Hishamuddin Hussien, PM Tepi 2.0?


2 hari lepas, Makcik Kiah ada tulis tentang perancangan Hishamuddin Hussien yang bukan sahaja membelakangkan Pengerusi Barisan Nasional, DS Zahid Hamidi, malah nak sailang Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin.

Ada yang kata surat Hishamuddin kepada istana tu adalah palsu dan ianya adalah 'black ops' dari kem yang lagi satu.

Tapi bagi Makcik Kiah, kalau betul ianya adalah 'black ops', tentu perancang dan pelaku sedang alami masalah besar, sebab:



a) sudah tertera mohor diterima oleh pihak Istana Negara, tapi masih berani memalsukan mohor Istana Negara, memang menempah maut lah jawabnya.

b) pihak Istana Negara tak ada buat penafian ada menerima surat dari Hishamuddin dan yang buat penafian hanyalah dari Hishamuddin, dah menggelabahlah tu, bila surat tu viral.

c) Nazri Aziz sendiri mengakui beliau merupakan antara watak utama yang menggerakkan pengumpulan Surat Akuan Bersumpah (SD) dari Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Baca di sini:


Namun secara peribadi, melihatkan cara Hishamuddin yang terkenal dengan perangai khianat dan suka baling batu sembunyi tangan, Makcik Kiah rasa memang ada kemungkinan Hishamuddin mengetuai gerakan untuk menamakan beliau sebagai Perdana Menteri untuk menggantikan Mahiaddin yang dilihat semakin lesu dan layu.

Apa pun naratif yang cuba dimainkan oleh kem Hishamuddin untuk menghalalkan tindakan beliau, ramai yang percaya, dengan kegelojohan Hishamuddin, beliau tidak akan berjaya mendapat jawatan PM, kalau dapat pun, cuma PM Tepi, tapi kita dah lama ada PM Tepi, jadi bolehlah Hishamuddin dinobatkan sebagai PM Tepi 2.0...😂😂😂 

Kenapa?



1) Dalam titah SPB YDP Agung dan Majlis Raja Raja Melayu, dengan tegas dan tuntas, baginda SPB YDP Agung dan Raja Raja Melayu mahukan sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat majoriti sokongan rakyat.

SPB YDP Agung sudah memberikan peluang kepada Ahli Parlimen untuk melantik seorang Perdana Menteri tanpa melalui Pilihanraya Umum dan hanya melalui sokongan Ahli Parlimen yang dibuktikan dalam Surat Akuan Bersumpah atau SD.

Tetapi akhirnya, melalui kaedah yang digunakan telah terbukti, kerajaan yang ditubuhkan adalah sebuah kerajaan yang cukup rapuh.

Akibatnya, yang menjadi mangsa adalah rakyat dan negara kerana pemimpin-pemimpin politik terlalu asyik berpolitik dan mengabaikan negara serta nasib rakyat.

Tidak mungkin SPB YDP Agung akan menggunakan kaedah yang telah terbukti gagal buat kali kedua.

Jadi kumpullah sebanyak mana Akuan Bersumpah, namun kali ini, mungkin bagi baginda, cara yang terbaik adalah mengembalikan mandat kepada rakyat selepas keadaan Covid-19 dapat dikawal.

Sementara itu, baginda boleh menubuhkan 'care taker government' dan ingat, kerajaan yang berada dalam Printah Darurat adalah Kerajaan SPB YDP Agung.

2) Apakah dengan hanya berjaya mengumpulkan 25 SD dari Ahli Parlimen Barisan Nasional, Hishamuddin sudah merasakan angan-angan beliau untuk menjadi Perdana Menteri akan menjadi kenyataan?

Parlimen mempunyai 220 Ahli Parlimen (2 orang meninggal dunia), sokongan 25 dari 220 Ahli Parlimen adalah jauh dari jangkauan minimum 111 sokongan Ahli Parlimen untuk mendapatkan majoriti mudah.

Sedangkan tanpa dikira Ahli Parlimen UMNO, Perikatan Nasional cuma mempunyai 45 Ahli Parlimen, itu termasuk dengan Ahli Parlimen PPBM yang setia dengan Mahiaddin, katalah solid 45 Ahli Parlimen Perikatan Nasional sokong Hishamuddin dan ditambah pula dengan 25 Ahli Parlimen dari UMNO, ditambah 10 Ahli Parlimen GPS dan 1 Ahli Parlimen STAR dan ditambah 10 Ahli Parlimen dari Pejuang, Muda dan Bebas, Hishamuddin baru mempunyai 91 sokongan Ahli Parlimen, beliau memerlukan sokongan dari 20 Ahli Parlimen lagi.

Suka atau tidak, mahu atau tidak, Hishamuddin perlu mendapatkan sokongan sama ada dari PKR atau DAP, kalau ini berlaku, apakah Ahli Parlimen UMNO dan PAS akan setuju?

Biar Gambar Berbicara
Lihat Sendiri Reaksi H20 Dan KJ Waktu UMNO Tersungkur!!!

3) Apabila UMNO tewas dalam PRU 14 pada tahun 2018, DS Najib mengambil tanggungjawab moral dengan meletak semua jawatan parti yang beliau sandang berkuatkuasa serta merta.

DS Zahid telah dilantik sebagai Pemangku Presiden UMNO, manakala Hishamuddin pula telah dilantik sebagai Pemangku Timbalan Presiden UMNO.

Namun agak mengejutkan, apabila dalam Pemilihan UMNO, Hishamuddin mengumumkan tidak akan bertanding dalam sebarang jawatan, walau pun beliau adalah Pemangku Presiden UMNO ketika itu.

Apakah kerana merasakan UMNO sudah tidak boleh bangkit kembali maka Hishamuddin tidak mahu membuang masa dan tenaga untuk membangunkan semula UMNO?

Lebih mendukacitakan, Hishamuddin telah dikenal pasti sebagai dalang utama yang memujuk Ahli Parlimen UMNO melompat ke PPBM.

Baca di sini:


Malah ketika DS Najib dan beberapa pemimpin utama UMNO bertungkus lumus membangunkan semula UMNO, Hishamuddin membuatkan UMNO Sabah hampir lumpuh.

Baca di sini:


Namun setelah UMNO kembali mendapat tempat di hati rakyat, Hishamuddin mula menonjolkan diri.



Hishamuddin juga dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat kepada sepupunya sendiri, DS Najib Razak. (Tonton di 55:58 dalam video di atas).

Selain dari mempunyai mulut longkang, Hishamuddin juga dilapurkan terlibat dalam kegiatan akhlak yang sangat menjijikkan.

Tak sior Makcik Kiah nak tulis dalam blog nie, tapi komer bacalah sendiri dalam link yang Makcik Kiah tepekkan:


Jadi inikah akhlak pemimpin yang mahu kita angkat sebagai Perdana Menteri kita?

Cukup-cukuplah kerosakan moral pemimpin yang kita ada sekarang, hingga mengundang kemurkaan Allah SWT, sebab itulah sekarang ini, negara dan rakyat tidak putus-putus ditimpa bala demi bala dari Allah SWT.

Kepada pemimpin tertinggi UMNO, pengkhianatan Hishamuddin bukan lagi rahsia, tapi kenapa takut untuk mengambil tindakan tegas?

Kalau masih lagi teragak-agak untuk melakukan pemutihan dalam UMNO, tunggulah saatnya nanti UMNO akan dipindahkan ke muzium!!!

Comments

Popular posts from this blog

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan?

Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik

Kesian Penduduk Telok Ayer Tawar, Dapat Calon Penuh Skandal