Kalau Betul Kuil Sakyamuni Di Gunung Kanthan Berusia 100 Tahun, Kenapa 2014 Permit Baru Di Minta?


Pihak pengurusan Malaysia Dhamma Sakyakumi Caves Monastery (MDSCM) berharap kawasan gua di Gunung Kanthan, Chemor, Perak diiktiraf sebagai tempat ibadat bagi penganut Buddha. 

Baca di sini. 

Wakilnya, Dr. Chiong Sai Tin berkata, pihaknya telah menghantar permohonan kepada kerajaan negeri dan berharap ia akan di pertimbangkan.

Katanya, kawasan gua tersebut wujud lebih 100 tahun lalu dan menjadi tempat bermeditasi bagi ribuan penganut Buddha. 

Beliau mendakwa, di dalam gua ini terdapat kuil yang menjadi tempat tinggal kepada 15 orang sami. 

Tambahnya lagi, ini merupakan kali kedua MDSCM memohon kepada kerajaan negeri selepas permohonan pertama pada tahun 2014.

Pertama, sekiranya MDSCM mendakwa kuil berkenaan berusia lebih 100 tahun, kenapakah hanya di dalam tahun 2014, buat pertama kali MDSCM memohon permit dari Kerajaan Negeri.

Sedangkan pemilik pajakan tanah berkenaan, Associated Pan Malaysia Cement Sdn Bhd (APMC), yang menguruskan kuari simen di Gunung Kanthan telah mendapat kelulusan pajakan tanah yang telah dikeluarkan Kerajaan Negeri Perak dalam Pajakan Negeri 316004 kepada pihak APMC untuk menjalankan kerja-kerja kuari dan pengeluaran simen sejak tahun 1964.

Kedua, pihak MDSCM dalam Kenyataan Media di bawah mendakwa kuil-kuil yang terdapat di kaki Gunung Kanthan bukan merupakan tempat beribadat kerana menurut APMC, ada antara kuil tersebut hanya digunakan untuk aktiviti meditasi dan urutan refleksologi kepada warga asing yang berkunjung ke sana, malah ianya sudah lama tidak digunakan sebagai tempat ibadat.

Kita tidak mahu Kuil Sakyamuni di kaki Gunung Kanthan menjadi precedent case untuk mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan alasan Agama untuk membenarkan tindakan pencerobohan tanah secara haram.


C&P

Comments

Popular posts from this blog

Ada Cerita Yang Lebih Panas Di Sebalik Kartel JMB

Surat Perjanjian Ismail Sabri & Muhyiddin Terdedah

PRN Johor: Tawaran Syed Saddiq Pada Anak Muda!!!