Ada Cerita Yang Lebih Panas Di Sebalik Kartel JMB

 


Ada Cerita Yang Lebih Panas Di Sebalik Kartel JMB

Free Malaysia Today melaporkan penduduk sebuah kondominium berstatus strata di Mont Kiara, Kuala Lumpur, membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa oleh jawatankuasa pengurusan bersama (JMB) kediaman itu.

Wakil penduduk, Dzulhilman Sulaiman, mendakwa pengurusan JMB yang baru dilantik 18 bulan lalu dipercayai menganugerahkan kontrak penyelenggaraan bernilai RM3.3 juta tanpa proses tender yang betul.

Beliau mendakwa ianya diberikan kepada syarikat tidak bertauliah dan tidak pernah diaudit sejak 2013.

Penduduk yang membabitkan 200 unit terpaksa membayar antara RM800 hingga RM2,000 yuran penyelenggaraan bulanan yang dikira mengikut keluasan kediaman.

Menurut Dzulhilman, perkara menimbulkan persoalan adalah berkaitan kontrak penyelenggaraan bangunan.

Ia mempunyai sebut harga yang lebih tinggi walaupun hakikatnya nilai kontrak jauh lebih rendah.

Dan syarikat berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan individu dalam JMB.

Maklumat mengenai nilai kontrak itu diketahui menerusi pembentangan wakil JMB pada mesyuarat agung tahunan Disember tahun lalu.

"Tender ini berkait rapat dengan kontrak membaik pulih, landskap dan penyelenggaraan."

"Tetapi kos sebenarnya tak sebegitu rupa, jadi kita minta siasat dengan syarikat-syarikat terlibat."

"Kita tak puas hati dan sebab itu hadir ke SPRM hari ini untuk menyerahkan bukti-bukti yang sudah kami kumpul mengenai salah laku dan pecah amanah pihak pengurusan JMB," jelas beliau.

Kawan membawang Makcik Kiah beritahu, kartel JMB bermaharajalela di kediaman mewah strata parlimen Kepong.

Sama ada ahli parlimen Kepong, Lim Lip Eng, tahu @ tak tahu @ buat-buat tak tahu @ terlibat Makcik Kiah tak pasti.

Tapi apa yang pasti sebagaimana yang dilaporkan, perkara yang sama pernah berlaku di parlimen Kepong waktu Lim Lip Eng jadi ahli parlimen Kepong.

Tapi sebenarnya ada cerita yang jauh lebih panas dari laporan SPRM yang penduduk kondominium buat.

Khabarnya (kalau salah, Makcik Kiah minta maaf), kakitangan dan pegawai yang berkerja dengan kartel JMB lansung tak tahu cakap Bahasa Melayu.

Malah dikatakan, cakap Bahasa Inggeris pun tak tahu.

Dia orang cuma boleh berkomunikasi dalam Mandarin jer...🤔🤔🤔

Ini betul-betul big punya problem.

Setahu Makcik Kiah, kalau namanya warga Malaysia yang sah, setakat nak faham Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris yang broken tak jadi masalah.

Tak payahlah bandingkan dengan Baba Nyonya di Melaka tu.

Tukang kebun kat sekolah vernakular pun faham Bahasa Melayu walau pun tergagap-gagap dia nak balas balik.

Biasanya yang tak faham sepatah haram Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris nie warga China.

Makcik Kiah tak tuduh dia orang tu warga China.

Tapi mungkin SPRM dengan KDN terutamanya Jabatan Imigresen Malaysia boleh upah Inspektor Sahab untuk siasat.

Musykil juga Makcik Kiah, tinggal dan cari rezeki di ibu negara Malaysia tapi tak faham bahasa kebangsaan Malaysia!!!

Comments

Popular posts from this blog

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan?

Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik