Posts

Anak Cucu Si Kitol Dalam UMNO Sudah Di Ketahui, UMNO Mesti Bertindak Tegas

Image
Dalam sejarah tamadun manusia, watak pengkhianat akan sentiasa wujud untuk dicatatkan dalam sejarah, kerana sejarah itu sendiri adalah peristiwa yang berulang-ulang di atas pentas yang berbeza. Dalam sejarah bangsa Melayu, watak Si Kitol dan Raja Keling Mandeliar adalah watak pengkhianat yang telah berjaya menghancurkan Empayer Melaka dan membuka pintu penjajahan ke atas Tanah Melayu hingga beratus tahun. Sewaktu serang balas bersepadu besar-besaran bangsa Melayu, armada yang dipimpin oleh Almarhum Raja Haji Fisabilillah telah tewas dan turut mengorbankan beliau angkara dari watak Si Kitol yang wujud ketika itu. Pendedahan mengenai wujudnya Si Kitol dalam armada Almarhum Raja Haji Fisabilillah telah beliau bongkarkan dalam surat amanat beliau yang terakhir. Baca di sini: http://www.sendenghajihamid.com/2014/06/wasiat-raja-haji-fisabilillah.html Kini di abad ke 21, watak dan wajah Si Kitol pengkhianat muncul kembali. Tahun 1946, parti UMNO ditubuhkan bukan setakat untuk membela bangsa M

Langkah Bellamy Menentang Kehendak 3.2 Juta Ahli UMNO Dan 32.7 Juta Rakyat Malaysia

Image
Sudah menjadi rahsia umum satu pertemuan sulit yang sudah tidak lagi menjadi sulit telah diaturkan oleh seorang pemimpin kanan UMNO yang juga salah seorang Menteri Kanan dalam regim Mahiaddin dengan Ahli Parlimen UMNO di sebuah premis milik kerajaan di Jalan Bellamy, Kuala Lumpur. Sumber memberitahu, sekitar 25 orang Ahli Parlimen hadir dalam pertemuan tersebut. Tujuan utama pertemuan diadakan adalah untuk memujuk Ahli Parlimen UMNO supaya mengekalkan sokongan kepada Mahiaddin sebagai Perdana Menteri dan juga Kerajaan Perikatan Nasional. Dikatakan, dalam pertemuan sulit itu, Menteri SOP cuba meyakinkan Ahli PArlimen UMNO supaya jangan bimbang, sekiranya dengan tindakan mengengkari arahan Presiden UMNO untuk menarik diri dari regim Mahiaddin, maka Presiden UMNO tidak mahu menandatangani watikah pilihanraya dalam PRU 15, mereka diberikan jaminan akan dapat bertanding atas tiket PPBM. Menteri SOP juga dikatakan cuba membayangkan, kalau kesemua 25 Ahli Parlimen UMNO melompat ke PPBM, maka

Apabila Berita PM Cirit Birit Di Jadikan Kenyataan Rasmi Negara!!!

Image
Makcik Kiah teringat masa zaman sekolah dulu. Bila takut pergi sekolah sebab kerja sekolah tak siap, Makcik Kiah akan bagi alasan perut meragam atau cirit birit pada bapak Makcik Kiah. Kalau bagi alasan demam, gerenti kantoi, sebab badan tak panas, jadi alasan yang paling selamat ialah cirit birit, tapi sebelum tu terpaksalah berlakon ulang alik keluar masuk tandas untuk membuktikan 'kecirit biritan' Makcik Kiah. Sebab kalau kantoi dengan bapak Makcik Kiah, jawabnya berbiratlah belakang badan kena bedal dengan tali pinggang...🥵🥵🥵 Macam tu juga bila dah kerja, alasan yang paling mantap untuk minta cuti sakit dari doktor ialah cirit birit, sebab kalau kata demam, doktor akan periksa suhu badan, jawabnya jangan mimpilah doktor bagi MC. Pendek kata, cirit birit adalah alasan yang selalu Makcik Kiah dan Makcik Kiah percaya ramai gunakan untuk dapatkan cuti atau untuk mengelakkan sesuatu. Ianya adalah perkara biasa, sebab selain bos Makcik Kiah, tak ada orang yang akan ambil pedul

Armada Sahkan Berlaku Perpecahan Dalam PPBM

Image
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Armada PPBM, ianya telah secara sahih mengesahkan desas desus khabar angin yang mengatakan berlaku perpecahan yang serius di kalangan pemimpin-pemimpin utama PPBM. Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Armada PPBM, Wan Ahmad Fahysal, memberikan amaran yang keras kepada pihak dari PPBM sendiri yang sedang bergerak secara aktif untuk mengumpulkan Surat Akuan Bersumpah (SD) untuk menumbangkan Presiden PPBM yang juga merupakan Perdana Menteri, Mahiaddian Md Yassin. Wan Ahmad Fahysal juga mengutuk usaha tersebut dengan menyifatkannya sebagai satu pengkhianatan kepada PPBM. Melapurkan isu yang sama, portal My TV Online menjangkakan konflik dalaman PPBM dijangka akan meledak. Baca di sini: https://my-tv.online/2021/06/15/konflik-dalaman-ppbm-dijangka-meledak/ Punca Perpecahan Dalam PPBM Sebenarnya bukan lagi rahsia, Mahiaddin bukanlah penguasa sebenar sama ada Kerajaan Perikatan Nasional atau pun PPBM. Dari sumber dalaman memberitahu, pad

PRU 15 Di Jangka Disember 2021, PPBM Sudah Memuktamadkan Strategi Serangan Kepada UMNO, Apakah Kita Masih Mahu Serang Presiden UMNO?

