Apakah Kesudahan Pertindihan Tuntutan Kawasan Gunung Kanthan Antara Pengurusan Kuil Dan Pengurusan Kuari?


Dalam tulisan Makcik Kiah yang lepas-lepas, Makcik Kiah ada menyentuh mengenai pertindihan tuntutan kawasan gua di kaki Gunung Kanthan antara pihak pengurusan Associated Pan Malayan Cement (APMC) dan pihak pengurusan Kuil Sakyamuni (MDSCM).

Baca di sini:




Bukan sahaja Makcik Kiah ada mengupas tentang isu ini, malah ada sahabat blogger yang lain juga turut mengupas isu yang sama, sama ada dalam Bahasa Melayu atau pun dalam Bahasa Inggeris.

Baca di sini:





Makcik Kiah tertarik dengan ulasan yang dibuat oleh blogger Another Brick In Wall yang bertajuk 'Did Sakyamuni Cave Monastry acquiesed in 1960?'

Baca di sini:


Sekiranya benar dakwaan pihak pengurusan Kuil Sakyamuni bahawa kuil tersebut sudah wujud lebih dari 100 tahun, maka ianya akan menjadi satu kelebihan dalam tuntutan mereka di mahkamah, namun ianya mestilah dibuktikan terlebih dahulu dan bukannya sekadar andaian.

Namun yang menjadi persoalan ialah, mengapakah dakwaan kewujudan kuil tersebut telah menjangkau 100 tahun dibuat HANYA pada tahun 2014 ketika Kerajaan Negeri Perak meluluskan permit pajakan kepada APMC?

Mengapakah ketika Kerajaan Negeri Perak buat pertama kalinya meluluskan pajakan untuk aktiviti kuari pada tahun 1964, perkara ini tidak dibangkitkan langsung?

Dakwaan Arjun Mohanakrishnan dalam theVibes.com bahawa kononnya dengan kelulusan perluasan aktiviti kuari yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Perak akan memusnahkan kawasan kuil yang telah wujud lebih dari 100 tahun dan memusnahkan alam semulajadi adalah tidak benar.

Baca di sini:


Dakwaan ini telah disangkal oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi.

Nolee menerangkan, kawasan kuari di Gunung Kanthan terbahagi kepada 4 kawasan, A, B, C dan D.

Kelulusan dan aktiviti kuari yang sedang dijalankan hanya meliputi kawasan A dan B sahaja, manakala untuk kawasan C dan D, belum ada sebarang syarikat mengemukakan permohonan untuk menjalankan aktiviti di situ.


Malah, syarikat yang menjalankan aktiviti kuari di kawasan A dan B sekarang telah bersetuju untuk mengekalkan bukit D sebagai pemuliharaan alam sekitar dalam membantu Perbadanan Taman Negeri Perak dalam memelihara flora dan fauna, terutamanya di kawasan D terdapat spesis endemik labah-labah yang sangat terancam iaitu Liphistius Kanthan.

Baca di sini:





Dakwaan Arjun Mohanakrishnan bahawa di kaki Gunung Kanthan terdapat banyak kuil yang menjadi tempat ibadat juga adalah tidak tepat kerana tinjauan yang dilakukan oleh APMC mendapati, banyak kuil-kuil tersebut sudah tidak beroperasi dan beberapa premis yang didakwa sebagai tempat ibadat sebenarnya digunakan untuk aktiviti meditasi dan ada juga yang digunakan sebagai pusat urut refleksologi yang banyak dikunjungi oleh pelancung luar.

Apa pun dakwaan kedua-dua pihak, Makcik Kiah sangat-sangat berharap agar jalan penyelesaian yang mewujudkan situasi menang-menang di kedua-dua pihak dapat dicapai.

Demi keselamatan pengunjung, Makcik Kiah harap pihak kuil boleh bersetuju untuk dipindahkan ke lokasi yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Perak, manakala bagi pihak APMC pula, daripada akan dipersalahkan sekiranya berlaku kemalangan atau kehilangan jiwa sekiranya terjadi runtuhan batu kapur, mungkin boleh membiayai kos perpindahan.

Seperti kata blogger Another Brick In Wall, kalau Vincent Tan boleh keluarkan RM 2 juta untuk kos perpindahan Kuil Sri Maha Mariamman, Francis Yeoh yang sudah mengaut laba mungkin beratus juta ringgit pasti tak ada masalah untuk melakukan perkara yang sama.

Setakat empat lima juta bagi Francis Yeoh, 'sap sap sui maaa'.

Comments

Popular posts from this blog

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan?

Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik

Kesian Penduduk Telok Ayer Tawar, Dapat Calon Penuh Skandal