Orang Cina Mula Tolak DAP, MCA Pula Tidur Lena

 

Orang Cina Mula Tolak DAP, MCA Pula Tidur Lena

Makcik Kiah tertarik dengan ulasan yang dibuat oleh penulis portal My News Online.

Dalam penulisan yang bertajuk ' Masyarakat Cina Mula Persoal Politik DAP', penulis bawakan beberapa hujah yang menyokong penulisan beliau.

Antaranya:

  • Keputusan di 2 Pilihanraya Negeri yang memberikan tamparan hebat kepada DAP.
  • Ahli perniagaan sudah mula “fed up” dengn pendirian DAP yang merugikan ahli perniagaan.
Makcik Kiah setuju dengan apa yang dituliskan oleh penulis tersebut.

Bagi Makcik Kiah, kalau DAP masih merasakan pengaruh mereka masih lagi kuat ke atas masyarakat Cina, Makcik Kiah ucapkan good luck kepada DAP dalam PRU 15.

Dalam Malaysia kita ada beberapa parti Cina yang mempunyai pengaruh yang agak kuat ke atas masyarakat Cina.

DAP dan seteru tradisi politik mereka, MCA.

Manakala Gerakan pula ibarat hidup segan mati tak mahu.

Parti Cinta Malaysia (PCM) pula, dilihat semakin mendapat sambutan dari masyarakat Cina.

Kalau nak diikutkan dari sudut 'timing', inilah masa keemasan kepada MCA untuk kembali mendapat sokongan masyarakat Cina.

Aliran sokongan politik masyarakat Cina biasanya dipengaruhi kuat oleh golongan peniaga Cina.

Sekiranya golongan peniaga Cina cenderung memberikan sokongan kepada DAP, maka sokongan majoriti masyarakat Cina akan pergi kepada DAP.

Dan sekiranya sokongan cenderung kepada MCA, maka sokongan masyarakat Cina akan cenderung kepada MCA.

Bagi golongan peniaga Cina, mereka tidak peduli siapa yang memerintah, mereka tidak ambil tahu siapa yang akan menjadi Perdana Menteri.

Apa yang menjadi keutamaan mereka ialah keadaan politik dan ekonomi yang stabil, di mana mereka dapat berniaga dengan selesa.

DAP sudah diberi peluang untuk menjadi kerajaan selepas PRU 14 yang lalu.

Tetapi kerakusan kepada harta dan kuasa selama 22 bulan menjadi kerajaan telah menelanjangkan sikap sebenar DAP kepada golongan peniaga Cina.

DAP cuba menjadi hero anti rasuah, tetapi pemimpin utama DAP sendiri menghadapi kes rasuah di mahkamah dan pengguguran kes yang lagi satu masih menimbulkan tandatanya.

DAP cuba menonjolkan watak hero pemimpin yang berkahlak, tetapi kes rogol amah yang dihadapi oleh pemimpin DAP telah membuka mata mereka.

DAP cuba memainkan watak hero demokrasi, sesuai dengan nama Democratic Action Party, tetapi penglibatan beberapa pemimpin utama DAP dengan pengganas LTTE telah menafikan watak hero mereka.

Ini semua membuka mata dan telinga masyarakat peniaga Cina dan pengundi Cina.

Kini mereka sedar, semua ucapan hero anti rasuah, hero pemimpin berakhlak dan hero demokrasi hanyalah sekadar retorik politik DAP untuk mendapatkan populariti dan sokongan pengundi.

Jelas, DAP kini berhadapan dengan krisis keyakinan pengundi Cina yang kronik.

Hilangnya kepercayaan dan keyakinan masyarakat Cina terhadap DAP sebenarnya membuka peluang dan ruang yang cukup luas kepada MCA untuk mengisi kekosongan itu.

Sama ada peniaga Cina atau pengundi Cina sedar, mereka peelukan sebuah parti untuk perjuangkan nasib mereka.

Inilah masa yang terbaik bagi MCA mengisi kekosongan itu.

Sekutu MCA dalam BN, terutamanya UMNO pasti mahu melihat MCA menumbangkan DAP di kubu kuat mereka seperti di Jinjang, Bagan, Serdang dan sebagainya.

Namun, MCA mesti memulakan langkah pro aktif mulai dari sekarang.

Tidaklah nanti dalam PRU 15, MCA sibuk menagih simpati UMNO untuk mendapatkan tempat di Parlimen seperti di Ayer Hitam dan Tg Piai.

Bangunlah, dah lama sangat lena...

Comments

Popular posts from this blog

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan?

Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik

Kesian Penduduk Telok Ayer Tawar, Dapat Calon Penuh Skandal