Kalau Betul Ada Sokongan110 MP, Buatlah Undi Di Parlimen, Tak Payah Mael Kelam Kabut Ayam...😂😂😂
Isu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang Undang & Hal Ehwal Parlimen), Takiyudin Hasan mengelirukan aka menipu dalam Dewan Rakyat masih belum selesai lagi dan dilihat akan berlanjutan paling tidak hingga hari Isnin bersamaan 2 Ogos 2021.
Jadi Kiah tak nak ulas tentang isu tu lagi, kalau pembaca nak tahu, sila baca di sini:
Apa yang Kiah nak tulis hari ini ialah tentang perangai Timbalan Perdana Menteri, yang juga merupakan Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri.
Beberapa jam selepas Istana Negara keluarkan kenyataan rasmi yang mendedahkan macam mana regim Mahiaddin telah memperalatkan perlembagaan dan derhaka kepada SPB YDP Agung kerana dengan sengaja mengingkari titah baginda, DS Zahid Hamidi telah keluarkan kenyataan rasmi beliau di atas kapasiti beliau sebagai Presiden UMNO.
DS Zahid telah mengarahkan kesemua Ahli Parlimen UMNO supaya menarik balik sokongan ke atas Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin.
Arahan Presiden itu berasakan kepada 3 perkara:
Baca di sini:
3) Yang paling pentig ialah dalam Fasal 3(Perkara 1.2) Perlembagaan UMNO dengan jelas menyebut:
1.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berperlembagaan.
Baca di sini:
Tapi selang beberapa waktu selepas Presiden UMNO keluarkan kenyataan rasmi mengenai pendirian UMNO mengenai isu krisis perlembagaan yang sedang berlaku, Ismail Sabri pula mengeluarkan kenyataan yang ternyata bercanggah dengan bukan sahaja dengan ketetapan PAU 2020 dan MKT UMNO, malah bercanggah dengan Perlembagaan UMNO!!!
Kenyataan pertama dengan menggunakan nama Ismail Sabri dikatakan menggunakan 'letter head' Barisan Nasional.
Ismail mendakwa beliau telah mempengerusikan masyuarat dengan MP Barisan Nasional dan telah memuktamadkan sokongan sebulat suara 40 MP Barisan Nasional terhadap kepimpinan Mahiaddin.
Namun Setiausaha Eksekutif Barisan Nasional, Mohamad Sahfri Ab Aziz, telah menyanggah surat yang dikeluarkan itu.
Persoalannya, atas kapasiti apa Ismail mempengerusikan mesyuarat MP Barisan Nasional?
Apa jawatan beliau dalam Barisan Nasional?
Kemudian keluar pula kenyataan yang seakan sama dari Ismail Sabri dengan menggunakan 'letter head' Kerajaan Malaysia.
Sebenarnya bagi Kiah, kira-kiranya cukup mudah, tak payahlah Kiah tulis panjang lebar dalam nie berapa sebenarnya sokongan MP yang Perikatan Nasional ada, pembaca boleh baca di sini:
Bagi Kiah, sebenarnya isu keabsahan Mahiaddin nie senang jer nak selesaikan.
Kalau betul yakin ada majoriti, buat jer undian di Dewan Rakyat, kan orang Jawa selalu cakap, 'action speaks louder than words'.
Tak payah nak keluarkan kenyataan-kenyataan palsu, bila terbongkar, memalukan diri sendiri.
Kepada MP Barisan Nasional, khususnya MP UMNO, peringatan dah diberikan oleh Presiden UMNO semasa PAU 2020 yang lalu.
Kepada Ismail Sabri, Kiah tahu, kalau boleh dia tak nak catit sejarah sebagai TPM paling singkat dalam sejarah tanah air, ye lah baru jer dapat rasa jadi TPM, dah nak kena serah jawatan, silap-silap, gaji TPM pun belum sempat rasa lagi...😂😂😂
Tapi kalau betul-betul yakin Mahiaddin ada sokongan majoriti di Dewan Rakyat, macam yang Kiah katakan, buat jer undi kat Dewan Rakyat, tak payah nak kelam kabut ayam, Maelll...
Comments