Dr Mahathir dengan tersipu-sipu meluahkan apa yang terpendam dalam hati beliau selama ini.


Dalam satu temuramah yang dibuat secara maya, Harith Iskandar memberikan soalan cepumas pada Dr Mahathir dengan meminta beliau menamakan siapakah calun Perdana Menteri yang beliau rasakan layak sekiranya beliau mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Tersedak Makcik Kiah bila 2 nama yang keluar dari mulut Dr Mahathir ialah 2 manusia yang paling 'disayangi' oleh rakyat Malaysia sekarang ini.

Mula-mula Dr Mahathir menamakan Azmin Ali (ye lah, kena cover sikit, takkan terus nak sebut nama Mukhriz).

Lepas tu, dengan tersipu-sipu, Dr Mahathir menyebut pula nama anak kesayngan beliau, Mukhriz aka Boboi.

Jom kita 'flashback' balik kehebatan 2 nama yang Dr mahathir sebutkan tu.

Azmin Ali


'Kebijaksanaan' Azmin dalam membantu menggagalkan peperangan melawan Covid-19 memang tak dapat dinafikan lagi.

Di saat kluster perindustrian menjadi kluster terbesar jangkitan Covid-19 dan semua pihak mahu supaya semua kilang ditutup buat sementara, Azmin pula memberi kebenaran kepada kilang untuk beroperasi seperti biasa.

Baca di sini:


Dari PKP 1.0 sampai sekarang, 'kebijaksanaan dan keprihatinan' Azmin terhadap penderitaan rakyat mendapat 'pujian' di kalangan marhaen.



Antara penzahiran perasaan 'sayang' rakyat Malaysia kepada Azmin Ali yang dapat dipetik dari Facebook Perdana Menteri Austria, Margerete Schrambock.

Kalau nak baca penuh, klik kat link bawah nie:


Sejak menjadi Menteri MITI dan menteri kanan paling kanan (tapi sekarang dah tak berapa nak kanan), Makcik Kiah tak tahu dah berapa banyak pelaburan asing yang Azmin dah berjaya bawa masuk.

Cuma pengumuman yang gunakan air liur basi Azmin jer Makcik Kiah tenguk ada dibuat tapi gambar tandatangan memorandum persefahaman atau MoU langsung tak ada.


Malah kenyataan Azmin yang Malaysia akan menjalankan dasar memilih pelabur dikecam hebat oleh 'Iron Lady Malaysia' yang merupakan mantan Menteri MITI, Rafidah Aziz.

Baca di sini:


Malah Azmin juga telah dinobatkan sebagai ahli politik paling dibenci oleh rakyat Malaysia sekarang ini.

Baca di sini:


Mukhriz Mahathir


Lagi seorang calun pilihan hati Dr Mahathir ialah anak bongsu kesayangan beliau, Mukhriz Mahathir aka Boboi.

Makcik Kiah malas nak komen panjang-panjang tentang Mukhriz.

Tapi bagi Makcik Kiah, kalau satu negeri pun Mukhriz gagal nak jaga, rentikanlah angan-angan nak jaga satu negara.

Tersingkirnya Mukhriz sebanyak 2 kali sebagai Menteri Besar Kedah, di negeri kelahiran beliau dan kubu kuat ayah beliau, Dr Mahathir, memberikan jelas pada Makcik Kiah betapa 'hebatnya kredibiliti' Mukhriz sebagai pemimpin.

Baca di sini:


Jadi bagi Makcik Kiah, pencalunan Azmin dan MUkhriz sebagai Perdana Menteri oleh Dr Mahathir bukannya pemikiran di luar kotak, tapi maaf cakap yer, ianya adalah pemikiran tak ada otak.

Sungguh malang idea itu datangnya dari seorang mantan Perdana Menteri selama 22 tahun dan 22 bulan.

Jadi jelaslah bagi Makcik Kiah, apa agenda sebenar Dr Mahathir dalam politik.

Comments

Popular posts from this blog

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan?

Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik

Kesian Penduduk Telok Ayer Tawar, Dapat Calon Penuh Skandal