Surat Perjanjian Ismail Sabri & Muhyiddin Terdedah

 


Surat Perjanjian Ismail Sabri & Muhyiddin Terdedah

Demi untuk memenuhi cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaacob, sanggup membelakangkan parti UMNO.

Di awal perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri, tanpa restu dari UMNO, Ismail Sabri menandatangani MoU bersama PH.

MoU yang ditandatangani itu diibaratkan oleh Presiden UMNO, DS Zahid, ibarat mengajak musuh untuk tidur bersama.

Baca di sini:

https://malaysiadateline.com/ph-tandatangan-mou-ada-muslihat-mahu-hancurkan-umno-bn-kata-zahid/

Apa yang dikatakan oleh DS Zahid sudah nampak jelas kebenarannya.

MoU tersebut langsung tidak memberikan apa-apa kebaikan kepada Ismail Sabri dan UMNO.

Ia hanya mengikat Ismail Sabri dari membubarkan parlimen dengan alasan terikat dengan MoU.

Tetapi pihak PH bebas mengaibkan kerajaan apabila kali pertama dalam sejarah, usul yang dibawa oleh kerajaan ditolak di parlimen.



Kini terbongkar pula surat perjanjian yang ditandatangani oleh Ismail Sabri dengan Muhyiddin sebelum dilantik sebagai Perdana Menteri.

Surat yang didedahkan oleh Raja Petra Kamaruddin (RPK), jelas menunjukkan perjanjian telah dibuat oleh Ismail Sabri dan Muhyiddin.

Baca di sini:

https://www.facebook.com/100815789044262/posts/pfbid02LAdKb8oQkeJxosb5EJzH6wM6uT1AFx2Eg2GUgDLYYNKoRmAFRN7wRhncBbs8TNKPl/

Apa yang menjadi persoalan ialah:

  1. Apakah perjanjian yang dibuat sudah dirujuk kepada kepimpinan UMNO sebelum ditandatangani?
  2. Apakah kandungan perjanjian di dalam mukasurat 2,3,4,5 dan 6 dalam perjanjian tersebut?
  3. Mengapakah pihak yang membayar RPK tidak membenarkan beliau mendedahkan isi kandungan mukasurat 2,3,4,5 dan 6?
  4. Bagaimana seorang Naib Presiden UMNO boleh memperalatkan parti hanya kerana kepentingan peribadi?

Siapa Ismail Sabri hingga merasakan dirinya layak untuk memperalatkan perjuangan 3.7 juta akar umbi UMNO?

UMNO bukan milik eksklusif Ismail Sabri tetapi UMNO adalah milik 3.7 akar umbi di seluruh negara.

Ismail Sabri perlu segera mendedahkan apa isi kandungan perjanjian tersebut dan sama ada ianya sudah mendapat restu MKT UMNO!!!

 

Comments

Popular posts from this blog

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan?

Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik

Kesian Penduduk Telok Ayer Tawar, Dapat Calon Penuh Skandal