Membatalkan Darurat Secara Senyap-Senyap, Malaysia Menuju Negara Law Of The Jungle


Semalam satu negara, malah tak keterlaluan kalau dikatakan satu dunia terkejut.

Bukan hanya Ahli Parlimen yang bersidang di Dewan Rakyat terkejut, tapi seluruh rakyat Malaysia juga terkejut bila mendengar pengumuman bahawa Proklamasi Darurat sudah dibatalkan oleh kerajaan.



Perkara itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang Undang dan Parlimen), Takiyudin Hasan.

Lebih mengejutkan lagi bila Takiyudin memaklumkan bahawa darurat sudah ditamatkan sejak 21 Julai 2021 yang lepas dalam satu mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Mahiaddin sebagai Perdana Menteri.

Dalam kenyataan yang dibuat oleh Takiyudin, jelas menyatakan bahawa kerajaan telah membuat keputusan untuk menamatkan Proklamasi dan Ordinan Darurat berdasarkan kepada Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Apa yang dinyatakan dalam Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan?

"Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi atau ordinan itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelumnya menurut kuasa Proklamasi atau ordinan itu atau tanpa menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan suatu Proklamasi baru di bawah Fasal (1) atau memasyhurkan apa-apa ordinan di bawah Fasal (2B)."

Baca di sini:


Persoalannya, adakah jemaah menteri mempunyai kuasa untuk membatalkan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan oleh SPB YDP Agung?

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Mahiaddin, satu Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 telah ditubuhkan untuk menasihati SPB YDP Agung mengenai keperluan darurat.

Baca di sini:


Dan menurut Takiyudin sendiri, hanya Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 berhak menasihati SPB YDP Agung supaya darurat dapat ditamatkan sebelum waktunya.

Baca di sini:


Dalam artikata lain, jemaah menteri TIDAK mempunyai kuasa untuk menasihati SPB YDP Agung untuk menamatkan darurat, apa lagi kuasa untuk menamatkan darurat!!!

Perkara ini dijelaskan oleh Pakar Perlembagaan daripada Universiti Malaysia Pahang (UMP), Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Hussain.

Baca di sini:


Perkara kedua ialah persoalan adakah benar Perikatan Nasional menggunakan Proklamasi Darurat hanya untuk memanjangkan jangka hayat mereka di Putrajaya sudah terjawab dengan tuntas dari kenyataan Takiyudin.

Sekiranya darurat tidak ditamatkan sebelum Parlimen bersidang, maka keabsahan darurat perlulah dibahas dan diundi untuk mendapatkan kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Perkara ini tercatat dalam Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum ini, Perikatan Nasional sentiasa berdolak dalih untuk mengadakan persidangan Parlimen.

Namun, selepas mendapat tekanan dari pelbagai pihak, akhirnya Perikatan Nasional terpaksa akur untuk membuka semula Parlimen tetapi dengan hanya mengadakan Mesyuarat Khas Parlimen bagi membincangkan hal darurat.

Namun, walau pun hanya mengadakan Masuyarat Khas Parlimen, Perikatan Nasional masih lagi berhadapan risiko untuk kalah mendapatkan undian majoriti yang akhirnya akan membawa kepada undian tidak percaya terhadap Mahiaddin.

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, maka Proklamasi Darurat ditamatkan dengan segera!!!

Jelas di sini, apabila mahu mengekalkan kuasa, Perikatan Nasional menggunakan Akta Darurat sebagai benteng dan apabila Akta Darurat dilihat boleh menumbangkan mereka, maka dengan serta merta Akta Darurat ditamatkan!!!

Lebih menjengkelkan lagi ialah sikap Mahiaddin sendiri yang mengadap SPB YDP Agung ketika meminta perkenan baginda untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat, namun apabila mahu membatalkan darurat, SPB YDP Agung diketepikan dan Mahiaddin bertindak sendiri!!!

Namun terasa amat janggal, bila Ahli Parlimen dipanggil bersidang untuk membincangkan Ordinan Darurat ketika Proklamasi Darurat sudah ditamatkan!!!


Namun yang lebih mengecewakan Makcik Kiah ialah sikap Menteri dan Timbalan Menteri UMNO yang ada dalam kabinet Mahiaddin.

Kalau benar memang ada keputusan membatalkan darurat ketika mesyuarat kabinet pada 21 Julai 2021, bermakna, Menteri dan Timbalan Menteri UMNO sudah tahu perkara ini.

Mengapakah mereka tidak memaklumkan kepada parti?


Sangat jelas, Perikatan Nasional telah menyalahgunakan Akta Darurat yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan dan sikap mereka telah menjadikan Malaysia sebuah negara Law Of The Jungle!!!

Comments

Unknown said…
Macam babi tanah semua la menteri2 anjir ni semua.. .SIAL....!!!!!

Popular posts from this blog

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan?

Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik

Kesian Penduduk Telok Ayer Tawar, Dapat Calon Penuh Skandal