Faizal Azumu Ke Dubai Untuk Game Changer Di Putrajaya?
Tak pasti apa tujuan Peja ke Dubai.
Tapi kalau tak ada urusan penting, tak mungkin Peja sanggup tinggalkan rakyat yang 'beliau cintai' dalam keadaan susah.
Mesti ada urusan yang tersangat penting yang buatkan Peja ke Dubai.
Bagi Makcik Kiah, Peja nie memang licik orangnya.
Untuk tutup cerita pergi ke Dubai, Peja dah sediakan skrip yang cukup cantik.
Mula-mula Peja dengan muka selamba buat majlis Pelancaran Skuad Sukarelawan Pasca Banjir KBS.
Mungkin kerana tak tahu niat sebenar Peja, tumpuan netizen dan rakyat bertumpu untuk kritik Peja.
Mungkin ramai tak perasan, yang dilancarkan itu adalah skuad sukarelawan 'pasca' banjir, tapi majlis dibuat ketika banjir baru hendak mencapai ke tahap klimaks.
Kenapa tak lancar skuad sukarelawan membantu mangsa banjir?
Sebenarnya, majlis itu cuma 'decoy' jer.
Dan Peja berpura-pura menerima teguran DS Najib dengan hati terbuka.
Belum reda kemarahan rakyat, budak-budak Peja di KBS sengaja cipta isu baharu.
Gambar orang kampung yang sedang cuci selut banjir, dia orang 'claim' kononnya itu adalah sukarelawan dari KBS.
Bila rakyat mengamuk, tak ada pula Peja keluarkan sebarang kenyataan.
Sebab apa?
Sebab ketika itu Peja sudah dalam perjalanan ke Dubai!!!
Apakah Peja ada urusan rasmi di Dubai atau Peja berjumpa dengan 'orang penting' di Dubai?
Siapa orang penting itu?
Adakah orang itu ialah orang yang telah meletakkan adik kepada seorang bekas menteri berkerja di Dubai?
Lagi menarik, maklumat memaklumkan, Mukhriz juga sudah bertolak ke London dari Langkawi.
Tak masih belum cukup, ada lagi yang akan sambut 'Krismas' di London!!!
Melengkapkan skrip yang disusun, Dr Mahathir pula secara tiba-tiba 'discharged' dari IJN semalam (23 Disember 2021).
Dr Mahathir tak nak pergi ke Londonkah?
Nanti tak cukup korum!!!
Kalau betul, kenapa Peja transit di Dubai dan tidak terus ke London?
Sebab yang pertama, orang penting itu ada di Dubai sekarang ini, atas urusan rasmi.
Sebab kedua, skrip dah tak cantik kalau Peja ke London, Mukhriz ke London, Dr Mahathir ke London dan 'orang penting tu ke London.
Persoalannya, kenapa mereka semua berjumpa, apa agaknya yang mereka bincangkan atau rancangkan?
Ingat lagi tak, DS Najib pernah beri amaran kepada Ismail Sabri supaya berhati-hati kerana ada usaha untuk menjatuhkan beliau sedang berjalan.
Dan kena ingat, individu yang akan berkumpul di London semuanya adalah pakar 'game changer'.
Dr Mahathir tak payah ceritalah, sudah berapa PM yang tumbang.
Peja juga sudah terbukti kepakaran beliau.
Ingat lagi sebelum PRU 14, Peja sudah adakan perjanjian dengan beberapa pemimpin UMNO supaya sokong beliau sebagai Menteri Besar Perak.
Jadi, walau pun pada awalnya BN menang, tapi sebab 2 ADUN bertukar jadi katak, akhirnya kerajaan bertukar tangan dan Peja jadi Menteri Besar Perak.
Ketereh memang dari dulu, kini dan selamanya lalang.
H2O memang dah lama mengidam nak jadi PM, tak dapat jadi PM, jadi TPM pun ok bagi dia.
Ingat lagi tak, macam mana Bang Non secara terbuka 'sound' Sembrong dalam Parlimen.
Jadi semua musang, katak dan 'war lord' akan berkumpul di London.
Mesti ada sesuatu yang sedang dirancang.
Takkan berkumpul sebab nak tengok bola koottt...
Rakyat tengah susah, kau orang sibuk nak rebut kuasa.
Patutlah urusan membantu mangsa banjir simpang peranang.
Nasib baik ada ATM yang nampak betul-betul komited dan cekap bantu mangsa banjir!!!
Apa pun, jaga-jaga Pak Long, takut nanti tergelincir dengan rekod baru.
Kawan ingatkan jer...
Comments