Image
Ramai pemimpin dan akar umbi UMNO tersenyum lebar bila SPB YDP Agung dan Raja Raja Melayu bertitah supaya Parlimen dibuka semula. Apa lagi dengan jelas dalam kenyataan media yang sama, tertulis titah SPB YDP Agung dan Raja Raja Melayu bahawa baginda semua mahukan sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan majoriti rakyat. Memang benar kita semua boleh menjangkakan, itulah penamat riwayat PPBM. Tapi seperti yang Makcik Kiah jangkakan, pemimpin PPBM tidak akan hanya berpeluk tubuh dan berdiam diri. Mereka pasti sudah menyediakan plan kedua sebagai talian hayat untuk menghadapi kemungkinan terburuk yang mungkin sudah mereka jangkakan. Ingat, walau pun mereka gagal mentadbirkan negara dengan baik, jangan kita lupa bahawa ahli politik PPBM adalah ahli politik yang licik. Semua agensi sosiopolitik dikatakan sudah berada di bawah kawalan PPBM.  Setiap laporan dan risikan serta execution plan telah lengkap. Kerana kelicikan mereka, di era Pakatan Harapan, mereka berjaya menjadi Perdana

Hishamuddin Hussien, PM Tepi 2.0?

Image
2 hari lepas, Makcik Kiah ada tulis tentang perancangan Hishamuddin Hussien yang bukan sahaja membelakangkan Pengerusi Barisan Nasional, DS Zahid Hamidi, malah nak sailang Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin. Ada yang kata surat Hishamuddin kepada istana tu adalah palsu dan ianya adalah 'black ops' dari kem yang lagi satu. Tapi bagi Makcik Kiah, kalau betul ianya adalah 'black ops', tentu perancang dan pelaku sedang alami masalah besar, sebab: a) sudah tertera mohor diterima oleh pihak Istana Negara, tapi masih berani memalsukan mohor Istana Negara, memang menempah maut lah jawabnya. b) pihak Istana Negara tak ada buat penafian ada menerima surat dari Hishamuddin dan yang buat penafian hanyalah dari Hishamuddin, dah menggelabahlah tu, bila surat tu viral. c) Nazri Aziz sendiri mengakui beliau merupakan antara watak utama yang menggerakkan pengumpulan Surat Akuan Bersumpah (SD) dari Ahli Parlimen Barisan Nasional. Baca di sini: https://mykmu.net/2021/06/24/kenapa-hishamm

Hishamuddin Wajar Di Pecat Dari UMNO!!!

Image
3.2 juta akar umbi UMNO seluruh Malaysia gempar apabila tersebar luas surat yang bertarikh 22 Jun 2021, ditulis dan ditandatangani oleh Bendahari Agung Barisan Nasional, Hishamuddin Hussien @ H2O kepada SPB YDP Agung tersebar luas. Dilapurkan surat yang ditandatangani oleh H2O telah termeterai dengan tanda 'DITERIMA' oleh pihak Istana Negara pada tarikh 23 Jun 2021. Antara lain kandungan surat tersebut ialah memohon supaya SPB YDP Agung menerima H2O mengadap SPB YDP Agung sekembalinya beliau dari lawatan kerja di Dubai, Emeriah Arab Bersatu. H2O juga memaklumkan kepada SPB YDP Agung bahawa beliau telah mendapat sokongan secara sebulat suara dari Majlis Tertinggi Barisan Nasional untuk melantik beliau menjadi Perdana Menteri yang baharu menggantikan Mahiaddin Md Yasin. H2O juga turut melampirkan senarai kabinet baharu yang bakal beliau bentuk sekiranya mendapat perkenan dari SPB YDP Agung. Daripada surat yang sudah tersebar ini, terbukti Hishamuddin telah melakukan beberapa kesa

Apakah Kesudahan Pertindihan Tuntutan Kawasan Gunung Kanthan Antara Pengurusan Kuil Dan Pengurusan Kuari?

Image
Dalam tulisan Makcik Kiah yang lepas-lepas, Makcik Kiah ada menyentuh mengenai pertindihan tuntutan kawasan gua di kaki Gunung Kanthan antara pihak pengurusan Associated Pan Malayan Cement (APMC) dan pihak pengurusan Kuil Sakyamuni (MDSCM). Baca di sini: 1) https://makcikkiahmaktirimahiadin.blogspot.com/2021/06/tangani-isu-kuil-sakyamuni-di-gunung.html 2) https://makcikkiahmaktirimahiadin.blogspot.com/2021/06/kalau-betul-kuil-sakyamuni-di-gunung.html 3) https://makcikkiahmaktirimahiadin.blogspot.com/2021/06/hentikan-kegiatan-penerokaan-tanah.html Bukan sahaja Makcik Kiah ada mengupas tentang isu ini, malah ada sahabat blogger yang lain juga turut mengupas isu yang sama, sama ada dalam Bahasa Melayu atau pun dalam Bahasa Inggeris. Baca di sini: 1) https://anotherbrickinwall.blogspot.com/2021/06/sakyamuni-cave-monastery-overriding.html 2) https://anotherbrickinwall.blogspot.com/2021/06/did-sakyamurni-cave-monastery.html?m=1 3) https://depakatalah.blogspot.com/2021/06/why-sakyamuni-temple