Isu RM13 Juta MBI Kedah: Duit Rakyat Di Gunakan Untuk Pelaburan, Keuntungan Milik Siapa?

 


Dalam menjawab pendedahan dana milik Menteri Besar Incorperated (MBI), sebanyak RM13 juta ke sebuah akaun di luar negara yang dibuat oleh Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, mantan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir, menjelaskan ianya mungkin berkaitan pelaburan dalam sebuah syarikat bio-teknologi yang terbabit menjalankan penyelidikan rawatan kanser.

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/28/wang-rm13-juta-mungkin-dipindah-bagi-penyelidikan-kanser-kata-mukhriz/

Kalau dibaca penjelasan dari Mukhriz, memang tidak ada apa-apa penyelewengan atau salah guna kuasa apabila dana sebesar RM13 juta itu dilaburkan untuk penyelidikan rawatan kanser.

Tetapi Mukhriz juga mesti berikan penjelasan, syarikat bio-teknologi mana yang mendapat dana RM13 juta bagi tujuan penyelidikan itu?


Adakah dana RM13 juta tersebut diberikan kepada Bioven Sdn Bhd milik Mukhriz?

Dari semakan yang dijalankan, Bioven Sdn Bhd juga merupakan sebuah syarikat bio-teknologi yang terlibat di dalam penyelidikan rawatan kanser.

Baca di sini:

http://www.bioeconomycorporation.my/view/8503/entry/142/

Sekiranya benar dana itu dilaburkan kepada Bioven Sdn Bhd, ini bermakna, Mukhriz telah menggunakan dana rakyat Kedah untuk kepentingan syarikat milik peribadi beliau.

Sekiranya pelaburan itu menghasilkan pulangan yang lumayan dalam jangkamasa pendek atau panjang, selain dari rakyat Kedah mendapat manfaat, Bioven Sdn Bhd, milik Mukhriz juga pasti akan mendapat manfaat yang lebih besar.

Tapi, bagaimana sekiranya pelaburan itu tidak memberikan apa-apa pulangan?

Bioven Sdn Bhd tidak akan rugi walau pun satu sen tetapi yang akan rugi adalah rakyat Kedah kerana dana sebanyak RM13 juta yang telah dilaburkan telah lebur.

Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir, anak-anak beliau semua bijak berniaga!!!

Comments

Popular posts from this blog

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan?

Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik

Kesian Penduduk Telok Ayer Tawar, Dapat Calon Penuh Skandal