Sistem Kesihatan Malaysia Hampir Runtuh, Kasihanilah Kita Kepada Frontliners Yang Semakin Lumpuh


Kes jangkitan baru Covid-19 di Malaysia sudah hampir mencatatkan angka 5 digit.


Setakat ini, kes jangkitan Covid-19 tertinggi yang dilapurkan adalah pada 29 Mei 2021 dengan 9,020 kes baharu dan sebanyak 98 kes kematian untuk tempuh 24 jam.


Kecuali Negeri Perlis dan Putrajaya, lain-lain negeri dalam Malaysia semuanya mencatatkan angka jangkitan kes baharu sebanyak 3 digit, malah ada yang mencatatkan 4 digit.

Makcik Kiah ambil lapuran Covid-19 bertarikh 29 Mei 2021, yang dilapurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana pada hari ituangka-angka yang dilapurkan memberitahu betapa sekiranya sesuatu tindakan tegas dan tuntas tidak diambil dengan segera oleh kerajaan dan rakyat Malaysia, kita mungkin akan hilang segala-galanya yang kita sayangi di bumi tercinta ini.


Malah Amir Hijaz, di dalam live Facebook beliau memberitahu, Biro Siasatan Kewartanan atau Beurau Investigative Journalism menganalisa data yang diperolehi dari Clinton Health Access Initiative (CHAI), mendapati Malaysia adalah antara negara yang berpotensi akan runtuh sistem kesihatannya akibat dari serangan wabak pandemik Covid-19.

Tapi apa yang Makcik Kiah perhatikan, di sebalik amaran melalui analisa badan antarabangsa dan juga data-data yang KKM keluarkan, masih ada lagi segelintir rakyat Malaysia seolah-olah merasakan wabak pandemik Covid-19 nie cuma main-main.

Mungkin bagi mereka, wabak pandemik Covid-19 nie macam budak-budak main pondok-pondok, dah penat main, sebala-galanya habis begitu saja atau macam orang yang tengah bermimpi, bila celik mata, segala-galanya settle!!!

Kerajaan pun satu hal juga, beriya-iya umumkan kononnya mulai 1 Jun 2021, total lockdown akan dilaksanakan ke seluruh negara.

Ingatkan bila total lockdown, semua makhluk yang merasakan dirinya manusia WAJIB duduk dalam rumah dan semua sektor ekonomi dan sosial akan ditutup sepenuhnya.

Rupa-rupanya ada pulak pengecualian.

Cuba baca SOP lockdown yang diwar-warkan total tu.

Baca di sini :



Makcik Kiah nak tanya, apa bezanya SOP tu dengan SOP PKP 1.0 dulu?


Reuters melaporkan, Kerajaan Malaysia membenarkan kebanyakan sektor industri dan pembuatan beroperasi ketika lockdown yang dikatakan total tu!!!

Baca di sini:


Makcik Kiah rasa pelik, kenapa sektor industri yang menjadi penyumbang utama penularan wabak pandemik Covid-19 dibenarkan beroperasi?

Kita pernah gagal dalam PKP 1.0 dan PKP 2.0 sebab terlalu tunduk kepada kehendak Menteri MITI yang terlalu menjaga kepentingan kapitalis.

Baca di sini:


Malah mantan Perdana Menteri, DS Najib, sendiri pernah mengingatkan supaya SOP lockdown yang dikatakan total nie tak diserahkan sepenuhnya kepada Menteri Kanan paling kanan yang menjaga MITI.


Apakah kita mahu mengulangi kegagalan yang pernah kita alami sebelum ini?

Gagal dalam PKP 1.0 dan PKP 2.0, keadaan Covid-19 di Malaysia masih lagi tidak terlalu kritikal, tetapi kalau kita gagal kali ini, keseluruhan sistem kesihatan negara akan runtuh!!!

Yang akan menerima kesan buruknya adalah rakyat!!!

Orang ramai pun satu hal juga.

Bila dah diumumkan lockdown yang dikatakan total nie, duduklah ontok-ontok kat rumah.


Yang menggelitat tak tentu arah nak balik kampung tu per hal!!!

Korang tak kesian ker pada mak bapak, sedara mara korang kat kampung tu?


Korang tenguk video klip kat atas nie sampai habis, biar bersambung sikit sel-sel otak korang tu!!!

Nak ker perkara yang sama jadi pada famili korang???

Makcik Kiah minta pada korang semua, sebelum korang buat keputusan kepala batu korang untuk balik kampung, korang renunglah gambar ayah dengan ibu korang kat kampunt tu, renung wajah isteri dengan anak-anak korang kat rumah tu, bolehkah korang terima kalau ditakdirkan korang kehilangan anak bini korang, kehilangan mak bapak korang kat kampung sebab dijangkiti Covid-19 semata-mata sebab perangai kepala batu korang tu?

Kesianlah pada frontliliner yang dah hampir nak collapse.

Frontliners kita pun ada mak bapak, ada kampung halaman, ye lah, frontliners kita bukan anak buloh betong.

Tapi frontliners kita korbankan perasaan rindu nak balik kampung, perasaan rindu pada keluarga, sanak saudara dan mak bapak dia orang semata-mata sebab nak lawan Covid-19 nie!!!



Dengarkanlah luahan hati dari frontliners kita yang bertungkus lumus siang malam, pagi petang untuk memerangi Covid-19.

Kalau regim Mahiadin tak pedulikan nasib rakyat dengan mengulangi SOP yang dah ternyata gagal, biarlah mereka jawab dengan Allah SWT nanti, tapi Makcik Kiah merayu semua rakyat Malaysia, sama-samalah kita bantu frontliners kita yang sudah semakin lumpuh, jangan biarkan mereka keseorangan dalam peperangan ini, jangan biarkan mereka rebah kerana kalau mereka rebah, akan runtuhlah sistem kesihatan negara kita secara total.

Comments

Popular posts from this blog

Ada Cerita Yang Lebih Panas Di Sebalik Kartel JMB

Surat Perjanjian Ismail Sabri & Muhyiddin Terdedah

PRN Johor: Tawaran Syed Saddiq Pada Anak Muda!!!