Cuba kita bayangkan, selepas kita bercakap, bukan sahaja orang tak percaya dengan apa yang kita cakap, tapi kita ditertawakan, malah, kita dikecam. Cuba pula kita bayangkan, bila kita sangat-sangat berkeinginan kepada sesuatu, selepas berbagai usaha kita lakukan, tapi kita masih gagal untuk memilikinya. Lebih teruk lagi bila ianya telah pun kita miliki, tetapi, atas kesilapan sendiri, segala-galanya hilang sebelum puas kita nikmati. Cuba bayangkan yang ini pula, seseorang yang sangat kita benci, dengan dendam yang penuh kesumat di dalam hati, tetapi orang itu mendapat pujian dan menjadi sebutan orang ramai. Bagaimana agaknya untuk kita lalui semua itu dalam kehidupan kita? Bagi Makcik Kiah, satu dari salah tiga keadaan itu dah cukup menyeksakan, apa lagi kalau ketiga-tiganya berlaku secara serentak. Tapi, itulah yang sedang dilalui oleh manusia yang bernama Mahathir bin Mohammed. Dahulu beliau disanjung, malah dianggap sebagai penyelamat Malaysia. Tetapi kini, apa sahaja yang beliau ka...
Comments