Tak Tahan Di Tekan, Zafrul Meroyan

 

Tak Tahan Di Tekan, Zafrul Meroyan

Banker will always be a banker.

Perkataan kesian, simpati dan prihatin tidak ada langsung dalam kamus hidup seorang banker yang bernama Tengku Zafrul.

A minister without a soul.

Itulah perkataan yang sangat tepat kepada Menteri Kewangan, Tengku Zafrul.

Tak tahan ditekan oleh pelbagai pihak, Tengku Zafrul mula meroyan.

Menyalahkan pihak yang mendesak supaya kerajaan membenarkan pengeluaran duit KWSP bagi yang layak buat kali terakhir.

Kita mendesak pengeluaran KWSP bukan sahaja kerana penderitaan rakyat akibat dari bencana banjir.

Tetapi juga kerana kehidupan berpuloh ribu rakyat kini ibarat telur di hujung tanduk.

Isu yang sama pernah diulas portal Edisi Siasat.

Rakyat bukan meminta bantuan tambahan dari kerajaan.

Rakyat hanya mahu mengeluarkan duit simpanan mereka sendiri.

Ibarat seorang yang benar-benar berada dalam kesusahan dan beliau mempunyai simpanan berpuloh ribu di dalam bank.

Beliau pergi ke bank, untuk mengeluarkan simpanan supaya dapat digunakan bagi meneruskan kehidupan.

Tetapi pihak bank memberikan pelbagai alasan untuk tidak membenarkan pengeluaran dibuat.

Apabila penyimpan marah, pihak bank kemukakan pula cadangan yang tidak masuk akal.

"Kalau encik dalam kesusahan, kami sedia membantu, encik boleh membuat pinjaman peribadi tanpa faedah dan encik tidak perlu buat".

Memang benar pinjaman itu tanpa faedah dan selama 6 bulan pertama tidak perlu membuat bayaran, tetapi:

  • Hutang tetap hutang dan wajib dibayar sehingga habis, bagaimana kalau selepas 6 bulan peminjam masih gagal mendapat punca pendapatan yang tetap?
  • Simpanan adalah untuk digunakan ketika susah, kalau simpanan ada berpuloh ribu, apa perlunya menambah hutang?
  • Bank akan tetap memerlukan bukti pendapatan untuk meluluskan pinjaman, bagaimana dengan mereka yang berkerja sendiri?
Apakah muslihat sebenar Tengku Zafrul mempertahankan keputusan tidak membenarkan pengeluaran KWSP?

Adakah kerana KWSP kini sudah kekurangan 'cash flow'?

Itu adalah alasan yang tidak logik kerana setiap bulan KWSP menerima berjuta ringgit caruman baharu dari pekerja.

Alasan lebih 50% pencarum KWSP mempunyai simpanan di bawah paras RM10000 juga adalah tidak logik.

Rakyat meminta pengeluaran RM10000 hanya kepada yang layak, kalau benar ada pencarum yang baki akaunnya kurang RM10000, benarkan mereka keluar mengikut jumlah yang layak sahaja.

Kalau layak RM5000, benarkan RM5000 dan rakyat juga tidaklah dangkal sangat pengetahuan mereka.

Kalau mereka tahu simpanan mereka kurang RM10000, mustahil mereka akan mohon pengeluaran RM10000!!!

Alasan simpanan KWSP adalah untuk hari tua juga tidak boleh diterima akal.

Pencarum yang sudah berusia 40 tahun ke atas yang sudah berkerja sekurang-kurangnya 15 tahun, mustahil simpanan mereka di bawah paras RM10000.

Pengiraan yang cukup mudah, kalau jumlah caruman pekerja dan majikan untuk sebulan adalah RM250 (mengikut gaji minimum RM1200), setahun simpanan mereka ialah RM3000.

15 tahun bekerja sudah RM45000, itu tidak mengambil kira kenaikan gaji tahunan serta dividen yang KWSP beri setiap tahun.

Kalau pun sudah buat dua kali pengeluaran melalui i-Sinar dan i-Cita, RM10000 setiap pengeluaran, masih ada berbaki RM25000!!!

Dan mereka mempunyai baki 20 tahun untuk berkerja.

Jadi apa masalahnya?

Ada pula teori yang mengatakan keenggenan membenarkan pengeluaran simpanan KWSP, adalah kerana ianya datang dari idea DS Najib dan disokong oleh UMNO.

Kini Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim juga sudah senada.

Paling tidak boleh diterima apabila Tengku Zafrul membuat kenyataan kononnya pihak yang mendesak pengeluaran KWSP sebagai penghasut rakyat.

Inilah yang dikatakan orang, kalau sudah lemas, tahi pun disangkakan pelampong!!!

Kalau pun benar mereka adalah penghasut rakyat, namun mereka jauh lebih mulia dari Tengku Zafrul yang langsung tidak ada hati perut terhadap rakyat.

Mereka hasut rakyat kerana mereka simpati dengan keadaan rakyat tapi Tengku Zafrul butakan mata dan pekakkan telinga ke atas penderitaan rakyat!!!

Tapi seperti yang dikatakan, a banker will always be a banker and cannot be a minister!!!

Comments

Popular posts from this blog

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan?

Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik

Kesian Penduduk Telok Ayer Tawar, Dapat Calon Penuh Skandal