Mungkinkah Jho Low Sudah Tidak Ada Lagi?

 


Dari tahun 2018 hingga ke hari ini, sudah 4 kerajaan bertukar ganti dan sudah 4 orang perdana menteri bertukar ganti.

Bermula dari Kerajaan Pakatan Harapan, kemudian bertukar kepada Kerajaan Perikatan nasional, kemudian bertukar kepada Kerajaan Keluarga Malaysia dan hari ini bertukar kepada Kerajaan Perpaduan.

Di samping itu jawatan Ketua Polis Negara juga sudah bertukar sebanyak 4 kali.

Dari Fuzi Harun dari 2017 hingga 2019, kemudian digantikan dengan Hamid Bador dari 2019 hingga 2021, kemudian diganti pula dengan Acyrl Sani dari 2021 hingga 2023 dan terkini Razaruddin Hussain dari 2023 hingga kini.

Namun, usaha untuk membawa pulang penjenayah yang paling dikehendaki, Jho Low, masih lagi gagal.

Mengapa?

The Coverage melapurkan peguam New York dari firma Kobre & Kim, yang mewakili Jho Low, sedang cuba membuat perjanjian dengan kerajaan untuk membeli kebebasannya.

Cadangan itu adalah Jho Low akan menyerahkan $1.5 bilion sebagai balasan untuk pengguguran semua pertuduhan terhadapnya dan pembatalan Notis Merah INTERPOL.

Jumlah itu adalah antara jumlah minimum yang masih tersembunyi daripada pencarian aset global Jho Low.

Ini membayangkan beliau dalam keadaan terdesak untuk keluar dari China.

Tambahan pula dengan ketegasan kerajaan terkini dan terdapat beberapa petunjuk bahawa penguatkuasa Malaysia sudah dapat menghidu lokasi di mana Jho Low berada.

Ini berikutan pengumuman Ketua Polis Negara,Razarudin Husain, akan di bawa pulang ke Malaysia pada bila-bila masa.

Penyerahan diri Jasmine Loo baru-baru ini selepas berjaya melarikan diri dari China mengesahkan lagi keterdesakan Jho Low untuk keluar dari China.

Pada tahun 2018, Sarawak Report melapurkan Jho Low bersembunyi di sebuah rumah agam puncak bukit milik seorang taikun politik.

Besar kemungkinan Jho Low sukar untuk meninggalkan China.

Kelicikan Jho Low



Terdapat banyak sebab mengapa China tidak membenarkan Jho Low meninggalkan negara itu.

Apa lagi memberikan keterangan di mahkamah Malaysia dan kemudian diekstradisi ke Amerika.

Secara ringkasnya, keterangan Jho akan mendedahkan banyak perkara.

Beliau mempunyai maklumat yang dimainkan China dalam pengaliran keluar lebih banyak wang keluar dari Malaysia melalui ECRL dan kontrak saluran paip yang melambung tinggi.

Juga menggunakan syarikat-syarikat China untuk menyalurkan lebihan wang tunai berbilion ringgit kepada beliau, syarikat bersekutu di Kuwait dan di tempat lain.

Bukti ini terdapat dalam penghakiman yang dikeluarkan oleh mahkamah Kuwait terhadap mereka yang bersekutu.

Ianya termasuk anak kepada perdana menteri Kuwait ketika itu yang telah dipenjarakan selama sepuluh tahun kerana peranan mereka dalam urusan itu.

Beijing tidak mahu kegiatan rasuah mereka di Malaysia diperincikan secara langsung dalam mahkamah di barat.

Ini akan membongkarkan bukti usaha Jho di Kuwait tersebar dengan meluas.

Jho Low telah memperdaya pihak berkuasa Kuwait dalam menjelaskan ketibaan berbilion-bilion wang yang dicuri ke dalam akaun bank anak perdana menteri Kuwait.

