Jujurkah Ismail Sabri Dalam Sidang Media Yang Di Adakan?
Mula-mula Mahiaddin menipu dengan mendakwa masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Selepas itu tiba pula giliran ‘2nd boss’, Ismail Sabri untuk menipu. Tapi secara tidak sedar, sebenarnya Ismail Sabri telah mendedahkan penipuan yang dilakukan oleh Mahiaddin. Dalam sidang media bersama-sama dengan sebahagian Ahli Parlimen Barisan Nasional yang diadakan hari ini, 6 Ogos 2021, Ismail Sabri mendakwa bilangan Ahli Parlimen Barisan Nasional yang memberikan sokongan kepada Mahiaddin dan Perikatan Nasional adalah seramai 31 orang. Antara nama-nama yang disebutkan oleh Ismail Sabri sebagai sudah pasti memberikan sokongan kepada Mahiaddin dan Perikatan Nasional ialah Ahli Parlimen Tg Karang(UMNO), DS Noh Omar, Ahli Parlimen Baling(UMNO) dan Ahli Parlimen Baling(UMNO), DS Azeez Rahim. Namun sejurus selepas membuat sidang media tersebut, Ahli Parlimen Tg Karang(UMNO), DS Noh Omar telah menafikan dakwaan Ismail Sabri. Diikuti pula penafian dari Ahli Parlimen Baling(UMNO), D...