Pelan 5G DNB: Jika U-Turn, Lagi Pelabur Lari...

PELAN 5G DNB: JIKA U-TURN, LAGI PELABUR LARI ....


Digital Nasional Berhad (DNB) adalah anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan (Diperbadankan) dan telah diberi mandat untuk membangunkan infrastruktur dan rangkaian 5G ke seluruh negara.

DNB akan membolehkan keupayaan utama 5G iaitu Jalur Lebar Mudah Alih yang Dipertingkatkan (Enhanced Mobile Broadband atau eMBB).

Komunikasi Jenis Mesin Besar (Massive Machine Type Communication atau mMTC), Komunikasi Latensi Rendah Kebolehpercayaan Tinggi (Ultra-Reliable Low-Latency Communication atau uRLLC) dan Pembahagian Rangkaian (Network Slicing).

Dana yang digunakan oleh DNB bersama Ericsson adalah dari sumber pelaburan yang tidak menggunakan dana kerajaan. 

Ini bermakna, Kerajaan Malaysia tidak menanggung sebarang risiko sekiranya berlaku keilatan pada projek ini. 

Kita belajar dari kegagalan projek 1MDB.

DNB Membuka Peluang Baharu Pekerjaan

PELAN 5G DNB: JIKA U-TURN, LAGI PELABUR LARI ....


Dengan senarai teknologi baharu yang diperkenal DNB, projek ini memerlukan sumber tenaga manusia secara mega sehingga 750,000 pekerjaan baru menjelang tahun 2030.

Menurut Statistik Tenaga Buruh Malaysia, bilangan bilangan penganggur di Malaysia adalah seramai 772,900 orang sejak Perintah Kawalan Pergerakan mula dilonggarkan. 

Negara menjangkakan projek DNB ini mampu menyelesaikan isu pengangguran yang berlaku akibat pandemik COVID-19.

Peluang pekerjaan bagi tenaga buruh pakar baru dan perpindahan tenaga kerja dapat berkembang  dengan pelan yang disediakan DNB. 

Penawaran tinggi ini akan menarik pelaburan teknologi asing untuk bersama mempergiat pembangunan teknologi 5G di Malaysia tanpa mengabaikan kepentingan masyarakat. 

Ini sekaligus mewujudkan potensi peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan nilai anggaran RM150 bilion. 

DNB melunaskan lonjakan kepada KDNK jangka panjang dan peluang pekerjaan, manfaat sosio ekonomi yang lain. 

Syarikat Bumiputera

PELAN 5G DNB: JIKA U-TURN, LAGI PELABUR LARI ....


Seperti sedia maklum, DNB akan melantik syarikat bumiputra sebagai pembangun lapisan kedua atau ‘subcon’ dalam penyediaan infrastruktur 5G. 

Ini dapat membantu syarikat tempatan untuk terlibat sama dalam projek mega ini.

Tambahan pula,  projek DNB ini mampu merangsang permintaan ke atas rantaian bekalan sektor pembekalan barangan, teknologi dan logistik milik syarikat tempatan.

Beberapa industri utama telah dikenal pasti oleh DNB sebagai pengguna awal 5G seperti minyak dan gas, pelabuhan, pelancongan, pendidikan, penjagaan, kesihatan, pertanian, pembuatan, peruncitan serta tenaga dan utiliti.

Pihak-pihak berkepentingan ini termasuklah Ericsson, penyedia perkakasan rangkaian (network equipment provider atau NEP), pengendali rangkaian mudah alih (mobile network operators atau MNO) dan lain-lain pemegang lesen, pemilik tapak, penyedia fiber optik, penyedia kuasa elektrik dan utiliti, serta institusi kewangan.

Malah, pembangunan teknologi baharu ini dikongsi oleh perbadanan DNB bersama syarikat operasi lain seperti TELCO sedia ada untuk peluasan capaian guna pada masa akan datang.

DNB Memenuhi Hak Rakyat untuk Akses Teknologi 5G

PELAN 5G DNB: JIKA U-TURN, LAGI PELABUR LARI ....


DNB akan menjadikan 5G sebagai utiliti asas. Tambahan dari itu, DNB akan memudahkan pelaksanaan akses tanpa wayar tetap (Fixed Wireless Access atau FWA) terutama untuk kawasan desa dan pedalaman negara.

Dengan teknologi FWA, DNB akan dapat memperluas liputan 5G ke rumah dan perniagaan ke kawasan di mana penggunaan fiber tidak dapat dilaksanakan.

Ini akan meningkatkan inklusiviti digital, yang membolehkan masyarakat desa turut serta dalam memanfaatkan ekonomi digital Malaysia yang sedang berkembang.

Seperti syarikat utili air dan elektrik, DNB akan menyediakan perkhidmatan 5G kepada seluruh negara. Ia berbeza dengan orientasi teknologi 4G yang diberikan oleh syarikat TELCO lain yang berorientasikan keuntungan dan kepadatan penduduk. 

DNB Memulihkan Krisis Pelaburan

PELAN 5G DNB: JIKA U-TURN, LAGI PELABUR LARI ....

Kerisauan masyarakat terhadap kekurangan Pelaburan Langsung Asing (FDI) akan dipulihkan dengan kejayaan DNB meneroka ruang teknologi baru 5G. 

Negara sudah terpalit dengan lumpur keraguan pelabur bila kerajaan lalu sudah membatalkan pelbagai projek gergasi seperti ECRL, MRT 2 dan MRT 3 walaupun di dalam sektor yang berbeza.

Sebelum lumpur ini melemaskan nafas ekonomi, ini adalah masa yang terbaik untuk DNB memulihkan keyakinan pelabur dan memulihkan imej negara tanpa melengahkan lagi pembangunan yang jelas memberi manfaat kepada masyarakat dan industri. 

Desas-desus yang mengatakan bahwa projek ini akan ditender semula mengikut persempadanan adalah tidak wajar. 

Kerajaan tidak perlu tunduk kepada tekanan TELCO yang selama ini mengecewakan pengguna. 

Berapa ramai pelabur asing telah lari meninggalkan Malaysia lantas beralih ke Indonesia dan Singapura? Hyundai, IBM, Shell, CitiGroup, Toyota Motorcorp, TESLA, SpaceX, dan UAE Investment membuat keputusan besar meninggalkan Malaysia.

Adakah kita masih berani dengan tindakan flip-flop kita?

Apa yang lebih penting, projek mega 5G tidak boleh dilihat sebagai kebun yang subur untuk menuai laba oleh pihak-pihak yang tamak haloba.

Indonesia sudah jauh meninggalkan kita dari sudut pembangunan dan ekonomi.

Mereka bakal menjadi kuasa ke 6 ekonomi dunia.

Indonesia juga sama seperti Malaysia, dilanda wabak Covid-19, tetapi selepas itu mereka bangkit dengan cepat.

Sedangkan kita masih lagi terkial-kial mencari rentak.

Jangan diteruskan dasar flip flop Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional hanya kerana diri sendiri atau kroni tidak mendapat laba yang secukupnya, maka projek mega rakyat dibatalkan!!!


Sumber: Pak Ajis Mohamad

Comments

Popular posts from this blog

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan?

Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik

Kesian Penduduk Telok Ayer Tawar, Dapat Calon Penuh Skandal