PRU 15 Di Jangka Disember 2021, PPBM Sudah Memuktamadkan Strategi Serangan Kepada UMNO, Apakah Kita Masih Mahu Serang Presiden UMNO?


Ramai pemimpin dan akar umbi UMNO tersenyum lebar bila SPB YDP Agung dan Raja Raja Melayu bertitah supaya Parlimen dibuka semula.

Apa lagi dengan jelas dalam kenyataan media yang sama, tertulis titah SPB YDP Agung dan Raja Raja Melayu bahawa baginda semua mahukan sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan majoriti rakyat.

Memang benar kita semua boleh menjangkakan, itulah penamat riwayat PPBM.

Tapi seperti yang Makcik Kiah jangkakan, pemimpin PPBM tidak akan hanya berpeluk tubuh dan berdiam diri.

Mereka pasti sudah menyediakan plan kedua sebagai talian hayat untuk menghadapi kemungkinan terburuk yang mungkin sudah mereka jangkakan.

Ingat, walau pun mereka gagal mentadbirkan negara dengan baik, jangan kita lupa bahawa ahli politik PPBM adalah ahli politik yang licik.

Semua agensi sosiopolitik dikatakan sudah berada di bawah kawalan PPBM. 

Setiap laporan dan risikan serta execution plan telah lengkap.

Kerana kelicikan mereka, di era Pakatan Harapan, mereka berjaya menjadi Perdana Menteri, walau pun mereka hanyalah minoriti.

Perkara yang sama berulang di era Perikatan Nasional, walau pun PPBM hanya memiliki bilangan kerusi minoriti, namun Perdana Menteri yang dilantik adalah di kalangan mereka.

Berulang sekali lagi di Pilihanraya Negeri Sabah, kerana kelicikan mereka, UMNO akhirnya terpaksa melepaskan jawatan Ketua Menteri kepada PPBM.

PPBM sedar, tanpa persiapan yang teliti, mereka pasti akan terkubur kerana dikuburkan rakyat dalam Pilihanraya Umum ke 15 nanti.

Seteru utama mereka tidak lain dan tidak bukan adalah UMNO dan kini dengan bayangan yang diberikan sendiri oleh Mahiaddin Md Yasin bahawa Pilihanraya Umum akan diadakan pada Disember 2021, serangan terhadap UMNO sudah mula dilakukan dengan tujuan untuk melemahkan UMNO.

Baca di sini:


Darurat Akan Di Sambung Supaya Bajet 2022 Dapat Di Luluskan Tanpa Kelulusan Parlimen


Satu masalah yang menghantui pemimpin PPBM dengan titah dari SPB YDP Agung supaya Parlimen dibuka segera ialah untuk membentangkan Bajet 2022 bagi mendapatkan kelulusan di Parlimen.

Tanpa sokongan majoriti mudah di Parlimen, Perikatan Nasional akan menghadapi kesukaran untuk meluluskan Bajet 2022 dan ianya tidak akan berakhir setakat itu, ia boleh membawa kepada kejatuhan Perikatan Nasional yang diterajui PPBM.

Darurat mesti disambung tetapi masalahnya, SPB YDP Agung dan Raja Raja Melayu sudah membuat ketetapan tiada keperluan darurat diteruskan selepas 1 Ogos 2021.

Sumber memberitahu, dalam mesyuarat Majlis Raja Raja Melayu yang dijangka akan bersidang pada 30 Jun 2021, lapuran mengenai bahaya dan risiko darurat tidak disambung akan dibentangkan.

Data peningkatan kes dan mencapai 'herd imunity' dengan perlaksanaan darurat akan ditekankan dalam lapuran Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ini akan memberi tekanan kepada SPB YDP Agung dan Majlis Raja Raja Melayu supaya mempertimbangkan semula ketetapan untuk tidak menyambung darurat selepas 1 Ogos 2021.

Pimpinan PPBM yakin permintaan mereka supaya darurat dilanjutkan sampai Disember 2021 akan diperkenankan.

