Tangani Isu Kuil Sakyamuni Di Gunung Kanthan Dengan Bijak Supaya Tragedi Kuil Sri Maha Mariamman Tidak Berulang
Pertindihan kepentingan ke atas tanah di Lot 46497 Mukim Hulu Kinta, Perak antara pihak Associated Pan Malaysia Cement Sdn Bhd (APMC), yang menguruskan kuari simen di Gunung Kanthan dengan pihak pengurusan Malaysia Dhamma Sakyakumi Caves Monastery (MDSCM), di Gunung Kanthan, pihak yang menguruskan Kuil Sakyamuni, yang bertempat di kaki Gunung Kanthan semakin memuncak.
Dari sudut perundangan, APMC mempunyai hak ke atas tanah tersebut melalui kelulusan pajakan tanah yang telah dikeluarkan Kerajaan Negeri Perak dalam Pajakan Negeri 316004 kepada pihak APMC untuk menjalankan kerja-kerja kuari dan pengeluaran simen sejak tahun 1964.
Manakala pihak pengurusan MDSCM pula menuntut supaya Kuil Sakyamuni diisytiharkan sebagai tempat ibadat dengan alasan kuil tersebut telah wujud lebih dari 110 tahun yang lalu.
Baca di sini:
Pihak pengurusan MDSCM juga kini sedang aktif mendapatkan perhatian dan sokongan orang ramai supaya bersama-sama mempertahankan Kuil Sakyamuni dengan menggunakan alasan pencemaran alam sekitar dan mendakwa Kuil Sakyamuni merupakan benteng terakhir untuk menyelamatkan alam sekitar di Gunung Kanthan.
Baca di sini:
Makcik Kiah tidak berniat untuk berpihak kepada mana-mana pihak dalam isu ini, cuma bagi Makcik Kiah, apa pun alasan yang kita kemukakan, hak yang sah adalah menurut sistem Kedaulatan Undang Undang di negara kita.
Seperti Makcik Kiah nyatakan sebelum ini, kita berada di dalam abad 21 dan negara kita adalah negara yang mempunyai undang-undang serta prinsip Kedaulatan Undang Undang mestilah dihormati oleh semua pihak.
Pihak pengurusan MDSCM mendakwa, kuil yang mereka uruskan itu sudah wujud lebih dari 100 tahun yang lalu.
Persoalannya, mengapa pihak pengurusan MDSCM tidak mengambil langkah untuk mendapatkan kelulusan pembinaan kuil tersebut dari pihak PBT?
Mereka mempunyai masa yang lebih dari mencukupi untuk melakukannya dan sekiranya mereka mempunyai kelulusan bertulis dari pihak PBT, sudah pasti tidak akan ada mana-mana pihak yang boleh mencabar kewujudan kuil tersebut.
Dakwaan pihak pengurusan MDSCM bahawa kuil-kuil yang terdapat di kaki Gunung Kanthan adalah tempat beribadat adalah tidak benar kerana menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan APMC, ada antara kuil tersebut hanya digunakan untuk aktiviti meditasi dan urutan refleksologi kepada warga asing yang berkunjung ke sana, malah ianya sudah lama tidak digunakan sebagai tempat ibadat.
'There have not been many religious activities
at both temples for a long time. One of the temples carries out no religious activities but the
occasional ‘reflexology-massage’ activities, while another is generally not open to the public
except on occasions where it allows foreigners into the area for meditation. Yet, the
association linked to these ‘illegal’ temples has had the tendency to create controversies to
dilute or veil the key facts – safety issue and their illegal presence.'
Pihak pengurusan APMC juga mendedahkan, pihak kuil secara berterusan menceroboh dan menbina bangunan-bangunan baru di dalam kawasan yang telah dipajakkan oleh Kerajaan Negeri Perak kepada pihak APMC.
Agak janggal bila kawasan yang didakwa sebagai kawasan ibadat, tetapi telah dibina secara tidak sah di atas tanah milik orang lain tanpa kebenaran.
Bukan Makcik Kiah mahu bersifat rasis atau menidakkan hak orang bukan beragama Islam untuk membina rumah ibadat mereka, tetapi menurut kajian yang dilakukan oleh Elanjelian Venugopal, kebanyakan dari 3,200 kuil Hindu yang terdapat di Malaysia adalah tidak berdaftar dengan mana-mana pihak berkuasa tempatan, dalam ertikata lain, ianya dibina secara tidak sah.
Baca di sini:
Perkara ini disahkan oleh Presiden MIC, S Vigneswaran.
Baca di sini:
Aktiviti pembesaran kuil yang dijalankan juga telah mendedahkan pengunjung dalam bahaya dari segi aspek keselamatan kerana semakin banyak pihak pengurusan kuil menceroboh, maka ianya akan membawa lokasi kuil semakin hampir kepada kawasan kuari.
Baca di sini:
Makcik Kiah harap, pihak pengurusan MDSCM berbincanglah dengan pihak pengurusan APMC supaya satu jalan penyelesaian bagi mewujudkan keputrusan menang-menang dapat dicapai.
Janganlah cuba mengheret orang ramai untuk mendapatkan sokongan dengan memutarbelitkan kenyataan dalam masalah ini kerana ianya akan menimbulkan ketegangan dalam masyarakat yang sedia berada dalam keadaan tertekan akibat dari wabak Covid-19.
Apakah kita tidak belajar dari tragedi rusuhan kuil Sri Mariamman di Subang Jaya, yang telah mengorbankan nyawa Allahyarham Mohd Adib, seorang anggota Bomba yang datang untuk memberikan bantuan dan sehingga kini pembelaan ke atas kematian Allahyarham Mohd Adib masih lagi belum terbela, walau pun pihak yang menjadi kerajaan sekarang ini pernah bersuara dengan lantang supaya keadilan untuk Allahyarham Mohd Adib dituntut ketika mereka menjadi pembangkang dahulu.
Jangan ada lagi pertumpahan darah, apa lagi nyawa yang terkorban.
Kita tidak mahu berlaku Tragedi Kuil Sri Mariamman 2.0.
Comments