Hishamuddin Wajar Di Pecat Dari UMNO!!!


3.2 juta akar umbi UMNO seluruh Malaysia gempar apabila tersebar luas surat yang bertarikh 22 Jun 2021, ditulis dan ditandatangani oleh Bendahari Agung Barisan Nasional, Hishamuddin Hussien @ H2O kepada SPB YDP Agung tersebar luas.

Dilapurkan surat yang ditandatangani oleh H2O telah termeterai dengan tanda 'DITERIMA' oleh pihak Istana Negara pada tarikh 23 Jun 2021.

Antara lain kandungan surat tersebut ialah memohon supaya SPB YDP Agung menerima H2O mengadap SPB YDP Agung sekembalinya beliau dari lawatan kerja di Dubai, Emeriah Arab Bersatu.

H2O juga memaklumkan kepada SPB YDP Agung bahawa beliau telah mendapat sokongan secara sebulat suara dari Majlis Tertinggi Barisan Nasional untuk melantik beliau menjadi Perdana Menteri yang baharu menggantikan Mahiaddin Md Yasin.




H2O juga turut melampirkan senarai kabinet baharu yang bakal beliau bentuk sekiranya mendapat perkenan dari SPB YDP Agung.

Daripada surat yang sudah tersebar ini, terbukti Hishamuddin telah melakukan beberapa kesalahan yang sangat serius :

a) Jawatan Hishamuddin di dalam Barisan Nasional hanyalah sebagai Bendahari Agung, apakah beliau mempunyai autoriti untuk menulis surat yang mewakili Barisan Nasional?

Sekiranya Hishamuddin tidak mendapat restu dari Pengerusi Barisan Nasional, maka ini bermakna beliau telah membelakangkan Pengerusi Barisan Nasional dan bertindak sendirian menggunakan nama Barisan Nasional untuk kepentingan peribadi.

Secara rasminya, apa juga surat atau kenyataan media yang menggunakan nama Barisan Nasional, mestilah terlebih dahulu mendapat persetujuan dari Pengerusi Barisan Nasional atau Setiausaha Agung Barisan Nasional.

b) Apakah benar Hishamuddin mendapat sokongan sebulat suara dari Majlis Tertinggi Barisan Nasional?

Apakah benar Pengerusi Barisan Nasional, DS Zahid Hamidi, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, DS Mohamad Hassan, Setiausaha Agung Barisan Nasional, DS Ahmad Maslan, DS Najib Razak dan beberapa pemimpin UMNO yang dilabelkan oleh PPBM sebagai 'kluster mahkamah' benar-benar memberikan sokongan kepada Hishamuddin untuk menjadi Perdana Menteri?

c) Kalau sokongan sebulat suara yang Hishamuddin dakwa telah diperolehinya dari Majlis Tertinggi Barisan Nasional adalah tidak benar, maka Hishamuddin telah melakukan satu kesalahan yang sangat besar kerana telah membohongi SPB YDP Agung!!!

Ini adalah satu perbuatan derhaka dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Sikap mementingkan kuasa dan jawatan yang ditunjukkan oleh Hishamuddin adalah sesuatu yang sangat-sangat menjijikkan.

Ketika rakyat dan negara sedang menderita dengan pandemik Covid-19 dan telah mendapat perhatian khas dari SPB YDP Agung dan Raja Raja Melayu, Hishamuddin sibuk mahu memuaskan nafsu politik beliau yang mahu berada di puncak kuasa.

Sikap beginilah yang telah membuatkan UMNO dijauhi rakyat ketika PRU 14 yang lepas.

UMNO adalah sebuah wadah perjuangan yang mempertahankan Institusi Raja Raja Melayu dan membela nasib rakyat terutamanya bangsa Melayu.

Kepimpinan tertinggi UMNO mestilah mengambil tindakan yang serius di atas kebiadapan Hishamuddin ke atas Institusi YDP Agung dan juga Institusi Presiden UMNO.

Ini bukanlah kali pertama kisah pengkhianatan Hishamuddin terhadap UMNO dapat dibongkarkan.

Sekiranya kepimpinan tertinggi tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap Hishamuddin, UMNO akan dilihat mempunyai kepimpinan yang lemah dan lesu.

Keadaan ini akan membuatkan UMNO akan diserang oleh musuh politik dari luar dan juga pengkhianat UMNO yang berada di dalam UMNO.

Singkirkan mereka sekarang atau selama-lamanya UMNO tidak akan bangkit kembali!!!

Comments

Popular posts from this blog

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan?

Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik

Kesian Penduduk Telok Ayer Tawar, Dapat Calon Penuh Skandal