Ini akan memberi ruang kepada mereka untuk meluluskan Bajet 2022 tanpa melalui Parlimen.

Sekiranya apa yang dilapurkan ini benar, maka rakyat hanya bergantung sepenuhnya ke atas kebijaksanaan SPB YDP Agung dan Raja Raja Melayu.

Serangan Terhadap UMNO Sudah Di Mulakan


Naratif kluster mahkamah di dalam UMNO dicipta oleh PPBM.

Bagi yang mengikuti setiap kes pemimpin UMNO yang dikaitkan dengan kesalahan korup dan salah guna kuasa serta tuntutan cukai LHDN, tahu segala fakta kes yang dikemukakan pihak pendakwaraya adalah sangat lemah, namun naratif kluster mahkamah di dalam UMNO tetap dimainkan dan didokong oleh beberapa pemimpin dari UMNO sendiri.

Matlamat utama adalah untuk menyingkirkan pemimpin UMNO yang tidak mahu tunduk dengan cengkaman PPBM dan digantikan dengan pemimpin yang telah dicucuk hidung mereka setelah mendapat imbuhan dan ugutan dalam 'scheme of things'.

Matlamat utama adalah strategi untuk menangani musuh utama iaitu kluster mahkamah UMNO. 

Dilapurkan, semua barisan Menteri dan Timbalan Menteri UMNO sudah komited kepada Mahiaddin dan tidak akan meletakkan jawatan. 

Mereka juga telah 'settle down' dan sanggup bertanding atas tiket Perikatan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke 15.


Sumber dalaman PPBM memaklumkan, Pengarah Pilihanraya UMNO juga sudah terjebak dalam 'scheme of trhings'.

Presiden PPBM dikatakan telah berjaya memujuk Pengarah Pilihanraya UMNO untuk menjemput PPBM dalam Muafakat Nasional. 

Tajudin Rahman akan memulakan 'tour' bagi mula desak UMNO terima PPBM dalam Muafakat Nasional.

Pendakwaan skandal Tajuddin di Prasarana tidak akan dibuat sebagai timbal balik.

Sama ada maklumat ini benar atau tidak, Tajuddin mesti tampil berikan penjelasan kerana jawatan Pengarah Pilihanraya UMNO adalah jawatan yang penting untuk menentukan kemenangan atau kekalahan UMNO dalam Pilihanraya Umum ke 15.

Skrip Jajaran Baru akan dimainkan dengan lebih hebat hingga ke peringkat akar umbi UMNO, mengambil kesempatan rakaman audio yang telah ditularkan antara Presiden UMNO dan Presiden PKR, Hishammuddin telah memujuk Nazri Aziz agar kaitkan Zahid dengan Anwar Ibrahim.

Selepas 'lockdown' tamat, mahkamah akan buka. 

Maka proses paling utama dalam perancangan adalah untuk bankrapkan DS Najib Razak. 

Selepas itu adalah jatuhkan hukuman kepada DS Zahid Hamidi agar tidak boleh bertanding. 

Seandainya 2 kluster mahkamah ini dipenjarakan maka UMNO akan kehilangan tunggak dan akan digantikan dengan pemimpin-pemimpin UMNO kluster menteri maka secara rasminya keseluruhan UMNO akan berada di bawah telunjuk PPBM.

Sama ada apa yang disampaikan kepada Makcik Kiah ini benar atau tidak, satu kenyataan yang tidak dapat dinafikan ialah, musuh sudah menyediakan plan menyeluruh untuk melumpuhkan semangat perjuangan UMNO, apakah kita masih lagi leka dengan naratif buruk yang mereka ciptakan ke atas pemimpin-pemimpin utama kita dan terus-terusan menyerang kepimpinan UMNO?

Tanyalah diri kita, kenapa hanya segelintir pemimpin UMNO dihadapkan ke mahkamah, adakah pemimpin UMNO kluster menteri itu benar-benar suci?

Comments

Popular posts from this blog

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan?

Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik

Kesian Penduduk Telok Ayer Tawar, Dapat Calon Penuh Skandal