Naratif palsu yang dibina ialah China sedang melibatkan syarikat pembinaan yang sama bekerja di ECRL (CCCC) untuk menyertai kerajaan China melabur dalam inisiatif Laluan Sutera di Kuwait dengan nilai $8 bilion.

Dalam gaya tipikal Jho Low berjaya melibatkan tokoh-tokoh pertubuhan terkemuka untuk bersekutu dengan penipuan itu.

Duta Besar China dan pegawai-pegawai penting dari Yayasan Laluan Sutera telah dibawa untuk mengambil bahagian dalam upacara yang kelihatan rasmi di Kuwait.

Perjanjian berjaya dilakukan serta pertukaran hadiah untuk memberi kepercayaan kepada keseluruhan urusan.

Antara tokoh yang hadir ialah Xinyuan Liu, anak saudara kepada Presiden China Xi sendiri.

Sebagaimana gambar, yang ditularkan oleh Sarawak Report dan diterbitkan pada 2020.

Kelihatan beliau berjabat tangan dan bergambar dengan kerabat di raja Kuwait.

Kehadiran saudara terdekat Presiden China sebagai rakan sekutu (kemungkinan besar dibayar), Jho Low menjadikannya alat untuk menjayakan rancangan beliau untuk menipu kerajaan dan mencuri berbilion-bilion.

Sumber Sarawak Report memaklumkan, isu tersebut membangkitkan kemarahan pemimpin China terhadap Jho Low.

Implikasinya, Ketua Eksekutif CCCC serta beberapa ahli perniagaan terkemuka telah membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi di China dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pendedahan syarikatnya mengenai perkara ini telah menyumbang kepada keadaan terdesak dalam tindakan nekad tersebut.

Terdapat beberapa kejadian lain di mana Jho Low secara terang-terangan bertindak melampaui batas dalam mengendalikan China.

Antaranya seperti dakwaan terhadap tokoh seperti timbalan pengumpul dana Parti Republik Kebangsaan Elliot Broidy, pelobi Nancy Lum Davies, peguam DOJ George Higgenbotham dan bintang rap Pras Michel semuanya merujuk kepada penipuan beliau bagi pihak perkhidmatan keselamatan China dalam cubaan mempengaruhi pentadbiran Trump untuk bersetuju mengekstradisi ahli perniagaan China yang dikehendaki, Miles Guo.

Miles Guo telah berlindung di AS dan Broidy, sebagai balasan untuk pembayaran wang yang dicuri dari Malaysia, sepatutnya melobi jabatan kehakiman untuk membawanya kembali ke China.

Jho Low didakwa telah bertemu dengan beberapa pegawai keselamatan paling kanan China, mengancam akan melakukan pendedahan yang lebih memalukan China sekiranya dia dihadapkan ke mahkamah AS.

Mereka tidak akan melepaskan Jho Low.

Dia telah 'dihukum mati', kata sumber kepada Sarawak Report.

Bagaimana pun, dakwaan itu tidak dapat disahkan kesahihannya.

Apa yang sahih, selepas kepulangan Jasmine Loo dan seorang lagi sekutu Jho Low, Kee Kock Thiam, pada bulan Mei, ialah Jho Low telah terputus hubungan dengan ramai daripada mereka daripada kumpulan kolaborator Malaysia yang pada asalnya menyertainya sebagai pelarian selepas skandal 1MDB meletup pada 2015.

Akhir-akhir ini, ramai sekutu Jho Low telah ditempatkan dalam sel berasingan di China.

Mereka sudah terputus hubungan antara satu sama lain terutamanya dengan Jho Low. 

Sudah pasti mereka tidak dapat membantu polis Malaysia untuk mengesan Jho Low, atau mengesahkan sama ada dia masih hidup atau tidak.

Pihak  berkuasa Malaysia mesti memberikan perlindungan ketat ke atas Jasmine Loo supaya hidup beliau tidak berakhir seperti Kee Kock Thiam.

Comments

Popular posts from this blog

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan?

Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik

Kesian Penduduk Telok Ayer Tawar, Dapat Calon Penuh Skandal