Setiap Hari Seramai 2 Orang Rakyat Malaysia Membunuh Diri Akibat Pandemik Covid-19


Sejak negara dilanda pandemik Covid-19, statistik rakyat Malaysia yang membunuh diri sangat membimbangkan.


Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DS Abd Jalil Hassan, data yang terdapat pada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menunjukkan kes bunuh diri pada tahun 2019 adalah sebanyak 609 kes, manakala pada tahun 2020, angka itu telah meningkat kepada 631 kes.

Bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini pula, sebanyak 468 kes bunuh diri telah dilaporkan.

Ini menjadikan jumlah kes membunuh diri di Malaysia dari tahun 2019 hingga bulan Mei 2021 ialah 1709 kes atau secara puratanya sebanyak 2 orang rakyat Malaysia membunuh diri setiap hari.

Antara faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kes bunuh diri di Malaysia adalah kerana kehilangan perkerjaan akibat dari penutupan sektor industri ketika pandemik Covid-19 melanda negara.


Sistem Insuran Perkerjaan (SIP) merekodkan seramai 99,696 pekerja telah diberhentikan kerja bagi tempoh Januari hingga November tahun 2020.

Situasi ini menyebabkan individu mudah berasa putus asa sehingga cenderung mencari jalan singkat untuk lari dari masalah dengan membunuh diri.

Pihak PDRM menyeru kepada orang ramai supaya lebih prihatin kepada ahli keluarga atau jiran tetangga dalam mengenalpasti simptom kemurungan yang merupaka petanda awal kepada kes bunuh diri.

Individu atau ahli keluarga yang dapat mengesan masalah kemurungan di kalangan orang terdekat, supaya mendapatkan bantuan dari pihak yang menyediakan khidmat kaunseling dan nasihat seperti NGO dan Jabatan Agama Islam.

Masyarakat juga diminta untuk menghormati perasaan ahli keluarga mangsa dengan tidak mengambil gambar atau merekod video orang yang membunuh diri dan kemudiannya menyebarkan di media sosial.

Tindakan ini boleh mengundang 'copycat suicide' bukan sahaja kepada ahli keluarga mangsa tetapi juga di kalangan masyarakat.

Comments

Popular posts from this blog

Takiyuddin Dalang Lombong Haram REE Di Kedah & Kelantan?

Burung Lesu Tapi Bernafsu Di DUN Kemasik

Kesian Penduduk Telok Ayer Tawar, Dapat Calon Penuh Skandal