Al Kesah Tutup Pintu Depan Dan Nasi Ayam Goreng Kunyit


Sejak 1 Jun 2021, sampai ke hari ini sudah masuk hari ke 7, regim Mahiadin umumkan lockdown yang dikatakan total ke seluruh Malaysia.

Baca di sini:


Semua orang tahu, apa tujuan regim Mahiadin umumkan lockdown yang dikatakan total tu, tujuan utama adalah untuk melandaikan lekuk atau pun orang putih kata flatten the curve kes jangkitan baru Covid-19.

Itu pun lepas dapat tekanan dari banyak pihak, terutamanya dari rakyat Malaysia sendiri yang sudah muak dengan SOP setengah masak PKPD, PKP, PKPB dan PKPPP.

Mana tak muak, PKP jer dah sampai PKP 3.0, tak termasuk PKPD< PKPB dan PKPP.


Tapi kes jangkitan baru Covid-19 masih lagi tak menunjukkan tanda-tanda penurunan, malah pada 29 Mei 2021, kes jangkitan baru Covid-19 mencatatkan angka tertinggi 9,020 kes!!!

Mula-mula bila diumumkan total lockdown seluruh negara, rakyat tarik nafas lega sebab akhirnya regim Mahiadin dengar juga desakan rakyat.


Pak Long Mael dengan KP Kementerian Kesihatan di arahkan untuk umumkan keputusan Majlis Keselamatan Negara untuk isytiharkan total lockdown ke seluruh negara.

Tapi yang peliknya, pengumuman dah dibuat tapi rupa-rupanya SOP untuk total lockdown masih lagi kelabu asap.

Dah tentulah rakyat terpinga-pinga, masa lockdown yang dikatakan tiotal tu, SOP mana satu yang nak ikut!!!

Tak masuk lagi pertindihan kawasan-kawasan yang dah diisytiharkan PKPD, nak ikut SOP PKPD atau SOP lockdown yang dikatakan total tu?

Rakyat membayangkan, bila mula jer lockdown yang dikatakan total tu, sekurang-kurangnya macam PKP 1.0 dulu, tak akan ada lagi kenderaan di jalanraya atau hampir kesemua sektor ekonomi akan ditutup kecuali sektor ekonomi yang penting atau orang putih kata essential services.

Tapi bila bermulanya lockdown yang dikatakan total nie, jalanraya tetap sesak macam biasa. 

Dan yang paling Makcik Kiah tak boleh nak brain, sektor industri dan pembuatan yang menjadi penyumbang terbesar penularan Covid-19, kebanyakannya dibenarkan beroperasi macam biasa!!!

Kebanyakannya tu secara logik tak termasuk dalam essential services!!!

Bayangkan, kilang buat topi keledar pun masih boleh beroperasi!!!

Baca di sini:



Tu tak termasuk kilang elektronik, kilang permainan dan macam-macam kilang lagi.

Dah lah mula-mula kita terkejut bila kilang Carlsberg dibenarkan beroperasi masa lockdown yang dikatakan total nie!!!

Baca di sini:


Datang lagi satu kejutan bila didedahkan sebanyak 95,142 syarikat dibenarkan oleh Menteri Kanan paling kanan untuk beroperasi.

Baca di sini:


Bila ramai yang bising, ingatkan Menteri Kanan paling kanan akan arahkan Kementerian MITI untuk semak semula, tapi rupa-rupanya makin bertambah, dari 95,142 syarikat yang dibenarkan beroperasi pada awalnya, naik kepada 128,150 syarikat yang dibenarkan beroperasi.

Baca di sini:


Ini akan membuatkan lebih dari 1.57 juta perkerja berulang alik dari rumah ke tempat kerja!!!

Pak Long Mael umumkan hanya syarikat yang berkaitan essential services jer dibenarkan beroperasi, tapi Menteri MITI bagi kebenaran 128,150 syarikat beroperasi.

Apakah kesemua 128,150 syarikat tu benar-benar termasuk dalam essential services?

Kalau dah 1.57 perkerja dibenarkan keluar, baik tak payah buat lockdown yang dikatakan total nie!!!

Apa sebenarnya yang terjadi?

Pak Long Mael dalam satu hantaran di medsos memberi gambaran seolah-olah beliau berasa cukup kecewa dengan sikap Menteri Kanan paling kanan tu.

Tapi Menteri MITI tu jawab, semua keputusan dalam kabinet dibuat selepas mendapat persetujuan semua menteri.

Tular pula cerita yang dalam mesyuarat kabinet, keadaan menjadi sangat tegang akibat perselisihan antara Menteri Kanan paling kanan dengan Pak Long Mael.

Baca di sini:


Lepas tu Pak Long Mael buat lagi satu hantaran yang ada perkataan kunyit, seolah-olah menyindir untuk melepaskan geram pada menteri yang pernah terpalit dengan skandal kunyit tu.


Ekoran dari itu, satu petisyen yang mahukan sama ada Azmin dipecat atau berundur telah dapat sokongan dari lebih dari 100,000 orang rakyat Malaysia.

Kemarahan orang ramai berasas.

Ternyata tindakan Menteri Kanan paling kanan MITI telah menyebabkan penularan wabak Covid-19 menjadi semakin tidak terkawal.

Dalam masa 3 hari lockdown yang dikatakan total nie, 59% kluster baharu datangnya dari tempat kerja.

Baca di sini:


Persoalannya, kalau Tajuddin Rahman dipecat dalam masa 24 jam hanya kerana bersikap tidak wajar di hadapan wartawan dan setelah mendapat 61,000 petisyen dari rakyat Malaysia supaya tindakan diambil ke atas beliau.

Baca di sini:


Apakah Mahiadin berani ambil tindakan yang sama terhadap Azmin yang melakukan kesalahan yang jauh lebih besar dan mendapat petisyen hampir 150,000 orang rakyat Malaysia yang mahu beliau letak jawatan!!!

Kalau Mahiadin masih lagi berdiam diri, maka rakyat Malaysia harus bersedia untuk hadapi kehidupan berisiko dijangkiti Covid-19 untuk tempuh yang lebih panjang lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan?

Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik

Kesian Penduduk Telok Ayer Tawar, Dapat Calon Penuh Skandal