Regim Mahiaddin Cipta Krisis Perlembagaan Terburuk Dalam Sejarah Malaysia, Cuba Letakkan Kesalahan Pada SPB YDP Agung?
Pertama kali dalam sejarah Malaysia sejak negara kita mencapai kemerdekaan, seorang Ahli Parlimen yang diberikan mandat oleh rakyat dan bertaraf Menteri yang memegang potfolio Undang Undang & Hal Ehwal Parlimen mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat. Nama Takiyudin Hassan akan terpahat dalam sejarah Malaysia sebagai seorang Ahli Parlimen yang bertaraf menteri melakukan perbuatan yang amat tidak berpelembagaan itu. Dalam satu kenyataan yang Takiyudin keluarkan semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada 26 Julai 2021, beliau dengan yakin menyatakan, dalam satu mesyuarat kabinet pada 21 Julai 2021, kerajaan telah mengambil keputusan untuk mengungkai 6 ordinan darurat berkuatkuasa pada hari yang sama. Kenyataan Takiyudin telah menjadi kejutan bukan sahaja di dalam Dewan Rakyat, malah selruh negara juga turut terkejut. Tidak setakat itu, sama ada Takiyudin sedar atau tidak, beliau secara lansung telah mengheret Institusi YDP Agung ke dalam krisis p...