Terlepas Undi Percaya, Ismail Sabri Akan Gunakan Helah Mahiaddin Untuk Bajet 2022


Pada pandangan Makcik Kiah, undi percaya yang dikatakan akan diadakan di Parlimen, sudah hampir pasti TIDAK AKAN berlaku.

Pada peringkat awal, Ismail Sabri menggunakan ahli akademik untuk membuat ulasan mengenai keperluan undi keabsahan di Parlimen.


Tanpa keperluan untuk menjawab isu undian keabsahan di Parlimen, secara tiba-tiba, Prof Datuk Dr Shamrahayu Aziz, mengeluarkan kenyataan Parlimen tidak diberikan kuasa oleh perlembagaan untuk memberi pengesahan kepada kuasa SPB YDP Agong.

Shamrahayu menambah, tiada peruntukan dalam perlembagaan mengenai undi percaya.

Ia adalah amalan atau adat perlembagaan yang tidak mengikat sehinggalah ia menjadi suatu undang-undang dengan cara dikanunkan atau diiktiraf oleh mahkamah.

Shamrahayu juga menyatakan perlantikan Perdana Menteri adalah sah selepas mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agong dan seterusnya berlakunya upacara menandatangani suratcara perlantikan, sumpah taat setia dan sumpah simpan rahsia yang kemudiannya lantikan ini hendaklah diwartakan.

Baca di sini:



Kemudian yang terkini, Peguam Negara, Idrus Harun, pula 'digunakan' untuk memberikan gambaran bahawa tiada keperluan untuk melakukan undian keabsahan Perdana Menteri di Parlimen dengan alasan yang sama, ianya tiada dalam perlembagaan.

Baca di sini:


Makcik Kiah tidak mahu membantah pendapat yang dikemukakan oleh Dr Shamrahayu dan Idrus Harun, sebab Makcik Kiah bukan pakar perlembagaan atau pakar undang-undang seperti mereka, tetapi satu persoalan yang mahu Makcik Kiah kemukakan kepada mereka.

Bukankah Ismail Sabri sudah mengangkat sumpah untuk taat setia kepada SPB YDP Agong dalam upacara menandatangani suratcara perlantikan, sumpah taat setia dan simpan rahsia sebagai Perdana Menteri.

Dan Ismail Sabri melafazkan nama Allah SWT, Wallahi, Wabillahi dan Watallahi sewaktu mengangkat sumpah.




Dan cuba kita teliti balik titah SPB YDP Agong melalui kenyataan media di mukasurat 2, perenggan 9, yang dikeluarkan oleh Istana Negara bertarikh 18 Ogos 2021.

Makcik Kiah salin semula titah baginda:

"Seri Paduka Baginda turut bertitah bahawa Perdana Menteri yang telah dilantik oleh Baginda menurut Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat".

Jadi, isu yang timbul sekarang bukanlah isu sama ada undian keabsahan di Parlimen itu wujud atau tidak dalam perlembagaan tetapi ianya adalah isu ketaatan Ismail Sabri ke atas titah SPB YDP Agong seperti yang terdapat di dalam lafaz sumpah beliau.

Ini adalah titah SPB YDP Agong dan mesti dilaksanakan oleh Ismail Sabri!!!

Tetapi melihatkan kenyataan-kenyataan yang telah dibuat oleh ahli akademik dan Peguam Negara sendiri, Makcik Kiak percaya, demi untuk pertahankan jawatan, Ismail Sabri sudah pasti akan mengengkari titah SPB YDP Agong!!!

Persoalannya, kalau pun dapat mengatasi masalah undi keabsahan di Parlimen, apakah Ismail Sabri tidak sedar bahawa beliau tetap melaluinya di dalam undian Rang Undang Undang Perbekalan 2022.

Apa pula helah Ismail Sabri?

Seperti yang Makcik Kiah nyatakan di dalam tajuk, sama seperti Mahiaddin, Ismail Sabri sekali lagi akan merayu kepada SPB YDP Agong untuk menitahkan Ahli Parlimen menyokong Rang Undang Undang Perbekalan 2022 dengan alasan untuk menyelamatkan rakyat dan negara.

Selepas itu akan ditanamkan naratif di kalangan rakyat, Ahli Parlimen yang enggan menyokong Rang Undang Undang Perbekalan 2022 adalah Ahli Parlimen yang derhaka kepada titah SPB YDP Agong dan tidak menghiraukan nasib rakyat dan negara.

Hakikatnya, seandainya Ismail Sabri tidak melakukan undian keabsahan di Parlimen, beliaulah sebenarnya yang derhaka kepada SPB YDP Agong dan tindakan tidak meluluskan Rang Undang Undang Perbekalan adalah tindakan yang wajar dilakukan kerana rakyat Malaysia sudah pasti tidak mahu seorang penderhaka yang tamak kuasa menjadi Perdana Menteri!!!

Comments

Popular posts from this blog

Ada Cerita Yang Lebih Panas Di Sebalik Kartel JMB

Surat Perjanjian Ismail Sabri & Muhyiddin Terdedah

PRN Johor: Tawaran Syed Saddiq Pada Anak Muda!!!